Wednesday, November 4, 2015

Stick & Stones #52




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51]

“Macam mana hubungan you dan Amily?” Delaila memulakan perbualan tatkala menanti ayat dari Adam. Wajah lelaki itu kelihatan sugul. Dia tahu kisah keguguran Amily dan dia juga tahu perihal sebenar. Adam telah ceritakan padanya beberapa hari yang lepas. Sedikit terkejut dengan apa yang diceritakan oleh Adam. Dia tahu Amily pentingkan diri sendiri tapi dia tidak sangka Amily sanggup merahsiakan kehamilannya.

Adam mengeluh saat nama Amily terkeluar dari mulut sahabatnya itu. Termasuk hari ini sudah cukup dua minggu dia menjauhkan diri dari isterinya. Segala panggilan dari isterinya diabaikan. Dia tak mahu bercakap dengan Amily lagi untuk sementara waktu. Dan dia juga tidak mahu mendengar sebarang penjelasan yang keluar dari mulut isterinya. Dia pasti apa jua yang keluar dari mulut Amily Katrina adalah pembohongan. 

Delalaila senyum kelat. Dia pasti Adam masih lagi marahkan isterinya. Tapi dia pasti ada sebab mengapa Amily bertindak sedemikian.

“I still hurt by her, Laila,” ucap Adam lemah. Pada Delaila sajalah dia mampu luahkan apa yang terkandung dalam hatinya. Mahu luahkan pada Arissa, dia risau jika keadaan akan menjadi teruk lagi. Atau mungkin saja dia risau jika Arissa akan berada di pihak Amily.

“Everyone makes mistakes, Adam,” balas Delaila dengan senyuman kelat. Bukanlah dia berada di pihak Amily tapi setiap orang pernah melakukan kesalahan. Baik dia mahupun Adam pernah lakukan kesalahan. 

Adam mengeluh. Dia tahu itu. Tapi itu bukan kali pertama Amily lakukan kesalahan. Dulu, mungkin saja dia tidak peduli dengan sikap pentingkan Amily Katrina tapi sekarang tidak lagi apabila sikap isterinya itu telah meragut nyawa yang tidak bersalah. Lebih-lebih lagi nyawa itu adalah nyawa anak mereka yang masih belum lahir. Jadi, bagaimana dia mampu berdiam diri dan pandang sebelah mata saja?

“She never changed, Laila.”

Delaila melepaskan keluhan. “Jadi, apa yang you nak buat sekarang ini, Adam?” Dia faham kenapa Adam tidak mahu maafkan Amily tapi bukankan setiap manusia layak menerima kemaafan. Tambahan lagi, dia tak rasa kesalahan Amily ini adalah besar. 

Adam telan air liur. Dia juga tidak tahu apa yang dia harus lakukan sekarang ini. Sejak dua minggu yang lalu, otaknya hanya teringatkan satu perkara saja. “Mungkin peceraian adalah jalan terbaik untuk kami.

“Adam!” Delaila menjerit kecil membuatkan orang-orang di sekeliling mereka menoleh ke arah mereka. “That’s cruel, Adam. Too cruel.”

Adam geleng. “I don’t think it’s cruel, Laila. She deserves that.”

Delaila mengeluh. “I know you are mad at her because she hide her pregnancy from all of us but have you ever thought why she did that?” Delaila sedikit bengang.

Adam tarik senyum senget. “Are you on her side, Laila?”

Delaila telan air liur. Dia tidak tahu bagaimana harus jelaskan pada Adam. Benar, dia bukanlah berada di pihak Amily tapi dia rasakan Amily tidak layak menerima hukuman sebegitu. AKhiranya dia geleng kepala. 

“Then?” Soal Adam tidak berpuas hati.

Sekali lagi Delaila mengeluh. Mengubah fikiran dan keputusan Adam bukanlah mudah. Hitam kata lelaki itu, maka ia akan kekal hitam. Tapi sekali sekala dia harapkan keajaiban akan berlaku seperti mana Adam yang pernah membenci isterinya itu, tiba tiba saja jatuh cinta pada Amily.

“I rasa I tidak sekejam dia, Laila.” Adam bersuara lagi. Dia memandang sahabatnya. “I rasa dia lagi kejam bila dia sanggup ‘bunuh’ anak kami. Apa yang dia lakukan, tidak boleh dimaafkan, Laila.”

“She didn’t kill her baby, Adam. It was an accident.” 

Adam mendengus. “But she have that intention.” Adam sedikit pun tidak pernah lupa pada ayat Amily itu. 

“Pernah tak you tanya kenapa dia buat macam tu? Pernah tak you tanya dia kenapa dia rahsiakan kehamilannya?”

Adam telan air liur. Mindanya cuba mencari sebab mengapa Amily lakukan itu sebelum tiba-tiba saja dia teringatkan sesuatu. “Both of us were facing crisis at that time, because of Maya.” Ucapnya lemah. Walaupun dia tidak pasti kenapa Amily rahsiakan kehamilannya tapi dia pasti krisis mengenai Maya adalah salah satu puncanya. 

Delaila senyum hambar. Ada benar apa yang dikatakan oleh Adam. Jika dia berada di tempat Amily, tentunya dia akan lakukan apa yang Amily lakukan sekarang ini. “She was hurt by you. She was confusing whether you really love her or not.”

Adam telan air liur. Dia teringatkan kali terakhir dia bertemu isterinya sebelum insiden Amily keguguran itu. Dari raut wajah Amily ketika itu, isterinya itu benar-benar kecewa dengannya. “She told you something?

Delaila geleng. “I perempuan juga Adam. Walaupun kita lihat Amily seperti seorang wanita yang tiada perasaan, I tahu dia cemburu bila lihat you bersama Maya.”

“I already told her that I choose her, I told her that I love her,” Adam cuba menyebelahi dirinya.

Delaila senyum hambar sekali lagi. “Untuk perempuan seperti Amily, I rasakan dia lebih percayakan tindakan berbanding kata-kata, Adam. You used told me that real men shows love by action not words.”

Adam telan air liur lagi. Dia baru sedar sesuatu. 

“Dan jikalau betul Amily betul betul mahu gugurkan kandungannya, dia tidak perlu menunggu lama. ”

Adam angguk kepala. Ada benar apa yang keluar dari mulut Delaila. Amily bukanlah seorang manusia yang akan buat keputusan yang tergesa-gesa. Tapi wanita itu benar-benar akan lakukan apa yang dia mahu secepat mungkin. 

“I tak boleh berikan sebarang nasihat mengenai rumah tangga you, Adam. It’s your marriage not mine. You know Amily more than I do. Dan I rasa penceraian tak akan menyelesaikan masalah you dan dia.” Delaila bersuara lagi.

Adam mengeluh. Nasihat Delaila menyedarkannya. 

“I should be going by now,” Delalila bersuara lagi sambil memandang jam di pergelangan tangannya. Dia harus bertemu ibu bapanya sekejap lagi. 

Adam angguk lemah. 

“My advice, Adam. Think properly.” Seusai ucapkan itu, Delaila berlalu pergi, meninggalkan Adam seorang diri di restoran itu. 

Adam kembali melepaskan keluhan. Apa yang dia harus buat sekarang ini?

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Adam mengeluh setiap kali mindanya teringatkan Amily Katrina. Sudah tiga minggu dia berada jauh dari isterinya. Sebab pertama, dia sibuk dengan kerja di luar negara. Sebab kedua, dia masih berkecil hati dan kecewa dengan isterinya.

Dia teringatkan perbualannya dengan Delaila beberapa hari yang lepas sebelum dia berangkat ke New York.

“Tuan..” Daniel bersuara. Dia tahu kenapa majikannya termenung sebegini. 

Adam memandang pembantu peribadinya. “What should I do now, Daniel?”

“Mungkin tuan patut hubungi puan?” Cadang Daniel. DIa tahu apa yang membuatkan majikannya tidak senang duduk. 

Adam mengeluh lagi. Hubungi Amily? Apa yang dia mahu bualkan dengan wanita itu? Takkan mahu diberitahu yang dia masih marah dengan isterinya itu? dia geleng kepala.

Daniel senyum kelat. Tahu sangat sikap keras kepala majikannya. Sudah tiga minggu lelaki itu berkeadaan sebegitu. Setiap panggilan dari isterinya akan diabaikan atau biarkan dia saja yang menjawab panggilan dari isteri majikannya itu. Dan tentulah, dia terpaksa berbohong, memaklumkan kesibukan Adam Joshua. 

“Did she call today?” Adam mengeluarkan soalan.

Daniel geleng kepala. Aneh, tidak pula dia menerima panggilan dari isteri majikannya. Sepanjang tiga minggu yang lepas, sekurangnya satu kali sehari, Puan Amily Katrina akan menghubungi majikannya. Tapi tentulah, majikannya terlampau ego untuk menjawab panggilan dari isterinya.

Adam kerut dahi. Aneh apabila Amily tidak menghubunginya hari ini. Adakah isterinya itu sudah berputus asa dengannya?

“Should I call her, Daniel?” 

Daniel angguk kepala dengan senyuman. 

“Tapi apa yang harus aku bualkan dengan dia?”

Daniel mengukirkan senyuman. “Bual apa saja yang tuan mahu bual dengan dia.”

Adam mengeluh. Sejujurnya, dia rindukan isterinya. Tapi memikirkan sikap ‘kejam’ Amily dia abaikan perasaan rindu itu.

“Tuan…” Daniel bersuara lagi. “Saya minta maaf jika saya menyibuk urusan rumah tangga tuan tapi saya pasti apa yang keluar dari mulut Puan, adalah sesuatu yang patut diragui.”

“Maksud kau?” Adam kerut dahi.

Daniel senyum lagi. “Isteri saya pernah mengalami keguguran. Dan segala apa yang keluar dari mulutnya waktu itu saya tidak pernah percaya sebab saya tahu dia ketika itu mengalami gangguan emosi. Dia akan mengeluarkan ayat yang dia tidak pernah maksudkan.”

Adam telan air liur. Dia lupa itu. Setahun yang lalu, isteri Daniel mengalami keguguran menyebabkan lelaki itu terpaksa bercuti selama satu bulan. Dan bila dia ingatkan ini, baru dia sedar dia tidak berada di sisi Amily di saat wanita itu benar-benar memerlukannya. Amily mungkin kelihatan kuat tapi berkemungkinan juga ketika itu, isterinya tidak kuat seperti selalu.

“Tuan?” Daniel bersuara lagi. Risau dengan diam majikannya. 

Adam mengukirkan senyuman. “Aku faham.”

Daniel senyum. “Tuan mahu saya lakukan apa-apa?”

Adam tarik nafas sambil mindanya cuba memikirkan sesuatu. “It’s okay. I would like to give her a surprise.”



Reenapple: Sometimes Adam ni... entah la.. Tak tahu nak cakap apa. Childish? Ehhh



9 comments:

  1. Yup. Childish. Hmm. Cpt lah amily dgn adam berbaik.

    ReplyDelete
  2. nasib ada delaila tolong bagi nasihat dan daniel bagi pendapat dia... kalau tak si adam tu percaya jerlah yang amily nak gugurkan kandungan... nasib dia orang berdua nie baik & tak macam jessica si batu api..

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.