Tuesday, November 3, 2015

Stick & Stones #51




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50]

Jessica Natalia mengukirkan senyuman tatkala melihat kelibat lelaki yang dikenalinya. Terus saja kakinya melangkah ke arah lelaki itu.

“Hai…” sapanya dengan senyuman. 

Adam mendongak. Dia mengukirkan senyuman kelat. 

“Would you mind if I seat here?” Soal Jessica sebelum melabuhkan punggungnya berhadapan Adam tanpa menunggu jawapan lelaki itu.

Adam angguk kepala. “Sure.”

Jessica senyum lagi. “Encik Adam seorang saja?” Dia cuba memulakan perbualan.

Sekali lagi Adam angguk kepala. “You tak perlu ber-encik dengan I. Kita berada di luar pejabat sekarang ini.”

Jessica angguk. “I’m sorry. I already get used to that.”

Adam mengukirkan senyuman tanpa mengesyaki apa-apa. Matanya kembali memandang skrin iPad miliknya. Ada laporan yang harus dibacanya sebelum mesyuarat di pejabat luar negara minggu hadapan.

Jessica memerhatikan Adam dari atas hingga bawah. Jujur, majikannya adalah seorang yang kacak dan mungkin sempurna melihatkan kekayaan lelaki itu. Sungguh dia cemburu dengan Amily. Kenapa perlu Amily lebih darinya? Sejak zaman sekolah lagi, wanita itu akan mendahuluinya dalam apa jua cara, kecuali kecantikan. Dia tetap rasakan dia lebih cantik dari Amily. Tapi tentulah dari segi akademik, Amily tetap di tempat teratas darinya.

“Macam mana dengan Amily? I heard she’s miscarriage?” Jessica memulakan perbualan. 

Adam telan air liur. Tidak selesa dengan soalan wanita di hadapannya. Tertanya-tanya macam mana Jessica tahu itu. “Macam mana you tahu itu?”

Jessica senyum. “Ada gossip tentang itu.”

Adam angguk walaupun dia rasa aneh tentang itu. Seingatnya, tiada sesiapa di Casa Holding yang tahu tentang Amily keguguran melainkan keluarganya dan juga Daniel. Zachary sendiri pun tidak tahu itu. Dia pasti lelaki itu tidak tahu. Jika sepupunya tahu sah-sah lelaki itu akan muncul di halaman rumahnya pada hari sama dia mendapat berita itu. Itupun kalau Zachary betul betul risaukan Amily.

“Who’s the source?”

Jessica telan air liur. Dia jungkit bahu. “I ucapkan takziah pada you.” Dia berpura-pura simpati pada kemalangan yang menimpa isteri majikannya. Mungkin saja dia gembira dengan kemalangan yang menimpa Amily. Terasa keadilan berpihak padanya. Itulah, siapa suruh berlagak sangat dengannya. Padan muka!

Adam tersenyum kelat. Tiba-tiba saja dia teringatkan Amily. Untuk seminggu ini, Amily langsung tidak mahu bercakap dengannya. Katanya Edrian, berkemungkinan Amily mengalami gangguan emosi, sebab itu isterinya bersikap dingin dengannya. 

“I tak pasti sama ada Amily gembira atau sedih dengan apa yang berlaku. When she was told that she was pregnant, she looked confuse. Dia tak tahu sama ada mahu simpan atau tidak kandungannya itu.” Jessica memulakan niat jahatnya.

Adam kerut dahi. Tidak memahami apa yang Jessica katakan sebentar tadi. “I tak faham dengan apa yang you katakan ini.”

Jessica mengukirkan senyuman palsu. “Seminggu sebelum kemalangan itu, I dan Amily berbual. Dan dia ceritakan kandungan dia yang berusia dua bulan itu.”

Adam kerut dahi sekali lagi. “A week before that incident?”

Jessica angguk. “Amily dah tahu dia mengandung sebelum kemalangan itu. We met at hospital.”

Adam telan air liur. Adakah apa yang didengarnya adalah suatu fakta, yang Amily Katrina sebenarnya sudah mengetahui dirinya mengandung sebelum kemalangan itu? “Tapi Jessica, I dan Amily tahu itu selepas kemalangan itu. Amily knows nothing about that.”

“Oh my, she didn’t tell you that she was pregnant. She said want to talk with you first about that baby,” Jessica berpura-pura terkejut. Walhal dalam hatinya sudah bersorak kemenangan. Sah-sah lelaki di hadapannya sudah masuk ke dalam perangkapnya. 

Adam mengeluh. Dia tidak tahu sama ada mahu percaya atau tidak ayat Jessica Natalia di hadapannya ini. Dia risau jika Jessica sekadar mahu menabur fitnah pada Amily saja. 

“I rasa mungkin you patut tanya Amily hal yang sebenarnya. I tak berniat nak buka rahsia dia tapi I ingatkan you sememangnya dah tahu Amily mengandung sebelum dia keguguran.” Sekali lagi Jessica cuba ‘tusuk’ fikiran Adam dengan fitnahnya. 

Adam tarik nafas. 

“I pergi dulu. Kawan I dah sampai,” Jessica bersuara lagi sambil matanya memandang seorang lelaki yang baru saja mengambil tempat di salah satu meja kosong di restoran itu. Dia bangun sambil matanya memandang Adam yang masih kelihatan keliru. “I’m sorry for your loss.” Jessica kemudian melangkah ke arah kawannya dengan senyuman sinis. Dia pasti dia telah berjaya membuat Adam meragui Amily

Adam melepaskan keluhan. Tidak tahu sama ada mahu percaya atau tidak dengan apa yang keluar dari mulut Jessica. Tapi dia cuma ada satu cara saja untuk tahu itu. iPhone 6 dikeluarkan, sebelum tangannya ligat mendail nombor Daniel. 



$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$



Amily Katrina sedang membelek majalah di ruang tamu seorang diri. Dia bosan sebenarnya. Dia mahu lakukan kerja rumah tapi Angela tidak benarkan itu. Kata wanita itu, dia harus berehat. Untuk apa dia rehat jika dia sudah betul-betul pulih. Sudahlah dia tidak dibenarkan kemana-mana seorang diri. iPhone miliknya berbunyi tapi dia tidak hiraukan panggilan itu. Dibiarkan saja panggilan dari Zachary. 

10 minit kemudian, kedengaran bunyi enjin kereta di perkarangan rumah. Kelibat Adam muncul di ruang tamu. Dia telan air liur melihat Amily yang kelihatan tenang membelek majalah di ruang tamu. Kakinya melangkah ke arah isterinya.

Amily mendongak, memandang suaminya. Dia mengukirkan senyuman walaupun dia hairan dengan kepulangan awal lelaki itu. Jam di dinding baru saja menunjukkan pukul 3 petang. “Hai sayang. Awalnya you balik hari ini.” Amily bersuara sambil matanya kembali menghadap majalah di tangannya.

Adam tidak hiraukan sapaan Amily. “Bagitahu I hal sebenar, Amily…” Dia pandang Amily dengan rasa ingin tahu. Dia mahu mengesahkan apa yang diberitahu Jessica tadi adalah satu pembohongan. 

“Maksud you?” Amily tidak memahami. 

Adam mengeluh. Dia tak mahu membuat tuduhan yang bukan-bukan. Tapi dengan apa yang dimaklumkan oleh Dr. Elena tadi, membuatkan apa yang diberitahu oleh Jessica adalah berasas.

“You memang dah tahu yang you mengandung sebelum kemalangan itu, bukan?”

Amily telan air liur. Kenapa Adam lontarkan soalan itu padanya? Atau bagaimana Adam tahu? Amily akhirnya mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. 

“I’m asking you, Amily..” nada Adam ditinggikan. Sedikit berang dengan diam Amily Katrina ini. 

Amily mengeluh. Dia bangun, memandang Adam dengan pandangan sinis. “I have no any idea what you’re talking about.”

Adam telan air liur. Rasa bengang pada isterinya makin bertambah. Belum sempat dia bersuara, wanita itu telah meninggalkannya ke tingkat atas. Dia meluru ke arah isterinya, menarik tangan Amily yang baru saja mendaki satu anak tangga dengan kasar. 

“We’re not done yet, Amily.”

Amily mendengus, tangannya ditarik dari pegangan Adam. Wajah Adam di hadapannya ini kelihatan bengis. “I told you, I have no any idea what you’re talking about.”

Adam mengeluh kasar. “Just stop it, Amily. Jessica dah bagitahu I semuanya.”

“Jess?” Dahi Amily berkerut. Apa kaitan Jessica dengan rumah tangganya? “What she has to do with us?”

“She told me everything. She told that you’re already know about that. You jumpa Dr. Elena sebelum itu, bukan?”

Amily telan air liur. Tiba-tiba saja dia rasa mahu bunuh Jessica sebab menyibuk halnya dan juga penipuan wanita itu. “Apa yang Jessica beritahu you? You patut tahu apa jua yang keluar dari mulut dia tentang I adalah satu pembohongan.”

Adam telan air liur. Dia lupa itu. Tapi bagaimana dengan kenyataan dari Mama Edrian, Dr. Elena?

Jadi, you nak cakap apa yang Dr. Elena bagitahu I adalah satu pembohongan juga? Yang you jumpa dia sebelum you keguguran?”

Amily diam. Bukanlah dia gerun pada lelaki di hadapannya tapi dia tidak tahu apa yang dirasakannya saat ini. Tapi yang penting, dia mahu ‘selesaikan’ Jessica dulu.

“Jadi, apa yang sebenarnya you mahu cakapkan, sayang? Apa yang you mahu tuduh I sekarang ni?” Soal Amily dengan sinis. DIa sehabis daya cuba untuk bersikap tenang seperti biasa.

Adam mengeluh. Dia benci sikap AMily yang bermain tarik tali. “You sebenarnya…” belum sempat dia habiskan ayatnya, Amily telah memotongnya.

“You are right. I memang dah tahu yang I mengandung dari dulu lagi.” Amily pandang Adam. 

Adam telan air liur. Tadi dia beria-ia mahu penjelasan dari Amily tapi kini dia mengharapkan Amily hanya bergurau saja.

“Dan untuk pengetahuan you, I sedikitpun tidak mahu bayi itu. Mungkin I sedikit lega bila dia dah tak ada.”

PANGGG! Satu tamparan hinggap dipipi Amily. Amily telan air liur sambil matanya memandang Adam yang telah kemerahan wajahnya. Nafas lelaki itu turun naik menahan marah.

“You never change at all!” jerit Adam. “How could you kill that innocent life? And that’s our baby, Amily!”

Amily tarik nafas. Dia masih cuba memandang Adam. Masih cuba memandang tepat ke arah anak mata hitam lelaki itu. “For your information, I didn’t kill our baby. It was an accident.”

Adam mendengus. Amily, walau sekalipun tak akan mahu mengaku salah. “But you have intention to do that, right?”

Amily senyum sinis. “Tapi apa yang berlaku pada kandungan I adalah satu kemalangan. Dan bukan I yang rancang kemalangan itu.”

Adam mendengus. Sakit hati dengan sikap tidak bersalah Amily. “You patut bagitahu I.”

Amily senyum sinis lagi. “Bagitahu you? Walaupun I bagitahu you, I tetap tak mahu bayi itu.”

“Amily Katrina!” Nada Adam ditinggikan. Sakit hati betul dengan ayat isterinya. Tiada sifat perikemanusiaan kah wanita di hadapannya ini?

Amily mengeluh. Dia tahu lelaki di hadapannya ini sudah terlampau bengang dengannya. Dia tahu lelaki itu mungkin saja sudah mula membencinya kembali. 

“Why?” Adam bersuara lagi. Matanya memandang tepat ke arah anak mata coklat milik Amily. “Why you do this?”

Amily tarik nafas. Tidak tahu apa yang harus diberitahu Adam Joshua di hadapannya. “I don’t think it’s your business, sayang.”

“Okay. Do whatever you want, Amily. Keep being self centered ego person. Keep being who you are.” Seusai ucapkan itu, Adam berlalu pergi, meninggalkan Amily seorang diri. 

Amily melepaskan keluhan berat. Dia mahu mengejar lelaki itu tapi kakinya tidak mahu bergerak. 

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$



Jessica memandang keadaan sekeliling sambil mengukirkan senyuman. “Your house is not bad,” ucapnya sinis sebelum memandang wanita di hadapannya.

AMily tunjuk riak jengkel. “Apa yang kau mahu, Jess?” Soal Amily jengkel. Disaat dimaklumkan oleh Angela, pembantu rumahnya mengenai kehadiran Jessica, dia tertanya-tanya tujuan kedatangan wanita yang tidak disukainya. 

Jessica mengukirkan senyuman sinis. “Aku diberitahu yang kau sakit. Kau kehilangan anak dalam kandungan kau.”

“Itu bukan urusan kau, Jess.”

Sekali lagi Jessica senyum sinis. “Dan aku juga dengar yang perkahwinan kau sekarang ini bermasalah.”

Amily diam. Rasanya, mahu saja dia simbah jus oren di hadapannya ke muka Jessica. Tak habis-habis mahu jengkel kannya.

“Apa yang kau dengar tak semestinya betul.”

“Really? Aku dengar Adam dah lama tak pulang ke sini.”

Amily telan air liur. Apa yang keluar dari mulut Jessica adalah satu kenyataan. Sejak kejadian minggu lepas, Adam sudah tidak pulang ke rumah mereka. Lelaki itu lebih selesa bermalam di apartmennya. Itu yang dimaklumkan oleh Bryan. Dan setiap panggilan darinya, tidak pernah dijawab oleh Adam. Paling teruk pun, Daniel akan menjawab bagi pihak Adam, memaklumkan kesibukan lelaki itu.

“Kau tak pernah berubah, bukan? Masih kekal menjadi Jessica yang menyibuk,” Amily memandang Jessica dengan sinis. Sesungguhnya, Jessica sedikit tidak pernah berubah. Sengaja mencari alasan untuk sakitkan hatinya tapi dia pasti apa jua helah Jessica, tak akan pernah mampu membuatkannya mengamuk. 

Jessica ketap gigi.

“Sekarang aku faham kenapa bekas suami kau tinggalkan kau untuk bersama Louise. Oh, adakah kau tahu Louise sudah berkahwin? Dan aku dengar mereka sedang menanti cahaya mata pertama mereka.”

Jessica kepal tangan. Sakit hati betul dengan Amily. Niatnya mahu sakitkan hati Amily tapi dia pula yang sakit hati. “Hal mereka, bukan urusan aku.”

Amily tarik senyum senget sebelum menghirup jus oren di hadapannya. Dia kembali memandang Jessica. “Apa tujuan sebenar kau datang sini, Jess?”

Jessica senyum sinis. “Aku dah bagitahu kau yang aku cuma mahu melawat kau saja.”

Amily tarik senyum senget lagi. “Kita berdua bukanlah rapat untuk saling melawat satu sama lain. Kalau kau mati satu hari nanti, aku tak akan hadir ke majlis pengebumian kau, Jess.”

Jessica telan air liur. Sesungguhnya ayat Amily tidak pernah mampu membuatkan dia tidak bengang dengan wanita itu. “Bagaimana rasanya kehilangan anak?”

Amily mendiamkan diri. Soalan Jessica tidak dijawabnya. Dia asyik memandang wajah Jessica di hadapannya. Bukanlah disebabkan wanita itu cantik tapi dia dapat rasakan sesuatu pada soalan Jessica.

“Ada sesuatu yang kau mahu beritahu, Jess?”

Jessica mengukirkan senyuman sinis. Dia tak akan jelaskan hal sebenar pada Amily Katrina tentang apa yang berlaku. Tentang bagaimana wanita itu keguguran. “Tiada. Aku cuma mahu lihat kesedihan kau. Your sadness is my happiness.”

Amily tarik nafas. “Same goes with me. You may leave now, Jess.”

Jessica ukir senyuman senget. “I will. Tengok wajah kau yang sugul dan pucat ini sudah cukup buat aku gembira.” Dia bangun. Tapi baru saja dia memulakan langkah pertamanya, Amily bersuara lagi.

“But then Jess…” Amily bangun, memandang Jessica dengan senyuman sinis. “Karma will haunt you one day.”

Jessica telan air liur. Adakah AMily tahu hal sebenar?

“Angela, hantar dia ke luar.” Amily bersuara pada pembantu rumahnya sebelum mendaki tangga.

Jessica mengeluh kasar. Dia harap andaiannya salah. Dia harap Amily tak akan pernah tahu hal sebenar. Tapi apa yang Amily akan lakukan padanya jika wanita itu tahu hal sebenar?



Reenapple: Siapa lagi jahat, Jessica atau Amily? Hurmm



9 comments:

  1. Somehow I like the devilish Amily. Haha

    ReplyDelete
  2. allllllll nak lagi... cerita mikin panasssssss

    ReplyDelete
  3. Kejam ko Jessica
    harap adam tahu dan siasat bsgaimana amily gugur

    ReplyDelete
  4. Of course jessica. And i think jessica yg rancang smua nih. But amily is so degil. Tetiba rasa kesian pulak dgn adam. Sedihhh.

    ReplyDelete
  5. jessica nie tak guna... dasar batu api... adam patut tahu hal yang sebenarnya kenapa amily boleh gugur dan bukan dengar + percaya jer bulat-bulat cakap si jessica tu..

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.