Sunday, November 1, 2015

Stick & Stones #49






[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48]

7 hari kemudian…

Puan Katrina mengukirkan senyuman tatkala kelibat yang ditunggunya tiba. Tapi tentulah, Amily sedikit pun tidak mengukirkan senyuman padanya. Pandangan wanita muda di hadapannya adalah dingin seperti selalu. Seorang pelayan datang ke arah mereka, menyerahkan menu pada Amily tapi Amily geleng. Puan Katrina tersenyum kelat.

“Make it quick,” ucap Amily seusai pelayan itu beredar. “Cakap apa yang you nak cakap.”

Puan Katrina mengeluh. “Mommy cuma nak jumpa Amily saja.”

Amily tarik senyum senget. Sejujurnya, dia masih jengkel dengan wanita itu. Lebih lebih lagi panggilan yang digunakan oleh wanita itu. 

“Mommy? Have I told you that I just have one Mommy only. And she is my mother in law.”

Puan Katrina telan air liur. Wanita muda di hadapannya ini masih belum dapat lupakan apa yang telah berlaku.

“Lagipun, you bukannya Mommy I. You sendiri cakap yang you tak ada anak yang biadap macam I, Puan Katrina.”

Puan Katrina mengeluh. Dia tahu dia melampau hari itu. Dia sendiri tidak sedar apa yang diucapkannya hari itu. Semuanya gara-gara dia bengang dengan kelakuan Amily padanya. 

“I’m sorry.”

Amily senyum sinis. “Do you really sorry?”

Puan Katrina angguk. 

“Kenapa baru sekarang?” Soal Amily lagi.

Puan Katrina mengeluh. “Mommy tahu Mommy tak pernah jalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Amily mencelah.

“Don’t you think it’s too late to change?” soal Amily sinis.

“Sweetheart…” Puan Katrina bersuara, sambil mindanya cuba menyusun ayat. “It’s all past. Mommy nak mulakan hidup baru dengan Amily. Mommy nak perbetulkan semua kesalahan Mommy pada Amily.” Tangannya cuba mencapai tangan wanita muda itu diatas meja tapi Amily melarikan tangannya. 

“I dah bagitahu you, apa jua yang you nak buat sekarang, semuanya sudah terlambat, Puan Katrina.” Amily bangun. Rasanya dia sudah tiada sebab untuk berada di sini, menghadap wajah Katrina Wilson yang tidak disukainya itu. Dia sedikitpun tidak menghiraukan panggilan wanita itu. kakinya dihayunkan ke pintu keluar restoran itu. 

Dia mengeluh setibanya berada di pintu keluar. Dia tak mahu fikirkan tentang Katrina Wilson. Telefon pintarnya dikeluarkan, dia cuba menghubungi Adam tapi panggilannya tidak berjawab. Dia cuba lagi dan lagi sambil kakinya meneruskan langkah di kaki lima itu. Dia berjalan tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Jikalau Puan Katrina mengejarnya, dia langsung tidak sedar. 

Dan sehinggalah apabila dia terlanggar seorang lelaki. Dia tidak pasti sama ada lelaki itu sengaja atau tidak menumbuk perutnya tapi dia dapat rasakan kesakitan yang teramat di bahagian perutnya. Dia bergerak ke tepi sambil tangannya memegang perutnya.

“Amily…” kedengaran suara Puan Katrina. Dia memandang wajah Amily yang kelihatan pucat.

Amily tidak hiraukan Puan Katrina. Dia masih menahan rasa sakit. Dan dia dapat rasakan cecair pekat yang panas sedang mengalir di celah pahanya. Dia telan air liur apabila menyedari cecair itu berwarna merah. Dan tiba-tiba saja pandangannya menjadi kelat. Perkara terakhir yang dia dengar adalah jeritan Puan Katrina.

!!!!!!!!!



Amily buka mata. Dia cuba bangun sebelum matanya memandang keadaan sekeliling. Beberapa seketika, kelibat Puan Katrina keluar dari bilik air. Wanita itu mengukirkan senyuman padanya sebelum mengambil tempat di kerusi. 

“How do you feel?” Soal Puan Katrina dengan senyuman. Cemas juga dia tadi melihat Amily pengsan di hadapannya. Dan dia juga sedikit terkilan dengan apa yang berlaku pada anaknya ini.

“Where am I?” Soal Amily tanpa menjawab soalan wanita di hadapannya.

“You’re in hospital.And you…”

“Mana Adam?” Amily mencelah. Dia tak mahu dengar apa jua yang keluar dari mulut wanita di hadapannya.

“Sekejap lagi dia akan tiba.” Ucap Puan Katrina kelat. Tidak tahu sama ada perlu atau tidak maklumkan pada Amily perkara yang sebenar.

Beberapa seketika, pintu terbuka. Kelihatan Encik Zafrul dan isterinya tiba bersama anak bongsu mereka. Puan Katrina bangun, sedikit terkejut melihat bekas suami dan keluarga mereka di situ.

“Katrina…” sapa Encik Zafrul pada bekas isterinya sebelum memandang anak perempuannya di katil. Tiba-tiba saja dia rasakan janggal berhadapan situasi ini. Isterinya mengukirkan senyuman kelat padanya, seolah-olah memahami apa yang sedang difikirkan olehnya. 

“I should be going,” Puan Katrina mencapai beg tangannya. Sebelum dia melangkah ke pintu, dia sempat berbisik pada bekas suaminya. “She doesn’t know yet.”

Encik Zafrul mengeluh. Dia berpandangan dengan isterinya sebelum memerhatikan Amily yang sedang memandang kedua-dua mereka dengan rasa hairan.

“Is there something happened?” Soal Amily apabila terpandangkan wajah kelat Papa dan Mamanya. 

Encik Zafrul dan Puan Sarah telan air liur mendengarkan soalan Amily. 

“Mama, do you bring any food?” Amily bersuara lagi. Jujur, dia lapar sebenarnya. Aneh, rasa sakit yang dialaminya beberapa jam yang lalu hilang begitu saja. Mungkin tidak hilang sepenuhnya tapi dia rasakan sedikit lega berbanding tadi. Sakit yang dialaminya beberapa jam yang lalu seolah-olah hampir saja membuat dia hilang nyawa. 

Puan Sarah angguk sebelum meletakkan bakul buah-buahan yang dipegangnya. Dia dan Lydia kemudian berbual dengan Amily.

5 minit kemudian, kelibat Adam melangkah masuk. Dia baru saja selesai berbincang dengan doktor yang merawat Amily. Terkejut dan kecewa semuanya bercampur aduk dalam dirinya saat ini. Tidak tahu bagaimana dia harus jelaskan pada Amily. 

Amily memandang wajah Adam yang tiba sebelum matanya dialihkan ke arah lain. Entah kenapa dia tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki itu saat ini. 

Encik Zafrul memandang menantunya, kepala digeleng. “She doesn’t know yet, Adam.” ucapnya dengan senyuman kelat.

Adam mengeluh. Dia pasti ayah mertuanya mahu dia jelaskan pada isterinya hal sebenar.

“Apa yang I sepatutnya tahu?” Soal Amily dengan tidak puas hati. Apa sebenarnya yang disembunyikan darinya?

“Adam akan beritahu Amily.” Ucap Encik Zafrul sambil matanya memandang isteri dan anaknya, memberi isyarat untuk beredar. 

Adam melepaskan keluhan seusai keluarga mertuanya hilang di balik daun pintu. Dia melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Berat hati untuk jelaskan hal sebenar.

“Apa yang sepatutnya I tahu, Adam?” Soal Amily tidak sabar.

Adam tarik nafas sebelum mencapai tangan isterinya. “Do you know that you were pregnant?”

Amily telan air liur. Adakah Adam sudah tahu hal sebenarnya?

“Doktor bagitahu I yang you…” Adam tarik nafas sekali lagi. matanya memandang tepat ke anak mata coklat milik AMily. “you keguguran…”

Amily telan air liur sekali lagi. Terkejut dengan apa yang didengarnya. Dia diam, tidak tahu bagaimana harus ekspresikan saat dia mendengar itu. Haruskah dia tunjukkan riak terkejut dan berpura-pura sedih saja? Atau dia sepatutnya gembira saja? Atau berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku?

“Amily…” Adam bersuara. Risau dengan diam isterinya itu.

“Jadi? Apa yang you harapkan akan keluar dari mulut I?” Amily bersuara setelah mendiamkan diri untuk beberapa seketika. Dia sehabis upayanya untuk membuatkan ayatnya kedengaran seperti seorang manusia yang tiada perasaan. Jujur, dia tidak tahu bagaimana dia harus eksperesikan wajahnya ketika ini. 

Adam telan air liur. Dia pasti Amily terkejut dengan apa yang disampaikannya sebentar tadi, cuma isterinya berpura-pura dengan lagak biasanya. Mungkin saja isterinya sedikit terkilan dengan berita buruk itu. “I faham, sayang.”

Amily kerut dahi. Apa yang Adam faham? “Apa yang you faham?”

Adam mengukirkan senyuman sebelum menarik isterinya supaya berada dalam dakapannya. Rambut wanita itu dibelai persis anak kecil. “We didn’t expect this. I benarkan you menangis sekarang ini.”

Amily telan air liur lagi. Dia meleraikan pelukan Adam sebelum memandang Adam. “I nak rehat, Adam.” Amily berbohong.

Adam angguk dengan senyuman. “Take a good rest.” Dahi isterinya dikucup lembut sebelum dia melangkah keluar.

Amily mengeluh. Entah kenapa dia tiba-tiba saja dihimpit rasa bersalah.


Reenapple: Kesian kat Amily. Hurmmm


4 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.