Thursday, October 29, 2015

Stick & Stones #46



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45]

Adam tarik nafas, cuba menghilangkan rasa gelisah berhadapan dengan ayah mertuanya. Lelaki itu dari tadi mendiamkan diri saat dia tiba. 

“Adam tahu kenapa Ayah mahu jumpa Adam?” Encik Zafrul bersuara.

Adam angguk lemah. Tentunya ia berkaitan hal perkahwinannya. Mungkin juga ia berkaitan dengan kejadian yang berlaku dua minggu yang lepas, hal yang berkaitan dengan Katrina Wilson. 

Encik Zafrul mengeluh. Dia memandang menantunya. Tidak tahu dari mana mahu mulakan penceritaannya. Sejak dia mengetahui bekas isterinya bertemu anak mereka dia menjadi tidak keruan. Atau dalam erti kata lain, dia risau. Risau pada Amily. Dia bertemu Amily beberapa hari lepas sebelum wanita itu berangkat ke luar negara atas urusan kerja, tapi Amily sedikitpun tidak mahu bercakap tentang ibunya. 

“Adam ada berhubung dengan Amily?”

Adam geleng lemah. Bukan dia tidak mahu menghubungi isterinya tapi Amily sedikitpun tidak mahu menjawab panggilannya. Jikalau panggilannya dijawab, sah-sah pembantu peribadi Amily yang menjawab. Bukan saja Amily tidak menjawab panggilannya bahkan isterinya itu tidak pulang ke Villa mereka untuk dua minggu ini. Tapi dia tahu di mana Amily berada. Wanita itu berada di apartment. Dia rasakan mungkin lebih baik AMily menenangkan dirinya dahulu sebelum dia memujuk isterinya itu. 

Encik Zafrul tersenyum kelat. Dia tahu itu. Anak sulungnya itu sedang menenangkan fikirannya. “Adam tentu kenal Katrina Wilson?”

Adam angguk.

“And you know who is she to me and Amily?”

Sekali lagi Adam angguk. “Puan Katrina ceritakan semuanya.”

Encik Zafrul angguk. Tapi dia pasti bekas isterinya tidak menceritakan semuanya. Mungkin juga Katrina tidak menceritakan hal sebenar. 

“Why Amily hate her so much?” Giliran Adam mengeluarkan soalan. Dia mahu tahu kenapa Amily Katrina begitu benci pada ibu kandungnya. 

Encik Zafrul telan air liur. Akhirnya dia memulakan penceritaannya. Cerita sebab mengapa Amily begitu membenci ibu kandungnya. Dan siapa Amily Katrina sebelum ini.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1


Puan Katrina mengukirkan senyuman palsu melihat lelaki di hadapannya. Jus epal dihirup sambil matanya memandang sinis lelaki itu. “Kenapa you nak jumpa I?”

Encik Zafrul mengeluh. Tidak tahu apa yang dia harus lakukan pada bekas isterinya ini. “I was told that you met Amily. Why?”

Puan Katrina senyum sinis. “I tak ada hak untuk bagitahu you kenapa I jumpa dia.”

Encik Zafrul mendengus. “Stop hurting her, Kat.”

Sekali lagi Puan Katrina senyum sinis. Tentu AMily sudah memaklumkan hal itu pada Papa kesayangannya. “Why should I do that?”

“Amily is your daughter!” ucap Encik Zafrul berang. Katrina Wilson, walau macam mana sekalipun, tak akan pernah berubah. 

“She never thought me as her mother, Zaf.”

“That’s because you never thought her as you daughter.”

Puan Katrina telan air liur. Sedikit sentap dengan apa yang didengarnya. “I wasn’t ready to have her at that time.”

“That wasn’t an excuse, Kat.” Encik Zafrul geleng kepala. Dia tak akan pernah terima sebarang alasan dari bekas isterinya. Wanita di hadapannya licik. 

Puan Katrina tarik nafas. Dipandang bekas suami di hadapannya. “She wasn’t like that before.”

“She is like that since we divorced.” Ucap Encik Zafrul kesal. Dia tahu AMily memberontak, mengamuk dan tidak puas hati sejak dia dan bekas isterinya bercerai. Memanglah anaknya itu tidak menyalahkannya 100% tapi dia terkesima tatkala AMily bukan lagi Amily yang dulu. 

Amily Katrina dahulu bukanlah seperti sekarang. Anaknya itu suatu ketika adalah seorang yang happy go lucky. Suka tersenyum dan tidak pernah bangkang pada setiap arahannya. 

Semuanya bermula selepas Amily pulang dari Australia 10 tahun yang lalu. Ketika itu dia sudah berkahwin dengan Sara dan Lydia berumur 10 tahun ketika itu. Walaupun Amily tidak memberitahu sebab mengapa dia memilih Australia sebagai destinasi percutiannya tapi dia tahu Amily mahu bertemu ibu kandungnya. Dia dan bekas isterinya bercerai ketika Amily berusia 12 tahun. Dan Katrina Wilson mungkin adalah sebab utama kepada penceraian mereka dahulu. Bekas isterinya itu yang beria-ia mahu bercerai dan sanggup menyerahkan hak penjagaan Amily sepenuhnya padanya. Atau dalam erti kata lain, bekas isterinya tidak mahu anak mereka.

“Jadi, boleh I cakap you adalah penyebab kepada perubahan dia? Penyebab kenapa dia layan I macam tu?” Puan Katrina bersuara lagi.

Encik Zafrul tersenyum sinis. “Kalau you lupa, siapa yang beria-ia mahu bercerai? Siapa yang mula-mula tidak mahu mengaku AMily Katrina adalah anak kita?”

Puan Katrina telan air liur. Sah-sah bekas suaminya ini ssedang mengunkit perihal yang berlaku 17 tahun yang lalu. 

“Apa lagi yang you mahu dari dia, Kat?” Soal Encik Zafrul lagi. “Could you stop hurting her?”

“I’m not hurting her. I cuma nak dia mengaku yang I ini adalah ibunya, bukannya Sarah.”

“Selepas apa yang you lakukan pada dia, you harap dia akan panggil you Mommy lagi?”

Puan Katrina mengeluh. DIa tahu dia bersalah. Mungkin dia keterlaluan atas apa yang berlaku 10 tahun yang lalu. Manalah dia tahu yang Amily akan datang ke Australia semata-mata untuk bertemu dengannya.Dia masih ingat wajah gadis itu disaat dia berpura-pura tidak mengenalinya. Dan dia sedikit pun tidak menyesal memperlakukan Amily Katrina sedemikian rupa. “You never told me about her wedding before.” Dia mengubah topic perbualan

“I hantarkan kad jemputan pada you, bukan? Tapi you tak datang.”

Puan Katrina telan air liur. Dia sengaja tidak mahu datang. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan, jika dia muncul di majlis perkahwinan anak sulungnya itu. “Do they love each other? Atau you kahwinkan anak kita untuk kepentingan perniagaan you?”

Giliran Encik Zafrul telan air liur. “sekurangnya I cuba untuk membahagiakan anak kita.”

“Tapi you patut bincang dulu dengan I tentang bakal suami anak kita. I juga ada hak ke atas perkahwinan Amily.”

Encik Zafrul senyum sinis. “Dulu, you tak anggap Amily tu anak you dan sekarang you nak cakap tentang hak you ke atas Amily?”

“I’m still her mother no matter what.” Balas Puan Katrina angkuh.

Encik Zafrul mengeluh. Berbincang dengan bekas isterinya tak akan pernah selesai. Tak akan pernah mencapai kata sepakat. “You never change, didn’t you? Apa yang you tahu hanyalah diri you saja. You dah ada keluarga you sendiri dan I harap you jauhkan diri dari Amily. She’s not your daughter anymore since the day you left her.” Encik Zafrul bangun, meninggalkan Puan Katrina dengan rasa bengang.

Puan Katrina mengeluh. Dia bengang dan dalam masa yang sama menyesal


Reenapple: Jadi, dah tahu dari mana Amily dapat perangai selfish itu. Ahaaa



9 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.