Tengah baca isu pelajar jual Nasi Lemak, dan dan dan dapat penjelasan sebenar. Bukan salah cikgu yang sebenarnya. Budak pun salah juga.
Tapi yang buat aku bengang kat sini is, baca komen komen komen dan tetiba mata aku tertarik pada satu komen. Komen yang tetap menyalahkan cikgu sebab salah didik budak jadi kurang ajar.
And I was like.... heh.
Sila beritahu aku since when budak biadap, cikgu harus dipersalahkan? So, siapa sebenarnya yang menghasilkan budak biadap itu? Cikgu ke yang mengandungkan dan melahirkan diorang?
Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. That's right. Tapi adakah ia harus di apply pada guru saja? Adakah tugas mendidik dan memberi pelajaran sahsiah dan moral diambil alih oleh guru saja? So, peranan ibu bapa di mana?
Aku entah. Ter-emo sekejap baca komen tu. Asal budak biadap, salahkan guru. Asal budak buat jahat, salahkan guru.
Sebelum nak menunding jari, siasat dulu.Jangan terburu-buru nak tuding jari. Jangan nak salahkan satu pihak je. Heh
Sekian.