Wednesday, October 28, 2015

Stick & Stones #44




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43]

Amily buka mata saat cahaya matahari tepat tepat terkena wajahnya. Nak tak nak dia terpaksa buka mata. Dia bangun sebelum memandang keadaan sekeliling. Dahinya diurut perlahan. Dia sedikit pening.

Tertanya-tanya di mana dia berada di saat ini. Dia mengeluh saat menyedari di balik selimut yang sedang menyelimuti tubuhnya adalah tubuhnya tanpa seurat benang. Dia telan air liur apabila teringatkan Zachary. Adakah dia dan Zachary…. Sekali lagi Amily mengeluh. 

Akhirnya dia mencapai tuala yang dilipat kemas yang terhampar di hujung katil. Baik betul Zachary lakukan itu. Dia kemudian turun dari katil dan melangkah ke arah bilik air. 

30 minit kemudian, dia melangkah keluar dari bilik air dengan berkemban. Dia melangkah ke bilik pakaian yang berada tidak jauh dari situ. Jujur, kalau diikutkan, dia belum pernah melawat bilik tidur Zachary. Beberapa helai Kemeja putih tergantung dengan kemas. Dia senyum sinis tatkala menyedari beberapa helai pakaian wanita tergantung di satu sudut di bilik pakaian itu. Sah-sah itu adalah milik teman wanita Zachary. Dia mencapai satu pakaian yang tergantung di atu sudut di bilik pakaian itu. Dia tak mahu penduli sama ada pemilik pakaian itu akan mengamuk atau tidak melihat dia ‘meminjam’ pakaiannya. Yang penting , dia harus keluar dengan berpakaian lengkap. Dan yang aneh, pakaian dalam wanita juga turut kelihatan di dalam salah satu laci. Tentunya wanita ini adalah seseorang yang istimewa bagi Zachary. Dia menyarungkan kesemua pakaian yang dicapainya di situ sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

Di saat dia tiba di ruang tamu dia telan air liur melihat kelibat lelaki di meja makan. Andaiannya mengenai Zachary semuanya hilang entah ke mana tatkala melihat lelaki di hadapanya. Lelaki itu mengukirkan senyuman padanya. 

“Morning, sayang,” sapa Adam sebelum meletakkan iPad atas meja. Dia memandang isterinya dengan senyuman. “Have a seat.”

Amily telan air liur tapi dia tetap menuruti arahan Adam. Dia memandang keadaan sekeliling. Sejujurnya, dia langsung tidak mengingati tempat ini. 

“Have a good sleep?” Adam bersuara sebelum menuangkan coklat panas ke dalam mug di hadapan Amily.

“How on earth I’m here?”

Adam senyum senget. Dia pandang isterinya. “Don’t you remember what happen last night?”

“I was with Zack.” Belum sempat Amily menuturkan ayat seterusnya Adam telah mencelah. 

“Yes, you were with him. You were drunk.” Ucap Adam dengan nada mendatar.

Amily mengeluh. “Jadi, bagaimana I berada dengan you sekarang ni?”

Adam mengeluh kasar. “Let’ say I fight with Zack to have you.”

“You what?” Amily pamer riak terkejut. Dia pandang Adam. Dan bila diperhati wajah lelaki itu lebih lama, baru dia sedar ada lebam di hujung bibir lelaki itu.

You heard me, sayang. I tumbuk bekas teman lelaki you. You boleh tanya Bryan. Dia saksi pada kejadian itu.”

Amily diam, tidak meberi respon. Mug berisikan coklat panas dicapai sebelum dihirup. Macaron di hadapannya dicapai pula. Jujur, dia lapar. 

Anymore question?” Adam bersuara lagi. Dia pasti isterinya punya pelbagai soalan. 

“Yes, I am.” Amily memandang Adam. “Where are we exactly?”

“This is my apartment.” Adam menghirup coklat panas di hadapannya sebelum memandang isterinya. “You pernah berada di sini. Don’t you remember?”

Amily telan air liur. Dia lupa itu. “But there’s women’s clothes in your wardrobe.”

“It’s yours. Does the size fit you?”

Amily mengeluh. Dia lupa dia tinggalkan beberapa helai pakaiannya di sini. Sangkaannya Adam telah membungkuskan semua pakaiannya di sini untuk dibawa pergi ke Villa yang mereka duduki sekarang ini. “Kenapa pakaian I masih ada di sini?”

Adam senyum. “Anggap saja, I lupa untuk kemaskan ini.”

Amily senyum senget. “Jadi, kenapa kita berada di sini? Kenapa kita tidak berada di rumah KITA?”

“I tak larat untuk pandu lagi. It was middle of night.”

Amily angguk. “Dan.. you ambil kesempatan atas I? I woke up without single clothes.”

Adam senyum lebar. “You seduce me first.”

Amily telan air liur. Dia tahu dia akan bertindak di luar kawalan jika dia mabuk dan dia sedikitpun tidak akan ingat apa yang berlaku jika berada dalam keadaan mabuk. “And?”

“We have our night. You were being wild last night.”

“You buat I rasa macam nak gigit you.”

“Then do it,” balas Adam dengan senyuman gatal. “You nak gigit bahagian mana? Atas atau bawah?”

Amily mendengus. Adam ketawa. 

“And I want to say sorry of what happen yesterday.” Adam bersuara lagi. “I tak patut tipu you tapi I dan Maya cuma kawan dan ia tak lebih dari itu. I swear.” Tangan diangkat, memberi ikrar sumpah.

“Adakah you bagitahu I semua ini sebab you risau I akan apa-apa kan wanita kesayangan you?”

Adam mengeluh. Kepala digeleng. “I told you, I choose you.”

“Tapi you jadi milik dia dulu sebelum jadi milik I.” ucap Amily sinis. 

Sekali lagi Adam mengeluh. “I’m sorry. I tak patut cakap macam tu. Tapi I dan Maya memang tak ada apa-apa.”

Amily mengeluh. Kata maaf Adam langsung tidak diambil peduli. 

“Dan I tak nak you jumpa Zack lagi,” Adam bersuara lagi. “I tak suka you jumpa dia lagi.”

“Adakah you…” belum sempat Amily menghabiskan ayatnya, Adam telah mencelah.

“Yes, I am jealous.”

“I will stop seeing him if you stop seeing her.”

Adam telan air liur. “Amily…”

“Apa yang you rasa waktu lihat I dan Zack, itulah perasaan yang I alami bila lihat you dan Maya. I tak kisah kalau you nak jumpa dia, tapi kenapa you perlu tipu I?”

I tak nak you fikir bukan-bukan.”

“Jadi you buat I makin fikir yang bukan-bukan tentang Maya dan you.”

Adam mengeluh. “Maya is my history. And she will stay as my history.”

“Then what about me? Are you gonna make me your history too?”

Adam mengeluh lagi. “I choose you, Amily.”

“I’m very disappointed.” Amily bersuara lagi sebelum beredar. Dan Adam kembali melepaskan keluhan. Dia harus memujuk isterinya. Dan dia pasti itu tidaklah semudah memujuk Maya dulu. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 



Adam mengukirkan senyuman melihat kad perkahwinan yang baru saja diserahkan padanya. “Congratulations, Laila.” Ucap Adam dengan senyuman. 

Delaila senyum. “Thanks. And Jeff said Hi to you.”

Adam angguk sebelum menghirup kopi hitam di hadapannya. 

“Macam mana you dan Amily?” Soal Delaila. Kali terakhir dia mengetahui tentang Adam dan Amily, kedua-duanya sudah berbaik. Sudah menjalani hidup seperti pasangan suami isteri yang lain. 

“Everything seems fine.” Adam berbohong. Untul hal yang sebenarnya, Amily masih lagi bersikap dingin dengannya. Dan dia sudah kehabisan untuk memujuk isterinya. Bekas kekasihnya dulu senang saja dipujuk, hanya berikan bunga dan menuturkan kata maaf, semuanya akan kembali seperti biasa. Tapi Amily, isterinya itu tidak mudah tertarik dengan barangan mahal yang dibelinya. Semua yang dilakukan untuk memujuk wanita itu sia-sia sahaja. 

Delaila mengukirkan senyuman. “Am I gonna hear a good news soon?”

Adam kerut dahi. “Means?”

“Adam junior?”

Adam ketawa kecil. Dia jungkit bahu. “Maybe it’s hard to have that at this moment.”

Giliran Delaila pula kerut dahi. “Maksud you?”

Adam mengeluh. Benar, dia mahukan anak tapi Amily tidak mahu. Akan ada berbagai bagai alasan diberikan oleh isterinya setiap kali diutarakan hal itu. Atau dalam erti kata lain, wanita itu belum bersedia untuk menjadi seorang ibu. 

Adam senyum kelat. 

“What’s with that smile?” Delaila mengesyaki sesuatu yang tidak baik melihatkan senyuman kelat sahabatnya itu. 

Adam mengeluh. “Amily is sulking with me.” 

“Because?” Dia pasti Amily tak akan sewenangnya merajuk. Dan dia pasti rajuk Amily tidak sama dengan rajuk Maya. 

Adam mengeluh. “I lied to her.”

Delaila senyum hambar. “That’s terrible.”

Adam mengeluh lagi. “She found out I’m seeing Maya.”

Delaila telan air liur. Dia tahu Adam tentunya tidak bermaksud untuk merahsiakan perjumpaannya dengan Maya. Dan dia juga tahu kenapa Adam bertemu Maya. Dia tahu apa yang berlaku terhadap Edrian. 

I tak nak dia fikir bukan-bukan.” Adam bersuara lagi. 

“I know.” Balas Delaila dengan senyuman. “Dan macam mana you pujuk dia?”

Adam jungkit bahu. Segala hasil untuk isterinya selalu saja gagal. “You tahu Amily macam mana. She’s different any other girl.”

“Do you need my help?” Delaila sekadar menunjukkan rasa simpatinya. Dia pasti, jika Adam tidak berjaya memujuk Amily apatah pagi pertolongannya nanti tak akan memberi kesan apa-apa. Semuanya akan sia-sia saja. 

Adam geleng dengan senyuman. “I can handle this. I pasti dia merajuk tak lama.”

“Is that so? I harap dia tak merajuk lebih dari tiga hari,” Delaila senyum.

Adam telan air liur. Kalaulah Delaila tahu yang Amily bersikap dingin dengannya lebih dari 7 hari, tentu wanita itu akan mentertawakannya. Baru saja dia mahu bersuara, tiba-tiba saja telefon Delaila berbunyi. Adam perhatikan saja gerak geri Delaila yang sedang menjawab panggilan. Dia pasti pemanggil adalah Jeffri melihatkan riak gembira di wajah Delaila.

5 minit kemudian, Delaila menamatkan panggilan. Dia memandang Adam dengan senyuman.

“You have to go?” Adam membuat andaian. 

Delaila senyum sambil angguk. “I dah janji dengan Jeff nak tengok baju perkahwinan kami.”

Adam angguk.”It’s okay. I pay the bill.”

Delaila senyum sebelum bangun. “Thanks. I harap you dapat pujuk Amily.” Ucapnya sebelum beredar.

Adam mengeluh sebelum menghirup kopi di hadapannya. Dikerling telefon pintarnya di atas meja, tiada langsung panggilan ataupun mesej dari isterinya. Apa-apa hal, pembantu peribadi isterinya yang akan menghubunginya, memaklumkan sekiranya isterinya pulang lambat. Jujur, dia tidak tahu berapa lama lagi Amily akan merajuk dengannya. Dia rindu wanita itu sebenarnya. Dia rindukan belaian dan senyuman Amily. Dan mungkin juga dia rindu sikap manja Amily.

Dia akhirnya mengankat tangan, memanggil pelayan. Sebelum pelayan tiba di mejanya, tiba-tiba saja dia dikejutkan dengan kehadiran seorang wanita. Dia pandang wanita itu dari atas.

“Hai…” sapa Puan Katrina sebelum melabuhkan punggung. Dia memandang anak muda di hadapannya dengan senyuman. 

“Mrs Wilson,” sapa Adam sedikt kelat. 

Puan Katrina mengukirkan senyuman. “I need your help.”

Adam kerut dahi. “Which is?”

Puan Katrina senyum lagi. Dan dia memulakan ceritanya. Memaklumkan apa yang dia mahu dari anak muda di hadapannya. 

Reenapple: Harap Adam cepat cepat pujuk AMily. 




8 comments:

  1. merajuk sungguh Amily... hrp Adam boleh hilangkan rajuk hati Amily jgn ada langau baru sudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. tetiba Amily pandai merajuk.

      Delete
  2. I hope so. Hurgh. Amily dh mcm sjuk beku lah pulak.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.