Tuesday, October 27, 2015

Stick & Stones #43


[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42]


“How are you?” Soal Maya dengan senyuman pada lelaki di hadapannya.

I’m fine.” Balas Adam dengan senyuman. “How’s Edrian?”

Maya mengukirkan senyuman. “He’s getting better. Mungkin esok dia akan dikeluarkan dari hospital.”

Adam angguk. “That’s good,” balasnya sebelum menghirup kopi di hadapannya. 

“You dan Amily, macam mana?” Soal Maya lagi.

Adam mengukirkan senyuman kelat. “We’re doing great.”

Maya senyum. “That’s something good to hear. I thought you still hate her.”

Adam senyum. Kepala digeleng. “Like you used to say before this, feeling change.”

Maya telan air liur tapi dia ukirkan senyuman. “Glad to know you had found your happiness.”

Adam senyum lagi. “So does with you, Maya.”

Maya senyum. Dia tarik nafas sebelum memandang lelaki di hadapannya. “I’m sorry for everything that I have done to you, Adam.”

Adam telan air liur. Dia tak mahu dengar itu lagi. Dia sudah lupakan semua yang pernah berlaku dulu. Baginya, sekarang ini adalah Amily Dia tidak mahu lagi hidup dalam masa lalu. “You don’t have to, Maya. Apa yang berlaku, bukan dalam kawalan kita. You pun tak jangka akan jatuh cinta pada Edrian. Dan I pun tak jangka yang I akan jatuh cinta pada isteri I.”

Maya senyum. “I’m happy for you.”

“I’m happy for you too, Maya,” balas Adam dengan senyuman. 

“I have to go now. I dah janji dengan Edrian.” Maya kerling jam tangannya. 

Adam angguk. Tangan diangkat, memanggil pelayan. Seusai membayar harga minuman, dia dan Maya masing-masing membawa diri ke arah yang bertentangan. Dia memerhatikan saja gerak geri Maya yang sedang melangkah ke arah jalan di hadapannya. Wanita itu asyik berbual di telefon.

Adam telan air liur saat matanya terpandangkan kereta yang sedang bergerak ke arah Maya yang sedang melintas jalan.Tanpa berlengah, dia berlari ke arah wanita dan menarik wanita itu ke tepi jalan dengan kasar. 

Maya memandang Adam dengan terkejut. 

Nafas Adam turun naik. Dia memerhatikan kereta yang tidak diketahui nombor plat itu berlalu pergi. Kereta itu sedikit pun tidak berhenti. Dia pasti pemandu kereta tadi punya niat yang tidak baik pada Maya dan dia tahu siapa dalangnya.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Adam melangkah masuk ke villa miliknya dan Amily. Dia harap Amily berada di rumah mereka. Dia dimaklumkan oleh Rose, pembantu peribadi Amily yang isterinya itu sudah pulang. Tapi wanita itu tidak hadir ke pejabat hari ini. Baru saja dia tiba di ruang tamu, kelihatan Amily berpakaian kasual tapi masih kelihatan anggun. 

“Hai sayang,” sapa Amily tenang. 

Adam tarik nafas. Jujur, dia tidak mahu menuduh Amily atas apa yang berlaku pada Maya tadi. Tapi tak ada sesiapa yang akan lakukan itu kecuali Amily. Dan Maya bukannya punya musuh. “Where are you going?”

“I’m seeing Tina.”

“Wearing like this?” Adam memandang Amily dari atas hingga bawah. Benar, Amily tidak memakai sesuatu yang mampu membuatkannya mengesyaki isterinya. Amily hanya mengenakan blouse biru dipadankan dengan jeans berwarna krim.

“Something wrong with my clothes?” Amily membelek dirinya. Rasanya tiada apa-apa yang kurang. 

Kenapa you nak jumpa Tina?”

“Tina cakap dia ada hal nak bincang dengan I.”

“Tapi you baru sampai.”

“She said urgent.”

Adam mengeluh. Dia pasti Amily sedang menipunya. “I nak you batalkan perjumpaan you dengan Tina tu.”

Amily pandang Adam. Hairan dengan arahan suaminya. “Why should I do that?”

“We have to discuss something,” ucap Adam dengan nada suara mendatar. 

“Which is?” Soal Amily lagi. Berpura-pura tidak mengesyaki apa-apa.

Adam mengeluh. “Maya.”

Amily senyum sinis. “Kenapa you nak bincang tentang bekas kekasih you?”

Adam mengeluh geram. “Just stop it, AMily!” Dia pandang isterinya yang masih mengukirkan senyuman sinis. “Itu semua kerja you, bukan?”

“Maksud you? I don’t understand what you are trying to say, sayang.” Sekali lagi Amily bermain tarik tali.

“You rancang nak bunuh Maya, bukan?”

Amily diam tapi dia masih mengukirkan senyuman sinis. Nampaknya Adam telah mengetahui rancangannya. Tentulah orang upahannya telah menelefonnya tadi, memaklumkan tentang kegagalan rancangannya. Semuanya disebabkan oleh Adam yang tiba-tiba saja menjadi hero pada Maya Ariana itu. 

“Apa yang buatkan you rasa I nak bunuh Maya? Dan kenapa I perlu bunuh Maya?”

“Amily stop it…” Adam sedikit bengang. Dia sudah malas untuk bermain tarik tali dengan wanita di hadapannya. 

Amily melangkah ke arah Adam senyuman. “You are right. I yang rancang semuanya. I memang ada niat nak ‘hapuskan’ Maya.”

Adam telan air liur. Bukanlah dia terkejut dengan kenyataan Amily tapi dia tidak tergamak Amily sanggup lakukan perkara itu sekali lagi. “Kenapa?”

“You tahu kenapa I buat macam tu.”

Adam mengeluh. “There’s nothing between me and her.”

“Is that so? Jadi, mengapa you perlu tipu I hari itu? You cakap you berada di pejabat tapi you sedang temankan Maya. You even go to her apartment.”

“I tak ada apa-apa hubungan dengan dia.”

“Do I have to believe that?” Amily senyum sinis. Dia memandang Adam. Lama juga dia memandang lelaki itu dengan senyuman sinis sebelum dia mengambil keputusan untuk beredar.

Adam mengeluh kasar. Dia merentap tangan Amily dengan kasar, membuatkan wanita itu kembali menghadapnya. Dia tidak tahu apa perasaannya ketika ini. Gerun, risau dan bengang, semuanya bercampur aduk. Amily benar benar telah melampau.

Amily senyum sinis. “Sekarang you pilih, I atau Maya.”

Adam telan air liur sebelum melepaskan keluhan. “Of course I choose you. But…”belum sempat Adam menghabiskan ayatnya, Amily telah mencelah.

“Then stop seeing Maya.”

Adam mengeluh lagi. “Maya dan I tak lebih dari kawan.”

Amily senyum senget. Entah mahu percaya atau tidak ayat Adam Joshua di hadapannya ini. Segala bukti mengenai Adam dan Maya bertemu ada dalam tangannya. “Kalau betul you anggap dia kawan you, jadi kenapa you perlu peluk dia?” Dia teringatkan insiden yang dilihatnya beberapa hari yang lalu di hospital. Jikalau bukan Adam, dia tidak akan menjejakkan kakinya ke situ. Sengaja dia mahu lihat sejauh mana kemesraan Adam dan Maya, dan jujur, di saat dia tiba di bilik pesakit bernama Edrian itu, dia lihat Maya sedang menangis teresak-esak di bahu suaminya. Dia tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika Edrian sedar waktu itu juga.

Adam telan air liur. Tak ada gunanyanya dia memberi alasan. Wanita itu tahu apa yang berlaku. “She needs someone right now. She need someone to tell her problem.”

“Then she choose you out of many friends that she have?”

“Amily…” Adam tidak tahu bagaimana dia mahu yakinkan isterinya yang dia dan Maya tiada apa-apa hubungan.

I ask you to choose, and you choose me.” Amily bersuara lagi sambil tangannya merungkaikan pegangan Adam di lengan kanannya. “You should know what you had to do after this.”

Adam mengeluh lagi. “Do not hurt her…”

Amily senyum sinis. “You masih risaukan dia? You masih… sayangkan dia, bukan?”

“I lebih risaukan you dari dia.”

Sekali lagi AMily senyum sinis. “I can take care of myself, sayang.”

“I don’t want you to hurt innocent people anymore.”

“They are not innocent if they are trying to steal what is mine.”

Adam mengeluh kasar. “I was belong to her before being yours, Amily.” Dia langsung tidak sedar apa yang mulutnya sedang katakan. 

Amily diam, tidak memberi respon pada ayat Adam. Dia memandang Adam dengan senyuman. “You are right, you was belong to her before being mine.” Dia melangkah keluar ke garaj kereta. 

Adam telan air liur. Dia baru saja tersedar apa yang diucapkan sebentar tadi. Dia mengejar isterinya. “Amily…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Amily telah melangkah masuk ke dalam keretanya. Adam mengetuk cermin namun tiada respon dari Amily. Wanita itu telah mengunci pintu sebelum menghidupkan enjin. Beberapa seketika, Mazda C5 milik Amily Katrina telah berlalu pergi meninggalkannya seorang diri di kawasan parkir itu.

Adam mengeluh risau. Dia risau pada Amily dan juga pada Maya. Mungkin dia sedikit lebih risaukan bekas teman wanitanya itu berbanding Amily. Dia risau jika Amily akan lakukan tindakan yang bodoh pada Maya lagi.

Nombor Daniel didail sebelum memaklumkan arahannya pada pembantu peribadinya. Selang beberapa minit kemudian, Audi Q5 miliknya dihidupkan. Dia harus mencari Amily Katrina itu!

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Amily meneguk minuman di hadapannya dengan laju. Dia tidak tahu itu adalah gelas minumannya yang keberapa. Jujur, dia sakit hati dengan kejadian tadi. Adam, walau macam mana sekalipun masih mahu memihak pada Maya Ariana itu. Salah kah dia jika dia hanya mahu mempertahankan apa yang menjadi miliknya? Salahkah dia jika dia hanya mahu apa yang menjadi miliknya tidak akan jatuh ke tangan orang lain? Dan itu termasuk walaupun dia harus mengorbankan nyawa manusia yang bersalah.

“Hai sayang…” tiba-tiba kedengaran suara lelaki. AMily menoleh. Dia mengukirkan senyuman sinis pada Zachary.

“It’s been a while, isn’t it?” Zachary bersuara sebelum mengambil tempat di sebelah Amily.

Amily diam. Dia kembali menghirup minuman di hadapannya. 

“Kenapa ni?” Soal Zachary melihat wajah tegang Amily. Tentunya wanita itu bergaduh dengan Adam. “Bergaduh dengan Adam?”

Amily mendengus tatkala mendengar nama Adam. Benci pula dia pada lelaki itu.

“You bagitahu I apa yang Adam dah buat kat you sampai you marah macam ni sekali?” Zachary bermain-main rambut Amily.

Amily menepis tangan Zachary. “It’s none of your business, Zack.”

Zachary mengukirkan senyuman sinis. Dia memandang keadaan sekeliling di kelab malam. Muda mudi sedang menggoyangkan tubuh mereka mengikut rentak muzik yang dimainkan. Dia sebenarnya sedang sibuk bermesra dengan seorang wanita yang tidak dikenalinya sebelum dia menyedari Amily yang keseorangan di kaunter minuman. 

“Did he is having affair behind you?”

Amily mendengus lagi. 

Zachary senyum melihat riak Amily. Sah sah andaiannya benar. “You should leave him long long long time ago, sayang.”

“He have everything that I want, Zack.”

Zachary geleng kepala. Dia tak mahu terima itu. Walau benar Adam punya lebih banyak kelebihan berbanding dirinya, dia tak akan pernah mahu terima itu. “But he didn’t love you.”

“Neither you, Zack.”

Zachary telan air liur. “I akan pastikan you lebih bahagia dari ini.”

Amily senyum senget. Kepala digeleng. “It’s too late. I don’t need you anymore.”

“But I need you.” Balas Zachary.

Amily senyum sinis. “I tak akan terpedaya dengan ayat manis you lagi, Zack.”

Zachary mengeluh. “I’m telling the truth.” Tentulah Amily tak akan mahu percayanya lagi. Segala kelakuannya beberapa tahun yang lalu sudah cukup untuk membuatkan Amily berputus asa dengannya. 

Amily senyum senget. Dia memang tidak akan pernah percaya lagi setiap ayat yang keluar dari mulut bekas teman lelakinya. Lelaki itu telah memusnahkan segala harapan dan kepercayaan yang pernah diciptanya terhadap lelaki ini. “Do you wanna tell me lies again, Zack?”

Zachary telan air liur. Dia tahu apa jua ayat manis atau janji yang ditaburkan pada Amily, tak akan pernah berkesan lagi. Wanita di hadapannya pantang jika orang menipunya. “Bagi I peluang kedua, Amily.”

Amily mengeluh kasar. Dia berdiri, dia mahu melangkah tapi dia berjalan terhuyung-hayang. Belum sempat dia terjatuh, badannya disambut oleh Zachary. Lelaki itu mengukirkan senyumannya sambil memeluk erat.


Reenapple: Nak marah kat Adam. Haih!


10 comments:

  1. amily x sepatutnya buat maya gitu..so many ways klu nk mempertahankan apa yg jd miliknya but not by hurting others....adoilaaa take a grip la amily...sayang yes tp jan jadi obses kat adam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dia rasakan itu saja caranya untuk melindungi apa yg menjadi miliknya tidak menjadi milik org lain.

      Delete
  2. Omg amily
    hArap adam cepat utk selamatkn amily

    ReplyDelete
  3. Ergh Zack ni boleh tak pergi mati? Sibuk je

    ReplyDelete
  4. Nak mrah dkt dua2? Amily so harsh lah bila dia buat maya mcam tuh. And zack nih lagi satu. Bila nk mampus tak tau. Haishh. Pengacau.

    ReplyDelete
  5. Oh amily...apa yg u buat ni....seram...adam..dimana?... zack...hantu ni memang la...his

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam akan datang selamat kan Amily...

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.