Saturday, January 31, 2015

Dialog #3



"Kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya tak?"

"Tak,"

"Why?"

"Sebab kau suka main-main. Kau tak pernah serius dengan apa yang kau pernah cakap."

"Oh... okay."





Friday, January 30, 2015

Kedua #2




Loceng apartmennya berbunyi tatkala dia sedang mengeringkan rambutnya. Dibiarkan seketika. Rasanya dia sudah tahu gerangan yang menekan loceng apabila telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Amir Haikal di skrin. Dia mengukirkan senyuman kemenangan. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu dengan jubah mandi masih tersarung di badannya.

“Hi…” satu sapaan kedengaran tatkala dia membuka pintu. Sejambak bunga ros merah jambu dihulurkan padanya.

“It’s for what actually?” Sengaja Tania menduga. Jual mahal katakan. 

Amir menarik nafas. Dia tahu Tania terluka dengan kejadian sebentar tadi. Sengaja dia membeli bunga ros merah jambu kesukaan Tania untuk memujuk.

“It’s for what happen a few hours ago. You tak nak bagi I masuk?”

Tania mengukirkan senyuman menggoda. Bukannya dia terluka dengan kejadian tadi. Lagipun, bukan dia yang cedera. Zara! Zara yang menjadi mangsa. Itulah siapa suruh menaikkan marahnya. Tapi dia tertanya-tanya, adakah Zara tahu niatnya yang sebenar? Tak mungkin!

“Tania?” Sekali lagi Amir bersuara.

“Sorry… I was thinking. Ermm… masuklah.” Tania mengambil jambangan bunga di tangan Amir sebelum membenarkan lelaki itu masuk.

Amir mengukirkan senyuman sebelum melabuhkan punggung di sofa. Dia memandang sekeliling apartmen Tania. Kelihatan moden dan ringkas. Dia teringatkan hiasan dalaman rumah yang diduduki bersama Zara. Katanya Mummy, Zara yang menghias rumah mereka sebab Zara adalah pereka hiasan dalaman.

“So, apa yang buat you datang sini?” Sengaja Tania bertanyakan soalan sedemikian. Dia mengambil tempat di sebelah lelaki itu. 

“I datang nak pujuk you. Somebody said you already left. So, here I am.” Amir memandang Tania. Kalaulah Tania tidak menolak lamarannya beberapa tahun lalu, sudah tentu wanita ini yang menjadi isterinya. Dan tidak perlulah dia mengikuti permintaan neneknya yang mahu dia mengahwini Zara Amani itu.

“I rasa I dah naikkan kemarahan isteri you bukan? I never thought that she will treat me like that… I just nak berbaik dengan dia and she…” Tania memainkan lakonannya, berpura-pura kesal dengan kejadian tadi.

“Apa yang you buat sampai dia simbah air kat muka you?” Amir menyoal. Dia rasa dia harus mendengar dari kedua-dua pihak walau Zara tidak mahu berkata sepatah tentang itu.

Tania telan air liur. Takkan mahu diceritakan hal sebenar? Itu cari maut namanya. Ah… tapi sekurangnya aku tahu yang Amir akan menyebelahi aku walau macam mana sekali pun. Amir cintakan aku bukan cintakan Zara.

“I tak tahu. I nampak dia seorang diri dan I cuba nak berbual. After all, I ingat nak minta maaf kat dia pasal hal dekat reunion kita yang I macam insult dia before I know yang dia actually your wife.” Tania berbohong. Dia sengaja mahu menaikkan marah Zara dengan memberitahu hal sebenar tentang hubungannya dengan Amir namun yang naik marah adalah dirinya bukan Zara.

Amir menelan air liur. Takkanlah sebab itu sahaja Zara sanggup menyimbah air ke muka Tania? Mesti ada sesuatu. Zara Amani yang dia kenal bukan seperti itu. Zara takkan marah melainkan ada sesuatu telah menganggu kehidupannya. Adakah Zara tahu hal sebenar?

“You rasa dia tahu tentang kita?” Soalan Tania benar-benar membuatkan Amir gelisah. 

“What makes you think like that?”

Tania mengukirkan senyuman jahat. Dia tahu Zara sudah tahu sebelum dia beritahu tapi wanita itu hanya berlagak seperti tidak mengetahui apa-apa. Dan sekarang Zara sudah mengetahui hal yang sebenar, lagi senang kerjanya. Sekurangnya Zara tahu Amir itu miliknya bukan milik Zara walhal yang berkahwin dengan Amir adalah Zara bukan dirinya.

“Just thinking… if kalau dia tahu, apa yang akan jadi?”

Amir menelan air liur. Tidak pernah terlintas di fikirannya Zara akan mengetahui mengenai hubungannya dengan Tania. Mungkin Zara tidak akan ambil kisah. Tapi kalau diketahui oleh keluarganya? Adakah jawatan CEO yang disandangnya saat ini akan ditarik balik?

“I don’t think that she knows about us.” Dengan yakin Amir berkata. Dia yakin Zara tak akan ambil apa-apa tindakan jika wanita itu mengetahui hal sebenar. Zara seorang yang berhati batu. Dia harap andaiannya ini benar. 

“Kalau dia tahu sekali pun, I akan lindungi you,” tambah Amir lagi. Risau juga sebenarnya. Kalau Zara cuba mengapa-apakan Tania. Dia teringat ayat Zara tadi,wanita itu membenci Tania. Atas sebab apa, dia tidak tahu. Kali ini dia harap Zara tidak tahu hal sebenar.

Tania mengukirkan senyuman menggoda. Dia sudah tahu itu. Amir akan berada di sisinya walau macam mana sekali pun.

“Let’s talk about something else,” Amir cuba mengubah topic. Malas sebenarnya untuk memikirkan tentang hal itu. Tambah-tambah lagi ia berkaitan dengan Zara. Tiba-tiba sahaja rasa marah muncul bila teringatkan Zara. Wanita itu tak pernah berubah.

“Okey. Nak cakap pasal apa? You nak overnight kat sini ke?” Senyuman menggoda dilontarkan oleh Tania. Sengaja mahu mengoda lelaki itu.

Amir mengukirkan senyuman nakal. Pipi gebu Tania diusapnya. Senyuman makin melebar bila Tania memberi kucupan di bibirnya.

“I can't tonight.”

Jawapan Amir mengecewakan Tania.

“Why?”

“Sebab, I baru gaduh dengan isteri I in public and for sure berita ni akan sampai ke pengetahuan keluarga I. And kalau I tak balik malam ni… for sure they will know about us.”

Tania mengeluh. Ada betul juga apa yang dikatakan oleh Amir. Zara menantu kesayangan. Walau betapa Amir sayangkannya, Zara tetap akan jadi pilihan keluarga Amir. Dia tahu itu saat Amir memberitahu Zara itu pilihan keluarga.

“Apa kata esok? I belanja you lunch?” Amir cuba memujuk apabila menyedari riak muram di wajah Tania.

Tania mengangguk sebelum mengiringi Amir ke pintu. 

“I see you in office tomorrow ok?,” ujar Amir sebelum memberi kucupan di pipi Tania. 

Tania hanya mampu mengukirkan senyuman tawar setelah kelibat Amir menghilang. Ah… ini semua salah Zara. Dia harus berbuat sesuatu sebelum Zara menewaskannya. Zara itu bukan calang-calang orang. Dia tersalah membuat anggapan pada wanita itu. Zara itu diam ubi berisi! Dia harus berbuat sesuatu. Mesti!




Thursday, January 29, 2015

Kedua #1




Tubuhnya dilemparkan ke sofa. Dia terkesima namun dia hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Sudah acap kali dia diperlakukan sebegitu. Diherdik dengan kata-kata yang mampu mencabar keegoannya namun dia sabar sahaja. Pesan arwah datuk, jangan sesekali menunjukkan rasa marah terhadap suami. 

“You bagitahu I, apa sebab you buat macam tu tadi?” Suara lelaki di hadapannya begitu kuat, mampu mencairkan tahi telinga yang telah lama bertakung dalam telinganya. Namun dia hanya mendiamkan diri sambil mengukirkan senyuman sinis.

“You bisu ke? I sedang cakap dengan you ni!” Amir meninggikan suaranya. Hatinya benar-benar panas dengan tindakan wanita di hadapannya ini. Sengaja mahu memalukan dirinya. Dia benar-benar malu dengan kejadian tadi.

“I’m talking to you, Zara!” Kali ini kesabaran Amir sudah sampai ke tahapnya. Dicengkam pipi Zara dengan kasar, membiarkan muka wanita itu menghadapnya. Ditenungnya anak mata Zara, tiada rasa bersalahkah wanita ini? Akhirnya dia lepaskan cengkamannya itu. Tiada gunanya berkasar dengan Zara . Wanita ini terlampau ego.

“I hate her!” Ayat itu yang terkeluar dari mulut Zara .

Amir memandang isterinya dengan rasa hairan. Benci? Mengapakah?

“Apa yang you cakap ni? You benci dia, sebab tu you simbah air kat dia?” Amir memandang Zara . Takkanlah Zara tahu hal sebenarnya?

“I. Hate. Her!” Zara berkata dengan tegas. Benci betul mengingatkan kejadian tadi. Belum pernah dia diperlakukan sebegitu dan untuk kali pertama, tamparan hinggap di pipinya. Ah… bedebah betul perempuan itu!

“Why?” Amir cuba mengorek rahsia. Risau barangkali jika Zara tahu hal sebenar. Mungkin akan diberitahu keluarganya. 

Ah… tak mungkin! Zara Amani yang dia tahu adalah seorang yang berhati dingin. Tidak kisah apa yang berlaku asalkan tidak membabitkan diri wanita itu. Itu yang dia faham tentang wanita yang baru tiga bulan menjadi isterinya.

Zara mengukirkan senyuman sinis. Mahukah diberitahu hal sebenar? Hal yang dia sendiri telah tahu. Namun sungguh, dia tidak menyangka Tania sanggup bertemu dengannya, memberitahu hal yang dia sendiri telah tahu. Tapi yang paling dia langsung tidak menyangka, perempuan itu sanggup ‘menyentuhnya’. Bedebah betul!

“I nak balik!”Dengan dingin Zara berkata tanpa memandang langsung Amir. Hatinya teramat bengang saat ini. Tiada guna memberitahu lelaki itu sebab mengapa dia bertindak sedemikian pada Tania. Sekurangnya dia menyimbah air sahaja, walau dia mahu buat lebih dari itu.

Amir menarik nafas sedalamnya. Jujur, dia tidak mampu bersabar lagi dengan perangai Zara Amani. Dari saat pertama kali bertentang mata dengan wanita itu, selalu sahaja wanita itu akan membuatkan dirinya bengang. 

“I nak balik.” Zara menuturkan ayat yang sama. Tiada guna lagi berada di majlis ini. Segalanya akan membuatkan dirinya berada dalam kebosanan yang terlampau. Majlis yang dipenuhi dengan orang-orang kenamaan atau dalam erti kata lain, majlis formal sememangnya akan membosankan dirinya. 

Gaun biru gelap yang disarungkannya diperhatikan. Cantik! Punya ibu mertua yang merupakan pereka fesyen terkenal sesuatu yang menguntungkan. Sekurangnya dia tidak perlu berbelanja banyak untuk membeli pakaian sebegitu. Ibu mertuanya akan menghantar baju baru yang direka padanya. Dia tahu itu setiap kali melihat almarinya yang dipenuhi dengan pakaian baru.

“Bos…” kedengaran suara seorang lelaki di balik pintu. Amir dan Zara menoleh. Kelihatan Hilmi, pembantu peribadi Amir melangkah masuk. Pintu di belakang ditutup perlahan-lahan.

“Sediakan kereta. Hantar Cik Puan balik,” arah Amir. 

“Dan bos?” Soal Hilmi. Dipandangnya isteri majikannya. Kelihatan tenang sahaja. Dia tahu hal sebenar yang berlaku di antara suami isteri ini.

“Aku akan balik kemudian. Ada hal nak diselesaikan,” Amir membalas sambil mindanya ke arah Tania. Sudah pulangkah Tania?

Hilmi menganggukkan kepalanya. Diperhatikan sekali lagi isteri majikannya. Ada kesan tamparan di pipi wanita itu dan dia yakin majikannya tidak menyedari hal itu. Apa yang majikannya lihat tadi, hanyalah sebahagian sahaja. 

Zara mengangkat punggung. Dia memandang Amir yang masih dengan rasa marah terhadapnya. Dia tahu itu. Muka lelaki itu kemerahan. Ah… bukannya dia bunuh perempuan kesayangan lelaki itu pun. Dan Zara yakin, Amir tak akan mempercayainya sekiranya dia memberitahu hal sebenar.

“Pastikan dia pulang ke rumah,” sekali lagi Amir memberi arahan sebelum melangkah keluar dari bilik rehat untuk VIP itu.

Zara mengeluh sebelum berjalan ke arah pintu. Hilmi membuka pintu untuknya. Dia hanya mampu mengukirkan senyuman tawar pada lelaki itu

“Puan… saya rasa ais mampu hilangkan rasa sakit di pipi puan.”

Zara memandang Hilmi. Adakah Hilmi tahu apa yang berlaku sebentar tadi? Dia mahu bertanya tapi didiamkan sahaja. Dia tiada mood untuk bersuara.



Wednesday, January 28, 2015

Prolog: Kedua.




Insiden pertama…

“Are you okay?” Soal Amir pada wanita di sebelahnya. Wajah wanita itu kelihatan pucat. Mungkin dia ni kali pertama naik kapal terbang. Namun pertanyaannya itu tidak berjawab. Wanita itu hanya memandangnya dengan dingin. Mak aih, sombongnya!

“Seriously, muka you memang nampak pucat. You sure ke you okay?” Sekali lagi Amir keluarkan soalan. Risau juga. Mungkin risau jika tiba-tiba saja wanita ini muntah. 

Buku di tangan wanita itu ditutup dengan kasar. Sedkit geram bacaannya terganggu. Dijeling lelaki di sebelahnya ibarat jelingan itumampu membunuh lelaki itu.

“Sorry for disturbing but your face really look pale.”

“None of your business I think.” Jawapan itu yang Amir peroleh dari wanita itu. Sombong nak mampus. Nasib baik kau cantik!

Amir mendiamkan diri. Dia kemudian membaca majalah yang disediakan sambil matanya melirik ke arah wanita di sebelahnya. Wanita itu terlalu asyik memandang ke luar tingkap. Kadang-kadang senyum sendirian. Pelik betul dia ni! Kejap masam kejap senyum. 

“I’m Amir, you?” Sengaja Amir bersuara sekali lagi. Mahu menarik perhatian wanita di sebelahnya. Dia lihat wanita itu memandangnya. Lama juga dia dipandang oleh wanita itu sebelum wanita itu mengalihkan pandangannya tanpa menjawab salam perkenalan. Jual mahal betul! 

Selepas itu Amir hanya mendiamkan diri sehinggalah satu ketika itu bila wanita itu tiba-tiba sahaja muntah ke atasnya. Memang dia berang teramat. Habis jaket yang dipakainya. Nasib baik dia pakai jaket. Jaket itu ditinggalkan di situ sebelum beredar. 

Kebetulan, mereka telah tiba ke destinasi.


*********************************** 



Insiden kedua…

Amir memandang wanita di hadapannya dengan tidak percaya. Wanita yang dijumpai dalam kapal terbang tadi sedang memegang jaket kulit miliknya. Wanita yang berlagak angkuh dengannya di kaunter penyambut tetamu siang tadi sedang memandangnya dengan wajah yang sukar ditafsirkan. Tertanya-tanya wanita ini ikhlas atau tak. 

Dan otaknya sedang menghadam semula ayat yang diengarnya tadi. Atau dia salah dengar?

“Your jacket. Ambilah…” wanita dihadapannya bersuara lagi. Nada suara wanita itu seakan tidak ikhlas.

“For what? Jacket tu dah kotor…”

“I dah hantar dobi,”wanita itu tak mahu mengaku kalah.

Amir senyum sinis. 

“It’s okay. You can keep it. I boleh beli jacket lain.”

“I don’t need your jacket.”

“Then, throw it away.”

Wanita di hadapannya menunjukkan riak bengang. Amir tahu kejap lagi, kemungkinan ‘perang' akan berlaku. 

“Is there anything else?” Amir bersuara lagi apabila tiada respon dari wanita dihadapannya. Wanita itu kekal diam. 

“Kalau tak ada apa-apa, good night,then,” ucap Amir lagi. Wanita yang tidak dikenalinya kelihatan terkejut saat dia menutup pintu. Amir jungkit bahu. Malas dia mahu melayan. Padan muka wanita sombong itu. 

Agak-agak dia akan bertemu lagi tak dengan wanita sombong itu?


Reenapple: Aku rasa macam nak publish e-novel baru since Nota & Coklat kena sorok untuk sementara waktu. Hehe. Oh, ini yang aku tulis tahun 2013. 



Tuesday, January 27, 2015

Awkward




“Everything seems awkward right now”

Semuanya kelihatan janggal saat ini. Dia, aku, mereka.

Berhadapan satu sama lain tapi mata masing-masing pada telefon pintar masing-masing.

Dia diam. Aku diam. Begitu juga mereka.

Tiada perbualan menarik berlaku. Waktu dihabiskan dengan menikmati makanan mahal tanpa kata-kata.

“Keadaan kini berubah, bukan?”


Aku angguk dengan senyuman kelat. 




Reenapple: Aku rasa aku prefer keadaan di mana tiada telefon berada di atas meja saat face to face. Call me kuno but it's better than feel alone even you're with someone.





Saturday, January 24, 2015

Diam





"Masing-masing mendiamkan diri kerana sudah tiada kepentingan pada masing-masing."

Benarkah diam itu jawapan terbaik?

Benarkah diam itu bakal mencipta kedamaian?

Benarkah diam itu bakal menyelesaikan segala permasalahan?

"Aku lebih rela menghadapi kejujuran yang pahit dari sepi sebegini."





Friday, January 23, 2015

Quotes #75




"There comes a point in your life when you get tired of chasing everyone and trying to fix everything, but it's not giving up, It's realizing you don't need certain people and the drama they bring."




Wednesday, January 21, 2015

Cerpen: 45 minit.



Di satu hari yang damai, ada seorang perempuan mahu bertemu kawan lelakinya. Oh lelaki itu sebenarnya lewat 45 minit dari waktu yang dijanjikan. Walau hal yang sebenarnya perempuan itu tak suka menunggu lebih dari 30 minit, dia menunggu saja dengan sabar sebab katanya sabar itu adalah separuh dari iman. Lagipun, lelaki itu adalah salah satu manusia kesayangannya.

45 minit, perempuan itu bazirkan masanya menunggu lelaki itu. Disebabkan dalam beg tangannya, ada sebuah  buku maka 45 minit tidaklah terasa lama.

Apabila lelaki itu muncul, si perempuan itu masih cuba untuk tersenyum walau dalam hati agak berkecil hati dengan lelaki itu. Yelah, siapa yang tidak marah kalau janji tidak ditepati. SMS dihantar, call but tak dijawab. 15 minit lewat dari waktu dijanjikan, baru ada respon.

Aku lewat sikit. Baru keluar office.

Dan selepas pesanan makanan diambil, lelaki itu mendiamkan diri. Tidak pula mahu meminta maaf diatas kelewatannya. Terus-terus datang, order makanan dan hadap handphone. Si perempuan masih lagi bersabar . Pujuk dirinya supaya jangan buat perangai depan orang ramai.

Untuk pengetahuan, Damya, nama perempuan itu bukanlah seorang perempuan yang sopan santun. She is hot temper girl tapi depan Alif je Damya tak tunjuk hot temper-nya.  5 minit perhatikan Alif dengan handphonenya, barulah Alif bersuara.

“Kenapa kau nak jumpa aku?”

Damya tarik nafas. Tak mahu marah. Kesabaran Damya tak adalah banyak lagi. Silap hari bulan, Damya angkat punggung, keluar dari restoran tapi sebab nak jaga air muka Alif dan dia, Damya sabar lagi.

“Tak boleh eh jumpa kau?” ayat Damya itu lebih kepada sindiran.

Alif jungkit bahu. “Entah. Kau jarang ajak aku keluar. Kalau aku ajak kau keluar sekalipun, kau sibuk. Akan ada macam-macam alasan dari kau.”

Damya mencebik. Bebelan Alif lah yang paling dia tak suka. Penuh dengan sindiran. Tertanya-tanya adakah perangai lelaki semuanya sama?

“Kalau aku ajak kau keluar sekalipun, kau pula yang sibuk,” balas Damya sinis.

Alif senyum saja. Dia kembali diam. Bertikam lidah dengan Damya tak akan pernah tamat. Sebab itu dia lebih gemar mendiamkan diri setiap kali Damya membalas kata-katanya.

Damya perhatikan Alif yang kembali diam itu sambil otaknya ligat mencari topic perbualan. Atau dalam bahasa halusnya, Damya cuba untuk curi perhatian Alif tapi tidak berjaya. Mereka diam sehingga makanan tiba ke meja. Dan Alif kekal pada telefon bimbitnya.

Dan entah macam mana laju saja mulut Alif buka cerita tentang seorang perempuan yang berjaya tawan hatinya. Damya dengar saja. Walau hatinya saat itu dah rasa macam disiat-disiat. Dia mahu menangis di situ jugak tapi  Damya tahan. Tak mahu Alif terkejut dengan air matanya yang tiba-tiba mengalir. 

Habis saja bercerita, Alif kembali menghadap telefonnya. Tanpa menyedari tingkah laku Damya yang sudah berubah.

 45 minit berlalu dengan sia-sia.  Hadiah yang Damya mahu bagi pada Alif hanya dibiarkan saja dalam beg.  Nampaknya bukan rezeki Alif untuk terima hadiah itu. 

Dan itu adalah kali terakhir Dmya bertemu Alif. Dan hadiah itu kini berada di tangan orang lain.


The end


Reenapple: Pendek kan cerpen ni. Kah kah kah. K bye. 




Masa Silam




Dia terus berlari. Berlari dan terus berlari. Sehingga kakinya berdarah. Sehingga air matanya kering, dia tetap berlari.

“Kenapa kau mahu lari? Bukankah aku ini sebahagian dari hidupmu?”  Yang mengejarnya bersuara. Bersuara setiap langkah lariannya.

“Kau adalah sesuatu yang aku tak mahu ingati. Mengapa masih mahu kejar aku?”

“Sebab aku ini sebahagian dari hidup kamu.”

Dan dia terus berlari. Berlari selagi dia mampu sehinggalah tiba di satu tempat itu.

“Berhenti berlari, sayang.”

Dan dia berhenti. Dia menoleh belakang. Ketakutannya tidak lagi mengejar. Dipandang manusia asing di hadapannya.

“Mengapa?” Soalnya pada manusia asing itu.

Masa silam yang menakutkan tetap akan menjadi sesuatu yang mengejar kita. Mengejar dan kita berlari untuk mengelak. Tapi tahu apa yang mampu hapuskan ketakutan itu?”

Dia geleng.

“Perlahan-lahan ambil masa untuk hilangkan ketakutan itu. Makin kau terburu-buru mahu elak dari itu, makin dia mahu kejar kamu. Berjalan, bukan berlari. Biarkan ketakutan itu melintasi kamu. Faham?”

Dia angguk. Dan manusia asing dihadapannya hilang. Mulai saat itu, dia berjalan. Dan sekarang dia hanya senyum saat masa silam melintasinya.

“You are not belong into the past anymore. Don’t be afraid of it.”




Tuesday, January 20, 2015

Quotes #74



Tengah godek godek diary lama and then found this quotes. 


"We must be willing to let go of the life that we planned so as to have the life that is waiting for us."


So true. 





Saturday, January 17, 2015

Tulis dan Lupa



"The more you wrote about person you want to forget the more you can't forget."



So aku decide tak nak tulis tentang dia.


Friday, January 16, 2015

8 Signs A Guy Likes You



Tengah balas Whatssap siapa entah sambil stalk facebook siapa entah. Dan dalam tak ada kerja nak dibuat aku terjumpa satu artikel online sepertimana tajuk diatas.

#1 – It’s All In His Eyes

Katanya penulis artikel itu, kalau seorang lelaki suka seorang perempuan, lelaki itu akan selalu perhatikan  perempuan yang dia suka.  Dan akan rasa gemuruh bila perempuan tu sedar dia sedang perhatikan perempuan tu.


#2 – You Make Him Nervous

Someone used to tell me this “"Choose a guy who is nervous to talk to you, because they must really like you when they are nervous around you.”

Dan aku pun tak tahu kesahihan tentang ini. Sebab aku tak pernah face yang ini. Haha.  

#3 – He Checks For Your Reaction

Lelaki normally akan cuba tarik perhatian perempuan yang dia suka. Err.. itu yang aku baca. Aku rasa semua orang tak kisah lah jantina apa sekalipun, akan cuba tarik perhatian orang yang dia suka. It’s whether  they are lucky or not to get that attention.

#4 – He Wants To Touch You
Artikel tu cakap lelaki yang suka seseorang perempuan itu will try to find excuse to touch her. But dalam konteks  Melayu mengikut pandangan aku,  Lelaki tu tak gentleman kalau cuba-cuba nak sentuh yang bukan lagi halal untuknya. Dalam konteks Islam, ia adalah haram. Haha.



#5 – He’s Interested In What You Like And Do

So lelaki itu akan cuba untuk tahu kegemaran perempuan yang dia suka, apa yang tidak disukai. Dia mungkin akan cuba untuk minat perkara yang sama untuk menambat hati perempuan itu.

Hurm… is this relevant?

#6 – His Body Says ‘Yes, yes, yes!’

Aku selalu dengar “Action speaks louder than words.” So, perhatikan body language orang-orang yang bercakap dengan korang.

#7 – He’s Often Where You Are

Yang ni.. mengikut pandangan aku, lelaki itu more likely to spend more time dengan girl yang dia suka. It’s either teman perempuan tu window shopping atau cuba untuk locate where she is now. Dan kalau boleh, nak pergi terus ke tempat itu sejurus tahu lokasi perempuan yang dia suka.

#8 – He Doesn’t Talk About His Favourite Subject – Himself!

Tentang yang aku baca part ini, lelaki more likely will let perempuan keep talking. Dan tak akan mahu bercerita tentang diri sendiri.Tak tahu aku nak bersetuju ke tak. Haha

So, untuk kesimpulannya, ada yang aku setuju ada yang aku tak setuju. Haha.  Apa-apa pun lelaki semuanya sama. Dan untuk tahu lelaki tu betul-betul suka korang atau tak, just wait for his confession first.

K. bYe.  



Reenapple: Aku suka taruk gambar mamat ni. He's so handsome. :P





Wednesday, January 14, 2015

Marah



Perempuan... bila berada dalam keadaan emosi yang tak terkawal, anything can slip from her tongue. Dia akan bercakap hal hal yang dia langsung tiada niat untuk sebutkan. Membuat keputusan terburu-buru. Itu perempuan.

Dulu, aku pernah call ex boyfriend (ini cerita yang berlaku 5 tahun lepas) dengan marah-marah. Itu bila aku tahu dia ada perempuan lain. Aku hantar SMS dia tak balas, so aku call dia. I call him stupid, bastard and lots of words ( tapi dia memang patut dapat title itu atas apa yang dia buat kat aku, haha). 

But then lepas tu aku pula yang pergi minta maaf kat dia. And then lepas tu aku tahu dia kapel dengan budak U (ini pompuan lain) pula. So, aku SMS dia, cakap nak putus macam ni macam tu but I never get reply from him. So that's the end aku contact dia.

But then a year after that, tetiba jumpa dia kat kedai buku. Dia tegur aku dulu. 

"Kau tak nak kawan aku lagi ke?" Dia tanya aku itu.

Dan aku... "Do I know you?" depan orang ramai. Lepas tu aku blah cenggitu. Aku rasa menang di situ bila tengok wajah dia yang kelat itu. Padan muka!

Eh dah masuk bab lain pula. 

Anyway guys, kalau perempuan marah, biar diorang marah sepuas-puasnya sampai diorang nangis. Then lepas tu baru pujuk. Itupun kalau korang nak diorang lagi. Haha.

Sebab itu, sekarang kalau aku nak marah, aku diam je. Diam sampai aku okay. Menangis kalau aku nak tapi aku dah tak boleh menangis. 

"If you get mad, stay silent."

Sometimes, diam adalah jawapan terbaik. Sometimes, tak selalu. 

Okay. ITu je nak ditulis. 



Tuesday, January 13, 2015

Drama King

Drama King will always be Drama King. With the drama. An annoying drama. The drama that will never get best rate from audience like me. 

It's okay. I'm leaving. 

I just so tired with everything....
So, here the end of the chapter about Drama King. 


Reenapple: Aku rasa macam nak karang novel je tentang Drama King ni. K

*ditulis dengan rasa marah yang melampau*


Friday, January 9, 2015

Kopi

 

Bila aku bakal menghadapi sesuatu perbincangan yang serius, aku prefer Coffee. 1 perbualan serius di sebalik dua cawan kopi yang lazat. Ehehe

Bercakap mengenai masa depan, kehidupan dan perancangan hidup. Semua tu hal-hal yang serius bukan?

Oh mai. Dah rasa tersangat dewasa bila dah sampai tahap bincang semua tu dengan member.

K. Bye.


Thursday, January 8, 2015

Lelaki




Actually .. aku a little bit confius..

Lelaki yang usha perempuan.. yang directly mintak nombor. Jumpa perempuan kat jalan, terus mintak nombor.  ... aku tak tahu nak klasifikasikan sebagai apa. 

Ada 2 pandangan yang pernah aku dengar. 

1. "OMG... sweetnya lelaki itu. Dia gentleman lorh." 

Yang mana aku sikit pun tak percaya. Sweet dan gentleman seorang lelaki bagi aku totally different. Aku rasa memasing ada pandangan memasing tentang lelaki yang sweet dan gentlemen. 

Gentleman bagi aku: Tengok suami pimpim tangan isteri mengandung lintas jalan pun aku dah kata suami tu gentleman. 

Kah kah kah. 


2. "Itu lelaki nak test diorang punya market je kalau diorang mintak nombor tu."

Itu kawan lelaki aku yang cakap. Dan aku pun setuju je. Haha. Aku kind of ada negative thought about guys. Entah. 

Mungkin aku agak cerewet bab lelaki? Hurmm. Maybe. 

Eh,.. tu je nak ditulis. K bye. 


Saturday, January 3, 2015

Jatuh Cinta



Kawan. 
Aku pernah jatuh cinta pada kamu. 
Pada sifat penyayang kamu. 
Pada sifat pelindung kamu. 
Pada gelak ketawa kamu. 
Pada percakapan kamu.

Dan aku diamkan sehingga saat ini.
Sebab aku tak mahu hilang kamu sebagai kawan
Walau aku tahu kita hanya ditakdirkan sebagai kawan untuk selamanya. 



Reenapple: Dapat idea waktu layan lagu Behind These Hazel Eyes-Kelly Clarkson. 


Friday, January 2, 2015

Permulaan



"Perginya dia dari hidup kamu adalah permulaan baru untuk kisah bahagia kamu. Tahu itu?"





Hidup



Kadang kadang dia lupa, apa yang berlaku saat ini semuanya adalah ujian dari DIA. Mengeluh tanpa dia mahu. Menangisi setiap pemergian manusia dari hidupnya. Bergelak ketawa bersama manusia-manusia yang dia sayang. 

Kadang-kadang dia lupa apa yang dia ada saat ini, semuanya dari kasih sayang DIA. Dia ada apa yang perlu. Dia ada apa yang DIA beri. Semua cukup sempurna. Walau dia mahu lebih dari itu. 

Dia manusia yang tamak, bukan?

Dia manusia yang tidak tahu erti bersyukur, bukan?

Dia sedar pada hakikatnya semua ini adalah sementara. Segala-galanya bakal menjadi kenangan dalam hidupnya satu hari nanti. Manusia-manusia yang pernah dia sayang. Harta benda yang dia pernah peroleh. Segalanya bakal menjadi kenangan.

"They are now stranger with some memories."

Itujuga ujian Tuhan, bukan? 

Manusia datang dan pergi.






Thursday, January 1, 2015

Kisah di Usia 21


Waktu umur aku 21 tahun, aku kenal seorang lelaki. Boleh dikategorikan lelaki yang punya rupa but aku tak tertarik pada dia sebab masa tu aku masih suka pada ex crush aku yang disaster itu.

Aku dalam ingat tak ingat macam mana aku kenal dia, tapi kami satu universitu tapi different course. Tapi kami satu kolej penginapan. And we have each other’s number. Kengkadang( waktu itu) akan mesej tanya itu tanya ini… sehinggalah dia out of sudden mintak gambar aku.

Aku dalam hati waktu tu, kan dah pernah jumpa buat apa bagi gambar? Lainlah kalau tak pernah kenal ke. Tapi aku memang tak suka dan simpan gambar. Even gambar sendiri. Haha. Setelah bermain tarik tali, maka aku pun bagi gambar aku thorugh MMS. Tapi itu pun setelah dia send gambar dia dulu kat aku.

Once dia dapat gambar tu, terus diahantar SMS cakap aku comel. Kah kah kah. Korang tahu reaksi aku macam mana waktu tu? Macam sedang berterbangan di angkasa bersama bulan dan bintang.

So nak dijadikan cerita, ada satu malam dia ajak aku melepak. AKu pun iyakan saja sebab masatu aku tengah bosan and plus esok cuti and plus ramai yang balik kampung. kitaorang lepak dalam kolej je. Tu pun kat tempat ramai orang.

Tak sampai 30 minit, kitaorang blah. Tak borak apa-apa pun. Dia tak cakap apa-apa pun. Dia duk borak dengan member pompuan dia yang tetiba  muncul entah dari mana. Oh, dia belanja aku aiskrim. Haha.

So bila aku sampai bilik, dia hantar SMS…

“Geram nak cium awak tadi…”

And I was like WTH dia ni. Aku tak ingat apa yang terjadi lepas tu tapi aku ingat malam tu terus aku ngadu kat kawan lelaki aku. Dan malam tu memang teruk ah kena membebel dengan kawan lelaki aku.

So, lepas tu aku pun dah tak layan dia sangat. Sehinggalah ke hari ini. Macam entah… aku pun tak penduli dah dia. 

Aku rasa setiap orang pernah alami insiden yang membodohkan. 

Okaylah. Tu je nak ditulis. K bye.