Monday, October 26, 2015

Stick & Stones #42


[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41]

Larian Adam dihentikan saat dia tiba di bilik pesakit bernombor 201 itu. tombol dipulas perlahan-lahan sebelum dia melangkah masuk. Dia lihat Edrian terlantar di katil manakala Maya pula setia menemani lelaki itu di sisinya. Wanita kelihatan tertidur dengan kepalanya ditekupkan ke katil, sambil memegang tangan Edrian. Adam mengukirkan senyuman. Perlahan-lahan dia melangkah ke arah Maya sebelum menyentuh bahu wanita itu.

Beberapa seketika kemudian, Maya mengeliat, matanya terbuka sebelum digosok lembut. Adam mengukirkan senyuman. Kelihatan comel pula Maya dengan aksi sebegitu.

“Adam…” Maya bersuara dalam keadaan mamai. “… bila you sampai?”

“I baru sampai,” balas Adam sambil matanya memerhatikan Edrian. “For how long he’s been like that?”

“It’s been a week,” balas Maya sambil tangannya memegang erat tangan Edrian.

Adam tarik nafas. “I’m sorry. I was in New York…” Ayat Adam mati disitu.

“I tahu,” ucap Maya dengan senyuman sambil matanya masih pada Edrian. “I cuba hubungi you seminggu yang lepas tapi pembantu peribadi you cakap you berada di luar negara untuk dua minggu ini.”

Adam mengukirkan senyum kelat. Sedikit rasa bersalah pada Maya Ariana ini. Bersalah kerana tidak berada di sisi gadis itu di saat gadis itu memerlukannya. “You dah makan?”

Maya geleng kepala. Sejak Edrian terlantar di katil hospital seminggu yang lepas, jadual makannya sudah tidak teratur. Mujur saja Ibu Edrian memahami,akan meminta jururawat membawakan makanan untuknya.

“Apa kata kita pergi makan dan I hantar you balik?” pelawa Adam.

Maya telan air liur. Perlukah dia pulang sekarang ini?

“Maya, you’ve here for hours. Dan esok you kena kerja lagi. I pasti Edrian akan sedar nanti. Yang penting sekarang, you kena jaga diri you, supaya bila Ed sedar nanti, you sihat.” Bebel Adam panjang lebar.

Maya mengeluh sebelum angguk kepala. Dia bangun sebelum menuruti langkah Adam ke kafe. Dia sempat menoleh ke arah Edrian sebelum keluar. Dia harap Edrian akan sedar secepat mungkin.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Maya mengukirkan senyuman pada Adam saat dia tiba di pintu apartmennya. “Thanks.”

Adam mengukirkan senyuman. “It’s just small matter, Maya.”

Maya mengukirkan senyuman lagi. “Would you like a coffee?” soal; Maya tatkala melangkah masuk ke dalam apartmennya. Dia berdiri di muka pintu, memandang Adam, mengharapkan Adam akan berkata YA.

Adam telan air liur. Tiba-tiba saja dia teringatkan sesuatu tatkala Maya menyebut perkataan ‘coffee’. Tiba-tiba saja dia teringatkan Amily. Dia mengerling jam tangannya. Dia sudah lewat 4 jam dari waktu yang dijanjikan.

I can’t Maya. I dah lambat.” Ucap Adam dengan penuh rasa kesal. Sebenarnya dia baru saja teringat tentang temu janji makan malam dengan isterinya. Kenapalah dia langsung tidak ingat itu. Sah-sah wanita itu akan mengamuk. Amily pula tak ada mahu hubunginya, memngingatkan tentang janji temu mereka.

Maya telan air liur sambil ukirkan senyuman kelat. “I rasa you patut balik.” Dia juga sedikit risau. Tertanya-tanya apa yang akan berlaku nanti pada Adam. Adakah Amily akan tahu Adam tidak pulang makan malam disebabkan lelaki itu menemaninya? Jujur, dia risau jika isteri Adam salah faham.

“I pergi dulu,” Adam bersuara. “If there’s anything, call me.” Ucap Adam lagi sebelum berlalu pergi ke lif.

Seusai tiba di kawasan parkir, dia terus saja menghidupkan enjin Audi Q5 dan memecut laju. Destinasinya di saat ini adalah rumahnya. Dan harapnya Amily ada di rumah tatkala dia tiba nanti.

Hampir 1 jam memandu, Adam akhirnya tiba di villa miliknya dan Amily. Ruang tamu kelihatan kosong tatkala dia melangkah masuk. Dia kemudian ke ruang makan, air liur ditelan saat melihat meja makan kosong tanpa sebarang hidangan. Dia kemudian melangkah ke tingkat atas. Dia pasti Amily tentuya berada di bilik kerja atau pun di bilik tidur mereka sebab kereta isterinya itu masih lagi berada di garaj.

Dia melangkah ke bilik tidur, kelibat isterinya tiada di situ. Dia melangkah pula ke bilik kerja. Dia mengukirkan senyuman tatkala melihat Amily sedang asyik dengan MacBook nya di meja kerja.

“Amily…” Adam bersuara sambil melangkah ke arah isterinya. Dia sebenarnya gerun dengan isterinya. Bukanlah dia takut pada Amily tapi dia tidak tahu apa alasan yang harus dia berikan pada Amily Katrina dan dia pasti dia sedikit pun tak akan mampu menipu wanita itu.

“You are late,” Amily bersuara dingin sambil matanya menghadap skrin Mac Book. Dia sedikitpun tidak memandang Adam Joshua itu.

“I am a little bit busy today…” belum sempat Adam menghabiskan ayatnya, Amily telah mencelah.

Sehinggakan you lupa untuk pulang makan malam dengan I?” Amily pandang Adam.

Adam telan air liur. Mahu atau tidak menjelaskan hal sebenar? “There’s nothing on the table.”

“I dah buang makan malam kita,” balas Amily dingin sebelum kembali memandang skrin laptop di hadapannya.

“I’m sorry.”

Amily senyum senget. “If sorry is more than enough, why there is police and law in this world?”

Adam telan air liur lagi. Dia tidak tahu jawapan pada soalan Amily. “I didn’t mean…”

“Of course, everyone didn’t mean to make mistakes.” Amily bangun seusai menutup Mac Book nya. Dia pandang Adam. “It happen naturally, right sayang?”

Adam tarik nafas. “I am really busy today…”

“I tahu. I dah tanya Daniel.”

Adam tarik nafas. Dia salah dengar kah? Amily hubungi Daniel dan lelaki itu mencipta pembohongan sepertinya?

“I tidur dulu. Oh, there is some food in refrigator. You panaskan sendiri.” Ucap Amily dingin sebelum melangkah keluar.

Adam mengeluh. Nampaknya dia harus memujuk Amily Katrina.



!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Adam mengeluh di saat kelibat isterinya tiada di katil. Tadi ketika dia masuk kebilik air untuk mandi, kelibat Amily berada di katil. Wanita itu kelihatan lena diatas katil. Tapi seusai dia melangkah keluar dari bilik air, kelibat isterinya tiada. Katil kosong.

Baru saja dia melangkah ke arah pintu, tiba-tiba saja kedengaran bunyi lagu Britney Spears. Itu adalah nada dering telefon bimbit isterinya. Akhirnya dia menukar arah. Kelihatan isterinya sedang berbual dengan seseorang di balkoni. Dia mengukirkan senyumn sebelum mengambil tempat di sebelah isterinya.

“Anything, you tell me,” ucap Amily sebelum menamatkan panggilan. Dipandang suaminya sebelum kembali menghadap langit gelap tanpa bintang di hadapannya.

“You cakap dengan siapa?” Soal Adam, memulakan perbualan.

“Bryan.”

Adam angguk. Dia percaya itu. Walau MUNGkin kebarangkalian Zachary yang menghubungi isterinya tapi dia lebih percaya apa yang Amily katakan itu.

“Kenapa you tak tidur lagi? I ingatkan you dah tidur tadi.” Soal Adam lagi.

Amily mengeluh. “I tak boleh tidur.”

“Kenapa? You masih marahkan I sebab I lupa temu janji kita?”

Amily senyum senget. “That one of the reason.”

Adam senyum kelat. Dicapai tangan isterinya sebelum dikucup lembut. “I’m sorry. I didn’t have intention to forget our date.”

Amily mengeluh sebelum menarik tangannya. “I’m fine with it.”

Sekali lagi Adam senyum kelat. Dia pasti Amily tidak benar benar maksudkan apa yang diucapnya. “Let’s make another special dinner tomorrow night?”

Amily geleng kepala. “I ada flight malam esok.”

Adam mengeluh. Dia lupa itu. Sudah menjadi kebiasaan, jika dia punya masa lapang, Amily pula yang sibuk. Dan begitulah vice versa. “I thought I could spend time with you but….” Belum sempat Adam menghabiskanya ayatnya, Amily terlebih dahulu memotong.

“Itu semua salah you. You yang pentingkan kerja you dari I.”

Adam mengeluh. Sekali lagi dia menerima alasan yang sama dari wanita yang dicintainya. Jika dulu, Maya yang akan menyalahkannya, kini isterinya pula menuturkan ayat yang sama. Cuma yang bezanya, Amily mengucapkan itu tanpa perlu mengunakan bahasa kiasan seperti Maya.“Let’s have vacation?”

Amily kerut dahi. “To where?”

“Any place you want to go,” balas Adam dengan senyuman.

Amily mengukirkan senyuman.

“You dah fikir mana you nak pergi?” soal Adam lagi dengan senyuman, sekaan mengerti senyuman Amily itu.

Amily angguk dengan senyuman.

“Where we are going soon?”

Amily senyum sebelum mendekatkan dirinya pada Adam. “I will tell you soon.” Dia berbisik ke telinga Adam.

Adam mengukirkan senyuman sebelum menuruti langkah Amily ke katil.


Reenapple: Adam ni tak tahu ke dia tak boleh tipu Amily ke? Huh 





10 comments:

  1. serammmm ..rasanya sakit kut hahaha...Amily punya deria ok x sabar utk n3 seterusnya

    ReplyDelete
  2. Kan? Amily ni cepat je tahu. Huhh. Tak boleh mnipu langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tunggu dan lihat apa yang Amily akan lakukan pada Maya dan Adam. Muahahaha *gelak jahat*

      Delete
  3. Hi ms writer..i think adam still cant get over maya...poor amily...adam kena move on..jan sampai amily betul2 give up...

    Cite ni akn habis kat blog ke ms writer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe. Dan Adam mungkin ada sebab tersendiri kenapa dia tipu Amily. Huhu

      And yes, cerita ini akan habis kat blog. :)

      Delete
    2. cool.... :)
      for watever reason pun...adam x ptt tipu amily....relationship yg diasaskan dgn penipuan is not good at all....

      Delete
    3. He might have his own reason why he's cheating. :)

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.