Thursday, October 29, 2015

Stick & Stones #45




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44]

Amily Katrina mengerling jam di tangannya. Masih ada lagi 3 minit sebelum waktu dijanjikan tiba. Dia menanti Adam sebenarnya. Lelaki itu, melalui pembantu peribadinya memaklumkan mahu bertemunya hari ini. Sejujurnya, rajuknya sudah hilang tapi lelaki itu pula yang sibuk dengan kerjanya. 

Tiba-tiba kedengaran suara wanita menyapanya. Amily mendongak. Dia telan air liur melihat wanita berpakaian jenama mewah di hadapannya. Dia bangun, bersiap-siap untuk beredar sebelum ayat wanita itu mematikan langkahnya. 

“Can we talk?” Puan Katrina memandang Amily. Dia tahu betapa wanita muda di hadapannya mahu mengelak darinya. 

Amily telan air liur. tidak tahu apa yang dia harus buat. Sama ada dia beredar saja ataupun kembali duduk dan cuba untuk menghadapi perbualan yang bakal tiba. Akhirnya dia kembali duduk dengan rela. 

“Thanks,”ucap Puan Katrina sebelum mengambil tempat berhadapan Amily. 

Amily tarik nafas. Dia rasakan janggal berhadapan dengan wanita separuh abad di hadapannya. “I was told to meet Adam here.” Amily memulakan perbualan. Nada dingin digunakan. 

Jujur, dia sedikitpun tidak menyukai wanita di hadapannya ini. Tidak pada saat kali pertama mereka bertemu dulu.

Puan Katrina mengukirkan senyuman. “I’m using him to get to you.”

Amily senyum sinis. “Stay away from him.”

Puan Katrina senyum lagi. Anak muda di hadapannya sudah banyak berubah. “It’s not wrong for me to get to know my own son in law.”

Amily telan air liur. Tapi dia senyum sinis. “He’s not your son in law.”

Puan Katrina tarik nafas. “He’s married to my daughter, and that’s make him officialy my son in law, Amily.”

Amily senyum sinis. Jujur, dia jengkel dengan ayat yang baru didengarnya tadi. Tapi dia tidak membalas ayat itu. Dia mendiamkan diri sambil menunjukkan riak sinis. 

“You have changed a lot. Mommy nyaris-nyaris tak kenal Amily.” Sekali lagi Puan Katrina bersuara. Tidak selesa dengan diam wanita muda di hadapannya. 

Sekali lagi Amily telan air liur. Dia diam. Dia benci panggilan Mommy yang digunakan oleh wanita di hadapannya. “Apa yang you nak?”

Puan Katrina senyum. “I’m just wanna meet my daughter.”

Amily senyum senget. “So, have you meet your daughter?” Soal Amily sinis. dia tidak memandang wanita di hadapannya. 

“She’s in front of me right now.”

Amily senyum sinis lagi. Dia memandang Puan Katrina di hadapannya. “Let me tell you the truth. First, I’m not your daughter. Second, Adam is not your son in law. Third, you are not my mother.” Ucapnya sedikit bengang.

Puan Katrina telan air liur. 

“And forth…” Amily bersuara lagi. “I came here to meet Adam not meeting you.”

Puan Katrina mengeluh. Sedikit terkesima dengan ayat wanita muda di hadapannya. “Amily…” Puan Katrina tarik nafas, cuba mengatur ayatnya. “Mommy…”

You are not my mother. Jangan pernah bahasakan diri you Mommy. Sebab I cuma ada 1 Mommy dan dia adalah ibu mertua I.”

Sekali lagi Puan Katrina telan air liur. Dia tahu apa yang berlaku di saat ini adalah kesilapan masa lalunya. Dia yang mengabaikan anak hasil dari perkahwinan pertamanya. Bukan saja dia mengabaikan wanita muda di hadapannya, malah dia juga menghulurkan kata-kata yang dia pasti Amily tak pernah lupa.

“Could you you give me …” belum sempat Puan Katrina menghabiskan ayatnya, Amily sekali lagi memotong.

“Another chance?” Amily senyum sinis. “You dah lupa apa yang you pernah cakap pada I sepuluh tahun yang lalu?”

Puan Katrina mengeluh kasar. “I’m still your mother. And you have to accept that!” ucapnya sedikit bengang.

Amily bangun. “You bukan Mommy I lagi sejak you cakap I bukan anak you. I harap you ingat itu, Puan Katrina.” Dia menoleh ke belakang, bersiap-siap untuk beredar tapi ayat yang dilontarkan padannya membuatkan langkahnya terhenti.

Of course, you are not my daughter. My daughter doesn’t know how to be rude. She is not mean like you. Dan satu lagi, you tak layak untuk jadi anak I.”

Amily mengeluh. Dia tidak hiraukan ayat ‘kejam’ yang didengarnya sebentar tadi. Dia kembali meneruskan langkahnya ke pintu keluar. Dia tak mahu ingat ayat ‘kejam’ yang hampir saja membuatkan dia menangis. Hatinya seperti dihiris dengan benda tajam. Sakit dan pedih. 

$$$$$$$$$$$$$$$$




Adam sedang asyik membelek helaian dokumen di hadapannya tatkala dia dikejutkan dengan kehadiran Amily yang melangkah masuk tanpa mengetuk pintu. Dia pandang isterinya dengan riak terkejut. Muka wanita itu kemerahan, seolah-olah baru saja keluar dari sauna. Atau Amily sedang menahan marah padanya?

“Tuan…” ucap Tasha dengan rasa gerun. Itu adalah kali pertama dia melihat isteri majikannya berperangai sebegitu. Kebiasannya Puan Amily Katrina bersikap mesra tapi tidak hari ini. Wajah wanita itu kelihatan terganggu.

“Leave us, Tasha,” arah Adam pada setiausahanya. “I nak you batalkan semua temu janji I hari ini. Dan hubungi Daniel.”

Tasha angguk kepala sebelum melangkah keluar.

Nafas Amily turun naik menahan marah. Jujur, dia mahu marah pada kejadian tadi tapi dia tak mampu luahkan itu.

“Kenapa you buat macam tu?” Soal Amily sedikit bengang

Adam mengeluh. Sah-sah Amily sedang bercakap tentang pertemuan dengan Katrina Wilson. “She want to meet you.”

Amily senyum sinis. Dia tahu kenapa perempuan itu mahu bertemu dengannya. Wanita itu mahu lukakan hatinya sekali lagi. Mahu tinggalkan sekali lagi kesan parut pada hatinya setelah 10 tahun tidak lakukan itu. “You ada pilihan untuk tak tunaikan permintaan dia, bukan?”

“She’s your mother, Amily.” Pada permulaannya, Adam hairan kenapa Puan Katrina meminta mahu berjumpa Amily secara peribadi. Jadi, diminta Daniel menyiasat perkaitan wanita itu dan isterinya. Dan jujur, dia terkejut saat mengetahui siapa Puan Katrina dalam hidup Amily dan ayah mertuanya.

Amily telan air liur. Jadi, Adam telah tahu hal sebenar? “She’s not my mother!” jerit Amily. Sampai mati dia takan lagi menganggap Katrina Wilson itu ibunya. Lebih lebih lagi dengan apa yang berlaku tadi. Wanita itu yang meninggalkannya. Dan wanita itu juga yang melukakannya. Wanita itu yang membuatkan dia menjadi Amily yang sekarang. Semuanya salah Katrina Wilson.

Adam tarik nafas. “I nak you bertenang dulu dan kita akan bincang apa jua perkara yang you nak bincangkan,” ucap Adam dengan rasa risau melihat Amily berperangai sebegini.

Amily geleng. “How could you do this to me?” 

“I cuma nak tolong you dan Mommy.”

Amily tarik senyuman senget. “Oh, sekarang you dah panggil dia Mommy?”

“She still your mother, AMily.” Adam pandang isterinya. Hairan dan aneh kenapa isterinya mahu mengamuk sehingga begini rupa. 

Amily geleng kepala. Dia tak akan terima kenyataan itu. Sampai mati dia tak akan mahu anggap Puan Katrina Wilson itu ibu kandungnya. “I just have only one mother and her name is Sara.”

Adam mengeluh lagi. “Amily…” Dia tidak tahu apa lagi yang harus dia katakan. Jika dia silap cakap, Amily akan bertambah mengamuk padanya. Dan jujur, ini adalah kali pertama dia melihat sisi isterinya yang ini.

Amily geleng. Dia tak mahu mendengar penjelasan lelaki di hadapnnya. Tidak dia sangka Adam sanggup mengkhianatinya. Adam sanggup lukakan dia sebegini rupa. “You had makes me hate you more than before.” Seusai ucap itu, Amily melangkah keluar. 

Dan Adam mengeluh kasar. Wajahnya diraut. Jujur, dia sedikit hairan. Apa sebenarnya yang telah berlaku sehinggakan isterinya itu mengamuk sebegini rupa? Dan dia pasti, dia hampir saja lihat Amily menangis. Mata wanita itu merah, seolah-olah mahu menangis. Tapi belum sempat dia melangkah ke arah isterinya itu, Amily telah keluar.

Dia meluru keluar. Nasibnya baik Amily masih berada di hadapan lif. Tapi baru saja dia menjerit, memanggil nama wanita itu, pintu lif terbuka dan Amily meluru masuk dan dia juga bergegas berlari masuk ke dalam lif.

“Amily…” Adam bersuara. Mujur, dalam lif ini hanya dia dan Amily saja. Amily tidak mahu memandangnya. Wanita itu menoleh ke arah lain. AKhirnya dia memusingkan tubuh wanita itu menghadapnya. Dia telan air liur melihat keadaan isterinya itu. Amily menangis?

What exactly happen?” Adam bersuara lagi. Dia cuba mengesat air mata isterinya tapi wanita itu menepis tangannya. “Tell me the truth, what exactly happen.”

Amily diam. Dia tak mahu bercakap tentang hal tadi. Tak, dia tak mahu ingat sedikitpun tentang apa yang berlaku tadi. Beberapa seketika kemudian, pintu lif terbuka. “Get out,” arah Amily lemah.

Adam telan air liur. Mahu atau tidak dia keluar?

“Get out, please,” rayu Amily. Kali ini air matanya jatuh tapi dia cepat-cepat kesat.

Adam angguk lemah sebelum melangkah. Dia berdiri saja di hadapan lif sehingga pintu lif tertutup. Dia mahu tahu apa yang berlaku tapi pada siapa dia harus tanyakan?

Reenapple: So, persoalan tentang siapa Puan Katrina dah terjawab. 


8 comments:

  1. Yeah sbb tekaan aku betul. Tapi nay sebab Adam dgn amily gaduh lagi. Hee

    ReplyDelete
  2. oh my dah agak...mesti pedihkan kisah dua beranak ni..misteri betui famili ni..alamak marah lg kat hubby ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, sejak bila entah Amily tahu merajuk ni.

      Delete
  3. Ciannya amily
    harap adam dpt pujuk

    ReplyDelete
  4. Hmm. Sedihnya bila tgk amily nangis. So sad.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.