Thursday, November 5, 2015

Stick & Stones. #53



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#53]

Amily melangkah ke arah pintu dengan malas. Siapa entah yang datang di hujung minggu. Menyesal pula meminta Angela pulang bekerja di rumah mentuanya semula. Dia baru saja selesai mandi tatkala kedengaran bunyi loceng bertalu-talu. Dia pasti itu bukan Tina kerana sahabatnya itu akan menghubunginya dahulu. Dan tak mungkin Adam mahupun ibu bapanya kerana mereka punya kunci rumahnya. 

Amily buka pintu. Dia memandang kosong gerangan di hadapannya. Bunga di tangan lelaki itu hanya dipandang sepi saja. “Apa yang you buat kat sini, Zack?”

Zachary mengukirkan senyuman sambil melangkah masuk tanpa menunggu pelawaan Amily. “I’m visiting you, sayang.” Bunga di tangannya diserahkan pada Amily tapi wanita itu tidak pedulikan bunga itu. Zachary tersenyum sebelum mengambil tempat di sofa.

Amily mengeluh. Dia memandang Zachary dengan sinis.

“I dengar you cuti sakit selama sebulan. I’m worried about you,” Zachary pandang Amily yang mengambil tempat di sebelahnya.

Amily diam, tidak memberi respon.

“Mana Adam?” Zachary mengeluarkan soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya. “Dia sepatutnya temankan isterinya yang sakit dari utamakan hal kerja.”

“Apa yang you nak sebenarnya, Zack?”

Zachary senyum kelat sebelum mengubah tempat duduknya. Dia mengambil tempat di sebelah Amily pula. “I heard you were miscarriage. Is that true?”

Amily angguk.

“Whose child is that?” Zachary tidak berpuas hati.

Amily senyum sinis. “I kahwin dengan Adam. Tentulah itu adalah anak dia.”

Zachary mengeluh. “How could you do this to me, Amily.”

Amily pandang Zachary dengan sinis. “Maksud you?”

“You do know I still wait for you. You do know that I still love you, Amily.”

“But I don’t.”

Zachary mendekatkan diri pada Amily. “Bagitahu I, apa yang I harus lakukan untuk dapatkan you semula. I will do anything for you, Amily.”

Amily senyum sinis lagi. Dia sedikit pun tidak percaya ayat Zachary. Baginya setiap janji manis yang pernah keluar dari mulut Zachary adalah sesuatu yang tidak patut dipercayai. Semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi. “You should move on, Zack. Find another girls.”

Zachary geleng. Dia tak mahu. Dia, walau macam mana akan cuba dapatkan Amily Katrina semula.

Amily mendengus. Sakit hati juga dengan sikap keras kepala Zachary Davis ini. Bukannya tak ada perempuan lain dalam dunia ini. Berlambak. “Don’t too headstrong, Zack. You nak kembali pada I sebab you cemburu pada sepupu you, bukan? Because he had beat you in everything?

Zachary telan air liur. Tepat betul sangkaan Amily. Benar, bukanlah dia benar-benar cintakan wanita di hadapannya. Mungkin juga dia cintakan Amily tapi cemburu pada Adam mengatasi segalanya. Adam selalu dapat apa yang dia mahukan. Dia teringatkan gadis yang pernah dia suka di zaman sekolah dulu. Gadis itu menolak cintanya disebabkan gadis itu punya perasaan pada Adam. Dan dia sedikit pun tidak mampu menerima kekalahannya ketika itu. 

“You kahwin dengan dia sebab you mahu balas dendam pada I, Amily.”

Amily geleng dengan senyuman. “You are nothing for me since the day you were cheating on me with another girl, Zack.”

Zachary mengeluh kasar.

“It’s better you leave, Zack.” Amily bangun tapi belum sempat dia melangkah ke arah pintu, tangannya direntap kasar oleh Zachary, membuatkan dia kembali melabuhkan punggung di sebelah Zack. 

Zachary mengukirkan senyuman sinis sebelum mendekati Amily. Pipi wanita itu diusap lembut. Dia cuba untuk mencium bibir wanita itu tapi belum sempat dia lakukan itu, satu tamparan telah hinggap di pipinya. Perit juga tamparan Amily Katrina ini.

Amily bangun. Dia pandang Zachary dengan berang. “Leave, Zack. I tak nak tengok muka you lagi.”

Zachary senyum sinis. Di saat Amily bangun, dia merentap tangan wanita, membuatkan wanita itu kembali duduk. Tubuh Amily ditolak kasar sebelum leher wanita itu dicumbui dengan kasar. “You are mine, Amily.”

Amily tolak tubuh Zachary tapi usahanya sia-sia saja. Makin dia cuba tolak tubuh Zachary, makin rakus bibir lelaki itu menyentuh lehernya. “Stop it, Zack!” jerit Amily.

Zachary menghentikan perbuatannya. Dia memandang Amily yang berada di bawahnya. “You are mine, Amily!”

“I’m not yours.”

“You still love me, right? I know you do.”

“Let me go you idiot!” AMily berang. Tangannya masih cuba untuk menolak tubuh Zachary tapi usahanya sia-sia saja. Kekuatannya tidak dapat dibandingkan dengan kekuatan lelaki itu.

Zachary senyum sinis. Dia memandang Amily yang berada di bawahnya. 

“Let me go,” jerit Amily lagi. Tangannya menumbuk-numbuk ke dada bidang Zachary.

Sekali lagi Zachary senyum sinis tapi dia tidak lakukan apa-apa . Dia hanya melihat Amily meronta. Sudah lama dia mahukan Amily tapi wanita itu tidak pernah mahu turuti keinginannya. 

“You buatlah macam mana sekalipun, sayang. Tak ada yang boleh selamatkan you. Adam is not here. In this house, there’s only me and you.”

Amily berhenti menumbuk dada bidang Zachary. Dia telan air liur mendengar ayat Zachary. Apa yang terkeluar dari mulut Zachary adalah benar. Dan sekarang dia menyesal meminta Angela pulang awal.

Zachary senyum sinis lagi sebelum wajahnya perlahan-lahan mendekati wajah Amily. Belum sempat dia menyentuh bibir Amily, mereka diganggu satu suara lelaki. 

“Amily!” jerit seorang lelaki.

Zachary terus bangun. Begitu juga Amily. Kedua-dua mereka telan air liur tatkala melihat Encik Zafrul dan Puan Sara di pintu masuk. Amily jeling Zachary yang sudah kelihatan cuak. Tanpa membuang masa, Zchary terus berlari keluar tanpa memandang langsung wajah Encik Zafrul yang melangkah masuk ke ruang tamu. 

Amily tarik nafas sedalam-dalamnya. Dia juga cuak tapi dia cuba kelihatan tenang. Wajah Papa di hadapannya kelihatan bengis. Manakala wajah Mama kelihatan terkejut dan takut. Mungkin Mama tahu apa yang akan terjadi selepas ini?

“Papa… Mama…” ucap Amily tenang tanpa menghiraukan rasa cuaknya. 

Sapaan Amily langsung tidak dihiraukan. “Explain me that, Amily Katrina,” ucap Encik Zafrul sambil melangkah ke arah anak perempuannya yang kelihatan tenang. Sejujurnya dia terkejut, bengang, marah dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi. Patutlah hatinya beria-ia mahu melawat anaknya ini. Rupanya inilah yang dia akan saksikan, perangai sebenar Amily.

Amily diam. Dia hanya memerhatikan saja Papa melangkah ke arahnya. Melihatkan wajah tegang Papa, dia pasti sesuatu yang buruk bakal berlaku padanya. 

Encik Zafrul kini berada di hadapan anaknya. Dia memandang tepat anak mata coklat milik Amily. Amily punya mata seperti ibunya. “I will give you last chance,” ucap Encik Zafrul dengan nada mendatar.

Amily tarik nafas sedalamnya. Dia memandang Encik Zafrul dengan senyuman. “Whatever happening in your mind, that’s the truth, Papa.”

Dan tiba-tiba… 

Satu tamparan hinggap di pipi Amily. Amily telan air liur. Dia sedikit kelu dengan tindakan lelaki itu. Tidak sangka Papa sanggup menamparnya. Walau betapa marah Ayah padanya, lelaki itu sedikitpun tidak pernah menggunakan kekerasan fizikal padanya.

“I can’t belive you are doing this!” ucap Encik Zafrul bengang. Nafasnya turun naik menahan marah. Sudah lah dia mahu mengamuk melihat insiden Amily yang tidak senonoh tadi, dan sekarang ayat Amily benar-benar telah mencabar kesabarannya. “Apa kurangnya Adam, Amily? Kenapa perlu layan dia macam ini?” Soal Encik Zafrul. Dia sedikit pun tidak menyesal melayan anaknya sebegitu rupa. Amily harus diajar. 

Amily diam. Entah mengapa mulutnya tidak mahu bersuara, menjelaskan apa yang berlaku tadi adalah salah faham. Apa yang berlaku tadi, adalah salah Zachary, bukan salahnya. 

“Jawab bila Papa tanya Amily,” kedengaran lagi suara Encik Zafrul.

“Abang…” belum sempat Puan Sara menghabiskna ayatnya, suaminya itu memotong percakapannya.

“You jangan masuk campur. Ini hal I dan Amily.”

Puan Sarah kembali diam. dia memandang AMily yang masih menundukkan wajahnya. Terbit rasa simpati pada anak tirinya itu.

“I’m asking you, Amily Katrina!” Nada suara Encik Zafrul semakin tinggi.

“I…” Amily tarik nafas. “I don’t have answer for your question.”

Encik Zafrul mendengus. Sakit hatinya bertambah mendengar ayat Amily. 

“I shouldn’t let you married him if I know this is will happen.”

Tapi Papa tetap mahu Amily kahwin dengan Adam, bukan? Untuk selamatkan syarikat Papa. You ask me to marry him because of money, Papa.”

“Amily…” Puan Sarah menegur tapi belum sempat dia sudahkan ayatnya sekali lagi tamparan Encik Zafrul hinggap di pipi Amily untuk kali kedua.

Amily kembali mendiamkan diri. Sungguh, tamparan Papa perit!

Starting from today, you’re no longer my daughter,” ucap Encik Zafrul tegas.

“Abang!” jerit Puan Sarah, terkejut dengan apa yang keluar dari mulut suaminya itu.

“Segala harta kamu akan diambil semula.” Encik Zafrul bersuara lagi.

“I don’t give a damn about that,” balas Amily tenang. 

Encik Zafrul mendengus. Amily Katrina betul-betul mencabar kesabarannya. “And also, leave Adam.”

Amily pandang Encik Zafrul. Dia tidak senyum tatkala mendengar arahan Encik Zafrul. “I won’t leave him.”

“Adam deserve someone else better than you.”

Amily senyum sinis. “Jadi, maksud Papa, Amily layak bersama lelaki lain yang lebih baik dari Adam?”

Tamparan hinggap di pipi Amily untuk kali ketiga.

“I didn’t teach you to be like this, Amily!” jerit Encik Zafrul berang. Kalau Amily itu bukan anaknya, sudah lama dia belasah wanita itu sehingga mati.

Amily senyum sinis walau hatinya rasa sebak. “You do know, why I became like this, Papa. You didn’t teach me but you make me like this.”

Encik Zafrul telan air liur. Sedikit terkesima dengan apa yang didengarnya. ENtah mengapa hatinya separuh setuju dengan apa yang keluar dari mulut Amily Katrina itu. Adakah disebabkan dia terlampau berkeras dengan anaknya ini yang membuatkan Amily menjadi seperti sekarang ini?

“You wasn’t like this before.”

Amily telan air liur. Benar, dia bukan seperti ini dulu. Dia dulu, mana pernah berani melawan cakap Papa. “You made me became like this, Papa.”

Sekali lagi Encik Zafrul telan air liur. Dia tarik nafas sebelum memandang Amily Katrina. Walau apa jua sekalipun, Amily tak akan pernah mengaku kalah. Wanita itu tak akan mahu mengaku salah.

“Tinggalkan Adam, Amily. Leave him.”

“What are you gonna do if I don’t want to leave him, Papa?”

Encik Zafrul mendengus. Dia tahu apa jua ugutan yang dikenakan pada Amily tak akan pernah berjaya menakutkan wanita itu. Amily sudah lali dengan ugutannya. “You aren’t my daughter anymore.” Seusai ucapkan itu, dia berlalu pergi sambil mengheret isterinya.

Amily melepaskan keluhan.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Tiga hari kemudian….

Adam melangkah masuk ke Villa Roses dengan tenang. Bungan Ros Hijau di tangannya dihidu sambil bibirnya mengukirkan senyuman. Dia dari tadi sudah tidak sabar untuk bertemu Amily. Dia harapkan isterinya itu masih tidur supaya dia boleh memberikan kejutan tatkala wanita itu sedar nanti. 

Kakinya dihayunkan ke bilik tidur utama di tingkat atas. Hatinya bedebar-debar. Kali ini dia mahu jelaskan semuanya pada Amily. Dia mahu mulakan hidup baru dengan wanita itu.

Tombol pintu bilik dipulas dengan perlahan. Dia berdebar sebenarnya. Tapi disaat dia melangkah masuk, kelibat Amily tidak kelihatan. Sama ada di katil mahupun di sekeliling bilik itu. Mahu andaikan Amily berada di dalam bilik air, tapi dia sedikit pun tidak mendengar bunyi pancuran air. Mahu andaikan Amily tidak pulang ke semalam, kereta wanita itu masih lagi berada di garaj. Aneh dan hairan menyelubunginya. Nombor Amily didail, tapi tiada maklum balas. Katanya operator panggilan, nombor Amily berada di luar kawasan. 

Dia mendail pula nombor Bryan, bertanyakan tentang isterinya. Tapi lelaki itu juga tidak tahu di mana isterinya.

Adam melepaskan keluhan. Dia cuma ingat satu destinasi saja tentang kemungkinan tempat Amily berada sekarang ini. Rumah Zachary! Akhirnya dia mendail nombor Zachary walaupun dia tidak mahu. Dia cuma mahu mengesahkan yang Amily Katrina tidak berada bersama Zachary Davis itu.

Adam menanti dengan sabar untuk panggilannya dijawab. Dia harap bukan AMily yang akan menjawab panggilan itu. 

“Hellooo…” Panggilannya berjawab. Kedengaran suara seorang wanita. Sepertinya wanita itu baru saja tersedar dari tidur. Adam telan air liur. Dia harap wanita itu bukan Amily.

“Zack?”

“Wait a minute,” ucap wanita itu. “Zack..” kedengaran suara wanita itu mengejutkan Zachary. 

“Helloooo…” kedengaran suara Zachary yang baru tersedar itu. “Who’s this?

“Adam,” balas Adam pendek. Dia, kalau boleh mahu pendekkan perbualannya dengan Zachary itu.

“Kau nak apa telefon pagi-pagi ni?” Zachary sedikit meradang. Mungkin berang waktu tidurnya diganggu.

“Aku nak tahu sama ada Amily berada dengan kau atau tak.”

“Amily? Dia memang dengan aku. Dia sekarang…” belum sempat Zachary menghabiskan ayatnya, tiba-tiba kedengaran suara wanita. 

“Who’s Amily?”

Adam senyum sinis. Sudah agak, Zachary sedang menipunya. “I already got the answer Zack. Bye.” Talian ditamatkan. 

Adam kembali melepaskan keluhan. Tertanya-tanya di mana Amily berada sekarang ini. Dicuba sekali lagi menghubungi telefon bimbit Amily namun keputusannya tetap sama. 

Dia cuba berfikir positif. Mungkin saja Amily berada bersama Tina sekarang ini? Ya. Itu yang akan dia fikirkan. Amily berada bersama Tina dan isterinya akan pulang nanti. 

Adam kemudian melangkah ke bilik pakaian. Dia telan air liur tatkala melihat ruang almari milik Amily separuh kosong. Beberapa penyangkut baju tergantung kosong di satu petak. Kasut dan beg berjenama milik wanita itu masih lagi berada di tempat yang sepatutnya.Ke mana sebenarnya Amily Katrina pergi? Sekali lagi dia cuba menghubungi Amily namun hasilnya masih tetap sama. Dan tiba-tiba matanya terpaku pada satu beg kertas kecil yang comel. Dia telan air liur apabila melihat isi kandungan beg kertas itu. Beg kertas itu mengandungi satu set pakaian bayi dan satu keping kad yang tertera…

Congratulations. We both gonna be a parent.

-Amily-


Adam telan air liur lagi. Keluhan bernada kecewa dilepaskan. Rasa menyesal menyelubunginya. Rupanya selama ini dia sudah salah faham terhadap Amily. Dia sudah menuduh isterinya yang bukan-bukan.

Tangannya kembali mendail nombor Amily lagi dan lagi. Namun, hasilnya tetap sama. Sama ada Amily sudah menukar nombor telefonnya ataupun wanita itu tidak mahu diganggu. 

Dia melangkah keluar dari bilik pakaian sebelum melabuhkan punggung ke katil. Sekali lagi dia mengeluh. Dan tiba-tiba saja matanya terpaku pada sehelai kertas di atas meja kecil berhampiran katil. Di atas kertas itu ada sebentuk cincin. Dia tahu siapa pemilik cincin itu. Dia kemudian mencapai kertas itu dan membaca setiap patah ayat yang tertera.

“Bila you baca ini, I dah tinggalkan rumah ini. I bukan lagi menjadi sebahagian dari hidup you. 
Sejak kecil I dapat apa yang I mahu. Dan I akan kekal untuk memiliki apa yang menjadi milik I walaupun itu terpaksa melukakan hati orang lain. 
Selepas I kehilangan anak kita, I sedar itu adalah balasan atas apa yang I telah lakukan. I’ve done too many mistakes that I don’t deserve a forgiveness. 
You are right. I sememangnya seorang yang kejam, seorang yang tiada hati dan perasaan. Seorang yang pentingkan diri sendiri. I’m such a bitch like you said before. 
My lawyer will contact you as soon as you arrive home. Dan I dah tandatangan dokumen penceraian kita. Apa yang you perlu buat, hanyalah tandatangan dokumen itu dan semuanya akan selesai. I tak akan ganggu hidup you lagi. Dan you boleh mulakan hidup baru. 
My last words, sayang, live happily. Enjoy the little things that you have. Dan jangan pernah cari I lagi.  
-Amily Katrina-

Adam mengeluh lagi. Entah mengapa dia sebak tatkala membaca surat Amily. Bukan ini yang dia mahu. Bukan ini yang dia mahu Amily lakukan. Bukan ini yang dia mahu dari Amily.

Dia harus mencari isterinya. Tapi di mana dan bagaimana dia harus mulakan pencariannya?




17 comments:

  1. Replies
    1. Maybe she think that is the best for all. Hurmm

      Delete
  2. Poor amily..feel sad for her... T.T

    ReplyDelete
  3. Alamak sedihnya. ..cian amily sobsobsob

    ReplyDelete
  4. Huwaaaa. Sdihnyaa. Ksian amily. Writerr, why you did thisss?? *crying*

    ReplyDelete
    Replies
    1. I cuma ikut permintaan Amily yang mahu hilangkan diri. Hurmm *hulur tisu*

      Delete
  5. big NO... poor amily... pity adam...

    ReplyDelete
  6. Oh maiii... apa dh jd nii..

    ReplyDelete
  7. Haha cool.. seriously mmg susah jd org pmpn yg keras hati ni kan.

    ReplyDelete
  8. zack mememang jahat... amily patut bagitahu hal sebenar pada papa dia apa yang sebenarnya berlaku.. tapi mungkin dia saja nak sakitkan hati papa dia sebab tekanan yang dia hadapi...
    kesian amily...dia dah give up dengan adam....adam patut cari dan pujuk balik amily...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.