Friday, November 6, 2015

Stick & Stones #54




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53]

Dua tahun kemudian…

Kedengaran ketukan di pintu tatkala Adam asyik membelek helaian dokumen di hadapannya. Dia langsung tidak hiraukan gerangan yang melangkah masuk ke pejabatnya. Daniel di sebelahnya hanya mendiamkan sambil mengukirkan senyuman pada wanita yang baru saja mengambil tempat berhadapan Adam. 

“Hello Daniel,” sapa Arissa dengan senyuman pada pembantu peribadi Adam.

Daniel menundukkan wajah dengan senyuman, tanda memberi hormat pada wanita itu. “Saya keluar dahulu.” Dia melangkah keluar dari pejabat Adam, meninggalkan Adam bersama-sama Arissa.

“Kenapa Along datang?” Adam bersuara sambil matanya masih pada kertas di tangannya. Sesekali matanya akan menghadap skrin computer di hadapannya. Mungkin saja dia sudah masak dengan tujuan kedatangan Arissa ke pejabatnya setiap minggu.

“I just wanna see how you’re doing,” balas Arissa dengan senyuman

“As what you can see, I’m perfectly fine.”

Arissa senyum kelat. Dia tahu Adam berbohong. Sejak dua tahun yang lalu, Adam menjadi seorang yang gila kerja. Tidak tahu sama lelaki itu melakukannya secara rela atau terpaksa. Terpaksa menjadi seorang gila kerja untuk menghilangkang rasa rindu pada Amily Katrina. Dan sejak dua tahun itulah nama Amily langsung tidak pernah keluar dari mulut Adam lagi. 

“We both know the truth, Adam.”

“The truth of what?” Adam kerut dahi. Mungkin saja dia berpura-pura tidak memahami ayat kakak kesayangannya ini.

Arissa tarik nafas. “It’s been two years.”

“Means?”

“Tell me the truth.”

“The truth is I’m fine and I’m busy,” balas Adam ringkas. Bukan dia sengaja mencari alasan tapi dia sememangnya sibuk. Dan dia juga tidak mahu bercakap tentang perkara yang Arissa mahu bincangkan. Semuanya itu sudah berakhir dua tahun yang lalu. 

Arissa mengeluh. Sudah dua tahun dia cuba memujuk Adam untuk bercakap tentang Amily. Dia juga mahu tahu ke mana Amily menghilangkan diri. Dan mengapa Amily bertindak sedemikian. Tapi aneh, walaupun Adam mengupah penyiasat yang paling terkenal, kelibat Amily tetap tidak dapat dijumpai. Tertanya-tanya ke mana Amily Katrina menyembunyikan diri. 

“Have any good news about her?” Sekali lagi Arissa cuba untuk menarik perhatian Adam. Walau dia pasti tiada gunanya. Sejak dua tahun yang lalu, Adam Joshua sudah berhenti bercakap tentang Amily Katrina. 

Adam berpura-pura tidak mendengar. Itu bukanlah kali pertama Arissa cuba untuk membuatkan dia bercakap tentang Amily. Berkali-kali tapi dia diamkan saja. Begitu juga dengan ibu bapa mereka, setiap kali Mommy dan Daddy bertanya tentang Amily, dia hanya mendiamkan diri, berlagak tidak mengerti soalan berkaitan Amily.

Bukanlah dia membenci AMily, dia cuma perlukan masa untuk dirinya. Dan bukanlah dia tidak berusaha untuk mencari Amily. Sejak dua tahun yang lalu, usaha pencarian Amily tidak pernah dihentikan walau setiap hasil yang diperolehi dari penyiasat upahanya adalah mengecewakannya. Tertanya-tanya di mana Amily Katrina bersembunyi. 

Adam, I’m talking to you,”Arissa bersuara lagi. Sedikit bengang dengan lagak adik lelakinya. Nasib baik dia kasihankan lelaki ini, kalau tidak sudah lama Adam Joshua di belasahnya.

Adam mendengus. “I don’t want to talk about it.”

Sekali lagi Arissa mengeluh. Kenapalah Adam ini begitu keras kepala. 

Giliran Adam mengeluh. “Please, Along. I’m not into it.”

Arissa senyum hambar. Kepala diangguk. “Along cuma nak bagitahu malam esok, kita ada makan malam keluarga. Mommy suruh Along bagitahu kamu. Susah sangat nak hubungi kamu.”

“Daniel already told me that.”

Arissa angguk.

“Anything else?” Soal Adam lagi.

Arissa geleng dengan senyuman. “Along pergi dulu.” Dia bangun. Sebelum dia melangkah keluar, dia bersuara lagi. “Semoga berjaya jumpa Amily.”

Adam telan air liur tatkala mendengar nama Amily. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Dia tahu kenapa Amily melarikan diri. Ibu mertuanya sudah ceritakan hal sebenar. Dan dia sedikitpun tidak menyalahkan isterinya itu. Baginya itu adalah salah Zachary.

Sejurus diberitahu itu oleh Puan Sarah, dia terus bergegas ke apartmen Zachary. Di saat Zachary muncul di hadapannya, terus saja dia membelasah lelaki itu sehingga separuh nyawa. Dia sedikit pun tidak menyesal melakukan itu pada sepupunya. Sebab Zachary, Amily menghilangkan diri. Sebab Zachary, Amily dibuang keluarga. Semuanya salah Zachary!

Dan mungkin juga dia mencampur adukkan hal kerja dengan peribadi. Dia menurunkan jawatan Zachary dan jawatan Zachary diambil alih oleh Jessica. Dan sehingga kini, Zachary tidak lagi berani mencari pasal dengannya. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Adam mengukirkan senyuman tatkala melihat kelibat Delaila yang dinantinya dari tadi tiba di hadapannya. Dia memandang Delaila dari atas hingga bawah sambil mengukirkan senyuman. 

“Dah berapa bulan kandungan you tu?” Soal Adam sambil matanya memerhatikan perut Delaila yang memboyot itu.

Delaila mengukirkan senyuman. “Almost six month, Adam.”

Adam senyum lagi. Begitu cepat masa berlalu. Sepertinya baru saja semalam dia menghadiri perkahwinan Delaila seorang diri. Dan sekarang Delaila dan Jeffri bakal menjadi ibu bapa empat bulan dari sekarang. “You dah tahu jantina anak you?”

Delaila senyum lagi sambil geleng kepala. “I don’t know but I hope it’s a girl.”

“But I hope it’s a boy.”

Delaila mencebik. Adam dan suaminya sama saja. Masing masing mengharapkan kandungannya adalah anak lelaki. “No. I yakin anak I ini adalah perempuan.”

Adam ketawa kecil. Tahu sangat keinginan Delaila yang ini. Sejak zaman kolej lagi, Delaila mengharapkan anak sulungnya adalah perempuan. “Tak kisah la lelaki atau perempuan, harap anak you dilahirkan dengan selamat, Laila.”

Delaila senyum sambil angguk kepala. Dia setuju dengan ayat Adam. Tapi dia, walau macam mana sekalipun, masih mengharapkan anak dalam kandungannya ini berjantina perempuan. 

“Kenapa you nak jumpa I, Laila?” Adam bersuara lagi. Dia mengeluarkan soalan yang dari tadi bermain di kepalanya saat menerima panggilan dari Delaila yang mahu bertemunya dengan segera. 

Delaila tarik nafas sebelum mengeluarkan sampul berwarna coklat dari beg longchamp-nya. Dia mahu tunjukkan sesuatu pada Adam. Sesuatu yang dia rasa mampu menolong lelaki. Sesuatu yang dia rasakan bakal mengembirakan Adam. Sesuatu yang dia rasakan bakal menamatkan segala penderitaan Adam Joshua ini. “This.” Dia menyerahkan sampul coklat itu pada Adam.

“Apa ini?” Soal Adam sambil mengerutkan dahi. Sampul coklat bertukar tangan.

“You will like that soon. Open it, Adam.” Ucap Delaila dengan tidak sabar. 

Adam tarik nafas sebelum membuka sampul coklat itu. Dahinya berkerut saat melihat gambar-gambar di dalam itu. “So?” Dia memandang Delaila dengan hairan. Tidak memahami apa sebenarnya Delaila Natasha mahu tunjukkan padanya.

Delaila mengeluh sebelum tangannya merampas kepingan gambar di tangan Adam. Dia membelek satu persatu gambar gambar itu sebelum menunjukkan salah satu pada sahabatnya. “I want you to see this.”

Dahi Adam berkerut lagi tapi dia perhatikan saja gambar yang diberikan padanya. Gambar itu menunjukkan seorang gadis muda yang bertopi, kelihatan agak selekeh dengan t shirt dan jean lusuhnya. “Siapa ni?” Dia memandang Delaila.

Delaila mengeluh kasar. Kenapalah Adam tidak memahami apa yang ingin diberitahunya? Bukankah sudah terang lagi bersuluh bukti di hadapannya? “Don’t you recognize her?”

“Who?

“Amily.”

Adam telan air liur. Dia kembali memerhatikan gambar di hadapannya. Lama diamati, gadis bertopi dalam gambar itu mirip wajah Amily tapi pakaian dan gayanya tidak seperti Amily Katrina. Amily adalah seorang wanita yang mementingkan pemakaian. Tidak pernah dia melihat walau sekalipun Amily kelihatan selekeh.

“It can’t be…” Adam separuh percaya. 

“It is her, Adam,” Delaila mengukirkan senyuman. 

“Mana you jumpa dia? Di mana gambar ini diambil?”

Delaila tarik nafas. “6 months ago. Subordinat I ada tugasan di satu pekan. Dan I terjumpa gambar gambar ini.”

Adam angguk kepala. Dia belek sekali lagi gambar di hadapannya. Sukar untuk mempercayai gadis bertopi, berpakaian selekeh itu adalah Amily. Ke mana pergi pakaian berjenama wanita itu? Dan kenapa Amily berada di situ?

“You should go there, Adam,” Delaila bersuara lagi.

Adam angguk sekali lagi. Kalau Delaila tidak arahkannya, dia sememangnya mahu mencari Amily di sana. “I need the address, Laila.”

“I akan text you nanti.” Ucap Delaila dengan senyuman.

Adam tersenyum kelat. Harapnya wanita di dalam gambar itu adalah Amily. Dan harapnya pencariannnya akan berakhir. Dia harap itu.


Reenapple:: Harap Adam cepat jumpa Amily. 



9 comments:

  1. Betul ke tu??? cian amily bw diri

    ReplyDelete
  2. Amily
    sedih gila bab53
    reen berjaya buat saya touching beb
    sob sob sob
    harap amily happy utk 2 tahun nie

    ReplyDelete
  3. Yessss. I hrap mcn tu jugakk. Nakkk adamm dgnnn amilyyy. Aduiii

    ReplyDelete
  4. lama betul amily hilangkan diri.. dia sangat kecewa saya rasa...
    baik betul delaila... apalah adam nie wife sendiri pun tak cam...
    harap lepas nie adam dapat jumpa amily...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.