Saturday, November 7, 2015

Stick & Stones #55



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54]

Adam memerhatikan keadaan sekeliling pekan kecil di hadapannya. Daniel di pandangnya dengan rasa berdebar. “What should I do when I meet her, Daniel?”

Daniel mengukirkan senyuman. “Luahkan apa yang tuan mahu luahkan pada dia nanti.”

Adam ketawa kecil. Luahkan apa yang dia rasa? Dia pasti satu hari tidak cukup untuk lakukan itu. 

“Mesyuarat kita akan bermula pukul berapa?” Adam memandang Daniel. Tidak disangka tempat di mana Amily Katrina bersembunyi adalah tempat yang sama di mana projek terbaru Casa Holdings ditempatkan. Jadi, dia bukan saja datang ke sini atas urusan kerja tapi juga atas sebab mahu bertemu Amily. Dia harap apa yang diberitahu Delaila seminggu yang lepas adalah benar. Dia harap Amily benar-benar berada di sini. Dia tak mahu kecewa lagi. Dia tak mahu lagi menanggung rindu yang teramat. 

“Pukul 3 petang, tuan,” balas Daniel.

Adam tarik nafas. Sekali lagi dia memerhatikan keadaan sekeliling pekan kecil di hadapannya. Jujur, dia tidak tahu dari mana dia harus mulakan pencariannya. Pekan di hadapannya mungkin digelar pekan kecil tapi baginya tidaklah sekecil yang disangkakannya. Setiap kedai di kaki lima akan dikunjungi orang. Dan dia dapat rasakan kemesraan para penduduk di sini. Masing-masing akan mengukirkan senyuman padanya. 

“Di mana tuan mahu mulakan pencarian tuan?” Daniel bersuara. Dia tahu apa yang difikirkan oleh majikannya. JJika dia berada di tempat lelaki itu, sah-sah dia turut keliru. 

“Aku tak tahu. Tapi aku akan hubungi kau jika ada apa-apa.” Adam memandang Daniel dengan senyuman. 

Daniel angguk dengan senyuman. “Dua jam sebelum mesyuarat bermula, saya akan hubungi tuan lagi,” ucapnya sebelum memasuki ke dalam kereta. 

Adam memandang saja kereta yang dipandu Daniel hilang dari pandangannya. Dia kembali memandang pekan kecil di hadapannya. Tertanya-tanya bagaimana dia harus mulakan pencariannya. Akhirnya, kaki dihayunkan ke sebuah restoran tidak jauh dari tempat perhentian bas. Dia lapar sebenarnya. Itulah, dia tidak sempat bersarapan pagi, semata-mata mahu bertemu Amily. Entahkan benar atau tidak Amiy Katrina berada di sini.

Dia melangkah masuk ke dalam restoran itu. Kakinya dihayunkan ke arah meja kosong yang dilihatnya. Pelayan datang, membawakan menu untuknya. Dia kembali memerhatikan keadaan sekeliling seusai pelayan yang mengambil pesanannya beredar. 

Tiba-tiba saja matanya menangkap satu kelibat yang baru saja keluar dari pintu dapur. Wanita dalam gambar hari itu! 

Dia perhatikan saja wanita yang bertopi dan berpakaian selekeh itu berbual dengan juruwang di kaunter. Wanita itu sedikit pun tidak sedar dirinya sedang diperhatikan.. Berulang kali ditanya diri sendiri sama ada yang dilihatnya itu adalah apa yang diandaikannya tapi dia sedikit pun tidak mahu bersuara, meminta kepastian. 

Hatinya separuh percaya pada apa yang dilihatnya, bahawasanya wanita berpakaian selekeh itu adalah orang yang dicarinya selama ini. Hatinya separuh percaya itu adalah Amily tapi bagaimana dia mahu mengesahkan apa yang dilihatnya?

“Pesanan encik,” kedengaran suara seorang wanita.

Adam menoleh. Dia pandang sekilas saja pelayan yang memakai tag nama Sasha itu menyusun atur hidangan yang dipesannya di atas meja. Matanya kemudian beralih pada pelayan wanita bertopi itu. 

“Boleh saya tahu itu siapa?” Adam mengeluarkan soalan.

“Hah?” Pelayan wanita itu mengerutkan dahi.

“That girl.” Adam menunjukkan ke arah seorang pelayan wanita bertopi yang sedang asyik melayan pelanggan. Sedikit pun tidak sedar dirinya diperhatikan. 

“Oh. Itu Amy.”

“Amy?” Adam kerut dahi. Dia memandang pelayan wanita muda dihadapannya. “Berapa lama dia kerja di sini?”

“Lebih lama dari saya. Satu atau dua tahun, mungkin. Saya tak pasti. Saya baru sebulan berkerja di sini.”

Adam angguk tanda faham.

“Ada apa-apa lagi yang encik mahu pesan?” Soal pelayan wanita yang memakai tag nama Sasha lagi. 

Adam geleng kepala dengan senyuman. “Thanks.

Pelayan wanita bernama Sasha itu mengukirkan senyuman sebelum berlalu pergi. Dan Adam kembali memerhatikan pelayan wanita yang bernama Amy itu. Wanita itu kembali menghilangkan diri di balik pintu yang tertulis ‘Untuk Staff sahaja.’ Wanita itu sedikit pun tidak sedar akan kelibatnya. Dia pasti pelayan yang bernama Amy itu dan Amily adalah orang yang sama. 

1 jam telah berlalu dan Adam masih lagi berada di restoran itu. matanya masih lagi menanti kelibat Amy untuk muncul di hadapannya. Namun kelibat wanita itu masih belum tiba. Dia akhirnya mengankat tangan, memanggil pelayan, bersiap sedia untuk membayar harga makanannya. 

“Boleh saya tahu, di mana pelayan yang bernama Amy tadi?” Adam mengeluarkan soalan pada pelayan yang memakai tag nama Sasha itu. 

Sasha kerut dahi. Tidak memahami kenapa pelanggan dihadapannya ini mahu mengetahui tentang Amy. “Dia sudah habis syif.”

“Jadi, awak tahu di mana dia tinggal?”

Sasha telan air liur sebelum gelengkan kepala. 

Adam mengeluh kecil. Dia mengukirkan senyuman kelat sebelum mengucapkan terima kasih. Kakinya melangkah keluar dari restoran itu dengan rasa kecewa. Dia harap dia dapat bertemu pelayan bernama Amy itu. Dia mahu mengesahkan yang Amy dan Amily adalah orang yang sama, bukan pelanduk dua serupa. 

“Tuan…” kedengaran suara Daniel. 

Adam mengeluh sebelum mengukirkan senyuman pada Daniel yang dari tadi menantinya di luar restoran. Dia masuk ke dalam kereta dengan malas sebelum diikuti oleh Daniel yang mengambil tempat di sebelah pemandu. 

“Daniel…” Adam bersuara.

“Ya?”

“Aku nak kau siasat tentang restoran itu.”

Daniel angguk, menurut perintah. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Dua hari kemudian, Adam melawat sekali lagi restoran itu.Tapi kali ini dia muncul di waktu malam, waktu di mana restoran itu tamat perniagaan hariannya. Dia menanti di hujung lorong yang menempatkan pintu belakang restoran itu, pintu yang khususnya untuk staff sahaja.

Jam tangan dikerling. Sudah pukul 12.30 pagi tapi kelibat Amily masih lagi tidak muncul di luar restoran. Yang kelihatan keluar dari lorong suram itu adalah manusia manusia yang dia tidak pernah kenal kecuali pelayan yang memakai tag nama Sasha hari itu. 

“Daniel…” Adam bersuara. 

“Ya?”

Adam mengeluh. Sudah hampir 1 jam dia menunggu walaupun hal sebenarnya, restoran itu tamat perniagaannya pada jam 12 malam. Entah. Mungkin dia tidak sabar untuk bertemu Amily. “Kau pasti dia kerja hari ini?”

Daniel angguk dengan senyuman. 

Sekali lagi Adam mengeluh. Kalau betul Amily bekerja hari ini, jadi, di mana wanita itu? Kenapa perlu mengambil masa yang lama untuk wanita itu keluar?

“Tuan…” kedengaran suara Daniel. “Di sana…” Mata Daniel memandang kelibat seorang wanita yang baru saja melangkah keluar dari lorong suram itu. 

Adam telan air liur. dia tahu siapa wanita bertopi dan berambut pendek itu. Walaupun wanita itu hanya memakai t shirt dan jean lusuh, dia masih mengenali wanita. 

“Amily…” Suara Adam mematikan langkah wanita itu. Wanita itu mendongak, memandangnya. Tapi baik dia mahupun Amily sedikit pun tidak bersuara. Amily kelihatan sedikit terkejut. Dan dia pula tidak tahu apa yang harus dia katakan.

Adam ukirkan senyuman kelat tapi Amily sedikit pun tidak membalas senyumannya. Mata wanita itu asyik padanya. “Amily…” Adam bersuara lagi dan Amily masih lagi kaku memandangnya.

“Amy…” tiba-tiba kedengaran suara lelaki.

Amily dan Adam serentak menoleh. AMily mengukirkan senyuman kelat pada lelaki yang boleh tahan kacaknya manakala Adam hanya memerhatikan saja lelaki itu dengan rasa tidak puas hati. 

“Siapa ni?” Soal lelaki itu sambil memandang Adam dari atas hingga bawah sebelum matanya kembali memandang Amy. “You kenal dia?”

Amily telan air liur. Apa yang harus dia lakukan? Bagaimana bekas suaminya tahu dia berada di sini? AKhirnya dia geleng kepala. “I tak kenal dia.”

Adam telan air liur. Sedikit terkejut dan kecewa dengan respon Amily Katrina ini. Sampai hati Amily memeperlakukan dirinya sebegitu.

Lelaki itu angguk. “Jom. I hantarkan you pulang.”

Amily tarik nafas sebelum angguk kepala dengan senyuman. Dia sedikit pun tidak menghiraukan reaksi Adam. Dia tak mahu tahu itu. 

“Amy…” kedengaran lagi suara lelaki itu. 

Amily tersedar. Dia kemudian memulakan kembali langkahnya bersama sama lelaki itu. Dia sedikit pun tidak berpaling ke arah Adam. Dia tak mahu tahu jika lelaki itu kecewa atau berkecil hati dengannya. Dia sudah mulakan hidup baru dan dia tak mahu Adam merosakkan kehidupan barunya.

Adam melepaskan keluhan berat. Jujur, dia kecewa dengan tindakan Amily. Teramat bencikah Amily padanya sehingga sanggup melayannya sedemikian?

“Tuan…”Daniel bersuara lagi.

Adam tarik nafas. Dia pandang Daniel. “Aku nak kau siasat siapa lelaki itu dan apa kaitannya dengan Amily.” Ucapnya sebelum memasuki ke dalam kereta. 

Daniel angguk sebelum menurut langkah majikannya. Enjin dihidupkan dan mereka berlalu pergi.


Reenapple: Agak-agak Amily akan benarkan Adam ganggu kehidupan barunya tak?




12 comments:

  1. Amily, pls stop doing this. Bkn awak dgn adam je terseksa, but saya yg membaca pun terseksa okeyy. *insert angry face*

    ReplyDelete
  2. Iyea amily happy
    pandai2 la ko adamm pujuk amily

    ReplyDelete
  3. Rasa sedih bila amily ckp dy x kenal adam.. poor Adam T_T

    ReplyDelete
  4. Siapa yg prnah frust mesti tau ape yg 'amy' rasa ms ni kan.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mean bila prnh frust n terjumpa ex biasanya mmg ada feeling yg pelik. hehe Mgkin sy je kot yg rasa.

      Delete
  5. amily nie ego sangat... ermm.. tapi rasanya dia jadi macam tu sebab terlalu kecewa dengan perangai adam yang mudah percaya cakap orang....

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.