Monday, November 2, 2015

Stick & Stones #50




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49]


Amily menghempaskan punggunnya ke katil. Kelibat Adam di pintu, dia tidak hiraukan. Selepas dua hari terpaksa membazirkan masa di hospital, dia akhirnya dibenarkan pulang. Dan dia sedikit lega walaupun Papa memaksannya untuk mengambil cuti selama sebulan, sesuatu yang dia telah bangkang habis-habisan tapi masih, permintaannya tidak layan oleh Papa. 

“You rehat dulu. If there’s anything, call Angela.” Adam bersuara seusai meletakkan beg baju Amily di bilik pakaian. Angela diminta untuk tinggal bersama untuk sementara waktu, sehingga keadaan Amily betul-betul pulih.

Amily mengeluh. “I don’t need Angela to stay here with us. I can take care of myself.” Dia memeluk tubuh sambil tangannya memandang Adam yang baru saja mengambil tempat di sebelahnya.

Adam senyum. “I tahu. Tapi I risaukan you. Semua orang risaukan you, sayang.” Pipi Amily diusap lembut.

Tangan Adam ditepis oleh Amily. “Kalau you betul-betul risaukan I, mungkin you patut hantarkan I ke rumah Papa?” 

Adam senyum. “You mahu berada di rumah Papa? I akan hantarkan sekarang.”

Amily mengeluh kasar. “Tak nak.” Lagi baik dia berada di rumah seorang diri dari berada di rumah Papa. Sah-sah kawalan Papa lagi ketat dari ini.

“Atau you nak berada dengan Mommy?” Adam bersuara lagi. “Kalau you mahu, I boleh telefon Mommy dan suruh dia datang sini.”

Amily geleng. Dia tidak mahu menyusahkan keluarga mentuanya. Sudahlah ibu mertuanya itu punya kerja yang memerlukan wanita itu berada di luar negara selama sebulan.

Adam melepaskan keluhan berat. “Okay. Sekarang, you bagitahu I, apa yang you nak?”

“I want to be alone. I don’t want Angela here.”

Adam geleng. “I can’t do that, sayang.”

Amily mendengus. “It’s just one baby, Adam. And plus it’s not a baby yet. It’s just…” Ayat Amily terhenti di situ di saat Adam tiba-tiba saja memeluknya. Dia telan air liur.

“I know this is hard for you, for us,” ucap Adam sambil membelai rambut isterinya. Sejak dikhabarkan berita itu, AMily kerap marah. Dia tahu wanita itu tentunya mengalami gangguan emosi dan isterinya itu tidak mahu luahkan pada sesiapa pun.

“Adam.. just stop it,” AMily menolak tubuh Adam.

Adam mengeluh. Dia pandang isterinya.

“I nak pergi kerja.”

Adam geleng. “I tak benarkan.”

“You tak boleh kurung I, Adam.” Amily memandang Adam dengan tidak puas hati.

Adam senyum. Kepala digeleng. “I tak kurung you, sayang. You are freely to go anywhere but you need to have a company.”

Amily mengeluh kasar. Dia sedikit pun tidak bersetuju dengan segala cadangan, kawalan, atau penjagaan Adam terhadapnya. Baginya, itu semua tidak masuk akal. Tersangat tidak masuk akal. Bukanlah nyawanya berada dalam keadaan bahaya, tambahan lagi, dia sudah pulih. Bukanlah pulih sepenhnya tapi tidak perlulah dia ‘dikurung’ tanpa sebarang pertimbangan.

Baru saja Amily mahu buka mulut, iPhone Adam berbunyi. Dia perhatikan saja suaminya berbual dengan siapa entah. Dia andaikan si pemanggil adalah Daniel melihat wajah serius Adam. 

10 minit kemudian, panggilan ditamatkan. Adam kembali melangkah ke arah isterinya yang masih duduk di katil. Dia kembali melabuhkan punggung di sebelah isterinya. Nafas ditarik sebelum dia mengukirkan senyuman kelat. 

“I need to go to office,” ucapnya dengan berat hati.

Amily diam. Tidak memberi respon.

Adam mengeluh. Makin Amily mendiamkan diri, makin dia dihimpit rasa bersalah. “I’m sorry. Lepas hari ini I akan luangkan masa dengan you.”

“Pergi je kalau you nak pergi,” balas Amily dingin. Jujur, dia tidak kisah pun jikalau Adam ada di sisinya atau tidak saat ini. Semuanya tetap kelihatan sama. Lagipun, dia mahu bersendirian. Kelibat Adam menemaninya akan membuatkan dia dihimpit rasa bersalah. Entah sejak bila dia tahu punya rasa bersalah ini. 

Adam tersenyum kelat. “I’m sorry.” Sekali lagi dituturkan kata maaf sebelum satu ciuman diberikan di pipi isterinya. Kemudian, dia melangkah keluar, meninggalkan Amily keseorangan di bilik. 

Dan Amily kembali melepaskan keluhan. Telefon pintarnya dicapai sebelum tangannya ligat mendail nombor seseorang. Dia perlu bercakap dengan seseorang.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Puan Katrina mengukirkan senyuman, memandang keadaan sekeliling sebelum memandang wanita muda di hadapannya. “You have a very beautiful house. Just like you dreams, before.”

Amily diam. Matanya masih lagi melekat pada wanita separuh abad di hadapannya. Sedikit terkejut saat dimaklumkan Angela tentang kedatangan Katrina Wilson ke rumahnya. Tertanya-tanya bagaimana wanita itu tahu alamat rumahnya dan apa tujuan sebenarnya Katrina Wilson memunculkan diri di hadapannya sekali lagi.

“You patut tahu yang you tak dialu-alukan jejak kaki ke sini, Puan Katrina.” AMily bersuara. Nada dingin digunakan.

Puan Katrina tersenyum kelat. Dia sudah jangka akan menerima layanan dingin dari anak sulungnya ini. “I just wanna see how you are doing.”

“I’m fine, thank you,’ balas Amily dengan tidak ikhlas. “You may leave now.”

Puan Katrina tersenyum hambar “Mommy bawakan kesukaan Amily.” Kotak berisikan strawberi bersalut coklat ditolak ke arah Amily.

Amily tarik senyum senget. “You ingat I kanak-kanak usia 5 tahun? Yang akan tersenyum setiap kali dihulurkan ini?”

Puan Katrina telan air liur. Dia tahu apa jua yang dilakukan olehnya takkan pernah dapat menawan hati Amily Katrina semula. Wanita itu telah membencinya dan dia adalah penyebab kepada perwatakan Amily sekarang. “Coukd you give me another chance?”

Sekali lagi Amily senyum senget. Entah mengapa dia mahu saja ketawa dengan apa yang berlaku. Dia mahu ketawa sinis tapi dia tiada mood untuk lakukan itu. “Don’t you think it’s already too late asking that?”

Puan Katrina mengeluh. “Hal itu dah lama berlaku, Amily.”

“It is. Tapi I tak pernah lupakan itu. You tahu apa perasaan I ketika itu?”

Sekali lagi Puan Katrina telan air liur. Dia tahu dia keterlaluan 10 tahun yang lepas. Tidak sepatutnya dia layan Amily sebegitu. 

“I was hurt by your words. You layan I macam orang asing ketika itu. I tak pernah marah Papa atau pun you selepas kamu berdua bercerai. I know everything happens for reason but I never expect that, my normal happy parents split because of you. You mintak Papa ceraikan you sebab you boleh pergi pada lelaki lain. How could you cheated on Papa, Mrs. Wilson?”

Puan Katrina telan air liur. Apa yang keluar dari mulut Amily adalah hal sebenar. Dia mahu bercerai 17 tahun yang lalu disebabkan lelaki lain. Dia dan bekas suaminya bergaduh besar juga sebab itu. Dan Amily ditinggalkan saja pada bekas suaminya kerana dia ketika itu langsung tidak menyayangi Amily. Dia lahirkan Amily pun hanya disebabkan paksaan bekas suaminya. Jikalau diikutkan hatinya ketika itu, dia mahu gugurkan saja kandungannya di saat dimaklumkan tentang kehamilannya 29 tahun yang lalu. “Every woman wants the best in their life.”

“Jadi, sebab itu you curang dengan Papa? Adakah sebab Papa tak boleh berikan kemewahan sepertimana yang you dapat sekarang ini?”

Puan Katrina mengeluh. Kepala digeleng lemah. “It’s not about that reason.” Tuturnya lemah.

“Jadi, apa sebabnya?” Soal Amily tidak puas hati.

“Feelings always change, Amily. You don’t know whether you will fall in love with the same person or will fall in love with someone else one day.”

“Adakah you nak cakap yang you tak cintakan Papa?” Amily senyum senget. “Jadi, mengapa you kahwin dengan dia pada permulaannya?”

Puan Katrina mengeluh lagi. Dia tiada jawapan pada soalan wanita muda di hadapannya. “Falling in love is beyond of our control, Amily. We can’t choose who we love. ”

Amily telan air liur. Entah kenapa ayat Puan Katrina di hadapannya mengingatkannya pada Adam. Jujur, dia rindukan lelaki itu tapi setiap kali lelaki itu menghampirinya, dia akan dihimpit rasa bersalah dan dia tidak suka itu. 

“Amily…” Puan Katrina telan air liur lagi.

AMily mengeluh. “Memandangkan you dah cakap macam itu, I rasa kita tak ada apa-apa untuk dibincangkan. You may leave now.” Amily bangun. Kelibat Angela yang baru saja tiba di ruang tamu dipandangnya. “Hantar dia ke pintu, Angela.” Arah Amily sebelum menghilangkan diri ke tingkat atas.

Angela angguk.

Puan Katrina kembali melepaskan keluhan berat. Tertanya-tanya apa yang harus dia lakukan lagi untuk mendapat kemaafan anaknya itu.


Reenapple: Amily ni tak nak berbaik dengan Mommy dia ke? Urmmm



5 comments:

  1. Aku pun harap dia dgn mak dia berbaik.

    ReplyDelete
  2. Hurghh. Lama2 I rasa annoyed dgn sikap amily nih.

    ReplyDelete
  3. rasanya amily jadi macam tu sebab parents dia bercerai... kesian amily... nampak dia sangat tertekan dengan perceraian parents dia... patutlah dia benci sangat mummy dia...hurm...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.