Saturday, October 31, 2015

Stick & Stones #48






[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47]


Maya memandang wanita cantik di hadapannya dengan senyuman kelat. Dari tadi dia cuba untuk memulakan perbualan tapi dia akhirnya mendiamkan diri seperti mana wanita di hadapannya ini.

“Kenapa you nak jumpa I?” Amily memulakan perbualan. Rasanya, lebih baik dia yang bersuara dahulu. Menanti Maya Ariana bersuara seperti menunggu kucing bertanduk saja. 

Maya telan air liur. “I hutang you satu penjelasan, Amily.”


“Which is?” Soal Amily, berpura-pura tidak mengerti. Dia pasti tujuan Maya mahu bertemunya ada kaitan dengan Adam. 

Maya tarik nafas. Dia teringatkan apa yang Delaila beritahu padanya tiga hari lepas tentang bagaimana isteri bekas kekasihnya salah faham pada lelaki itu. “I dan Adam tak ada apa-apa hubungan.”

“Is that so?” Soal Amily lagi sebelum menghirup Jus Epal di hadapannya. 

Maya mengeluh sebelum angguk kepala. “It’s the truth, Amily. I dan Adam memang tak ada apa-apa hubungan.”

“Kalau you dan dia tak ada apa-apa hubungan, kenapa you perlu jumpa dia?”

Maya telan air liur. Dia tahu dia yang bersalah sebab masih bertemu Adam yang telah berkahwin itu. “I just need someone to talk.”

“Dan you pilih Adam diantara kawan-kawan you yang ramai itu?”

“Adam is the closest friends of me and Ed.”

Amily senyum sinis. “Atau you mahu Adam semula?”

Maya memandang Amily dengan riak terkejut. Tidak sangka Amily sanggup mengeluarkan soalan sedemikian padanya. “I tinggalkan Adam untuk bersama Edrian. Dan tak mungkin I akan mahukan dia lagi.”

Amily senyum sinis lagi. “You pasti you tak menyesal serahkan Adam pada I? don’t you remember our last meeting?”

Maya angguk. Dia pernah bertemu Amily sebelum Adam dan Amily berkahwin. Dia meminta Amily menjaga Adam sebaik-baiknya. 

“Dari cara you cakap pada I waktu itu, I pasti you berat hati untuk serahkan Adam pada I.”

Maya mengeluh lagi. “I felt guilty. I hurt him and I leave him to someone else.”

“Jadi, you menyesal serahkan Adam pada I?”

Maya geleng kepala. 

“Jadi, apa yang you mahu sebenarnya? Jangan bazirkan masa I, Maya,’ Amily bersuara dingin. Sedikit bengang dengan Maya.

“I nak minta maaf sebab selalu jumpa Adam waktu Edrian tidak sedarkan diri dulu. Tapi I dan dia tak ada apa-apa hubungan yang istimewa. I cuma anggap dia sebagai kawan saja.”

“Can I trust you?”

Maya mengeluh. Betullah kata Delaila. Bukan senang untuk meyakinkan Amily Katrina. “I swear with my own life, Amily.”

Amily telan air liur. Jikalau Maya sanggup bersumpah bagai, jadi itu bermakna Adam telah jelaskan hal yang sebenar padanya. Cuma dia saja yang tidak mahu percaya lelaki itu.

“He really loves you, Amily. His eyes tell everything how he deeply in love with you when he told me that he loves you.” Tambah Maya lagi.

Sekali lagi Amily telan air liur. 

“I tahu kita cintakan lelaki yang sama. Maksud I, I pernah cintakan Adam tapi itu dulu. Dan I sedikitpun tidak pernah menyesal melihat dia bahagia dengan you.” Maya bersuara lagi.

“Did he tell you the truth?” Amily bersuara.

“Maksud you?” Maya kerut dahi.

“Sebab utama I berkahwin dengan dia. I loves his money more than himself.”

Maya telan air liur. Adakah apa yang didengarnya itu adalah satu fakta? “You love him not because of money, Amily. I tahu itu.”

“Macam mana you pasti tentang itu?” Amily senyum sinis.

“The way you sulking with him. The way you misunderstood about me and him.”

Amily telan air liur. Senyuman sinis dimatikan. Matanya memandang Maya. “Don’t you ever heard this, Maya?”

Maya pandang Amily. Menanti ayat seterusnya yang keluar dari mulut Amily.

“If you are wearing a mask, you would never be happy. If you aren’t wearing a mask, you never can be survive”

Maya kerut dahi. Tidak memahami ayat yang didengarnya sebentar tadi.

“Mungkin you patut tanamkan ini dalam kepala you yang I kahwin dengan Adam hanya sebab duit sahaja.” Tambah Amily lagi.

“You… what?” Soal Maya sedikit terkejut. 

Amily bangun. “You heard me, Maya.” Seusai meletakkan not 50 di atas meja, dia berlalu pergi, meninggalkan Maya seorang di situ.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tiga hari kemudian… 

Amily memandang Doktor Elena di hadapannya. Dia sebenarnya tidak sabar untuk mengetahui hasil pemeriksaan kesihatannya. Dia harap dia akan mendengar berita yang baik apabila wanita di hadapannya mengukirkan senyuman padanya. Aneh, Doktor Elena mengukirkan senyuman tapi tidak pula mahu jelaskan keputusan kesihatannya. 

“How’s the result?” Soal Amily tidak sabar. Dia mahu tahu kenapa dengannya kebelakangan ini. Kenapa dia selalu saja pening dan tidak bermaya sedangkan dia sudah mengambil vitamin dan juga makanan yang berkhasiat. 

Doktor Elena tersenyum lagi. “It’s a good news, Amily.” 

“Which is?” Amily tidak puas hati. 

Doktor Elena tarik nafas sebelum mengukirkan senyuman lagi. “You are pregnant, dear.” 

“I’m… what?” Soal AMily dengan riak terkejut. Adakah dia salah dengar? Atau sahabat Mama ini hanya mahu bergurau dengannya saja? 

“You heard me, Amily. You are pregnant. It’s been two months.” Ucap Doktor Elena dengan tenang. 

Amily geleng. Dia tak mahu percaya itu. “Auntie cuma tipu I je, bukan?” 

Doktor Elena senyum lagi sambil kepala digeleng. Dihulurkan kertas di tangannya pada wanita muda di hadapannya. “Amily baca sendiri keputusan ini.” 

Amily membaca satu persatu baris ayat pada kertas di tangannya. Apa yang didengarnya sebentar tadi dengan apa yang dibacanya ketika ini, sedikitpun tiada beza. Tapi itu bukan berita baik. Itu adalah berita buruk baginya. Mungkin. 

“Congratulations,” Suara Doktor Elena mematikan lamunan Amily. 

Amily mengeluh. “Macam mana itu boleh berlaku?” Soalan itu lebih kepada dirinya sendiri. Dia pasti dia telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk tidak hamil dalam masa yang terdekat ini. Dan begitu juga Adam, dipaksa lelaki itu melakukan hal yang sama. 

Doktor Elena kerut dahi mendengar soalan Amily. “Amily memang tak tahu atau berpura-pura tidak tahu?” usiknya. 

Amily tarik nafas. “I means, I know how that happen. It’s just I take precautions….” 

Doktor Elena angguk. “Kebanyakan langkah pencegahan yang you ambil tak semestinya berkesan, Amily.” 

Amily mengeluh lagi. Bagaimana dia mahu hadapi ini. “Ada sesiapa lagi yang tahu hal ini?” 

Doktor Elena geleng kepala. 

“That’s good. I nak auntie rahsiakan ini dari semua lebih-lebih lagi dari Adam. Tell nobody please.” 

Doktor Elena senyum lagi sambil angguk kepala. Dia tahu kenapa Amily memintanya lakukan itu. tentu wanita itu mahu memberi kejutan kepada ahli keluarganya. 

“I have to go,” Amily bangun. 

Doktor Elena angguk sambil matanya memerhati saja kelibat Amily hilang di balik daun pintu. 

Di luar pintu bilik Doktor Elena, Amily melepaskan keluhan. Bagaimana dia mahu hadapi ini. Sejujurnya, dia masih belum bersedia untuk hadapi apa yang dia terpaksa hadapi saat ini. Mungkin, dia tidak mahu bayi yang bakal membesar dalam rahimnya sekarang ini. 

“Amily?” Tiba-tiba kedengaran suara wanita. 

Amily menoleh. Rupanya Jessica. Dia tidak membalas sapaan Jessica. 

“It’s really suprising seeing you here,” ucap Jessica lagi dengan tidak ikhlas. 

Amily masih tidak memberi respon pada ayat Jessica. Dia jengkel dengan wanita itu. 

“Apa yang kau buat kat sini? Kau sakit apa?” Jessica bersuara lagi. 

Amily tarik senyum senget. “Aku rasa itu bukan urusan kau, Jess.” 

Jessica tunjuk riak jengkel. Berlagak gila Amily Katrina ini. Dia berharap Amily ditimpa sakit yang bakal menamatkan riwayat hidupnya. “Harapnya kau tidak menerima khabar buruk tentang kesihatan kau.” 

“Jangan risau. Sebelum aku mati, kau yang akan mati dulu, Jess,” ucap Amily sinis. Dia kemudian berlalu pergi. 

Jessica mendengus. Sakit hati betul dengan ayat Amily itu. Ah, dia walau macam mana sekalipun harus mencari sebab dan tujuan Amily Katrina berada di sini. Dia pasti Amily tak sewenangnya akan datang ke sini jikalau tiada apa-apa masalah. 

Reenapple: Harap Amily tak lakukan sesuatu yang bukan-bukan. 




7 comments:

  1. Oh my god..mntak2 adam dpat tahu cepat yg amily pregnant..

    ReplyDelete
  2. Knapa dgn amily nih? Haishh. Nk tgk amily dgn adam happy.

    ReplyDelete
  3. Waaaa,,,,good news,,,,mesti adam happy sgt2,,,

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.