Sunday, November 8, 2015

Stick & Stones #56




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55]

Adam mengeluh sebelum membelek sekali lagi dokumen di hadapannya. “Ini saja yang kau dapat?” Dia memandang Daniel.

Daniel angguk. “Seperti yang tuan baca, lelaki itu adalah anak pemilik terdahulu restoran itu. Selepas ibunya meninggal, dia mengambil alih restoran itu.”

Adam angguk. Dia membelek pula kepingan gambar gambar Amily dan lelaki yang dikenali dengan nama Samuel itu. Kesemua gambar-gambar itu menunjukkan betapa mesranya Amily dan lelaki itu. Gambar-gambar itu menunjukkan bahawasanya Amily dan Samuel punya suatu hubungan yang bukan sekadar hubungan pekerja dan majikan. 

“Ada apa-apa lagi yang tuan mahu saya lakukan?” Daniel bersuara lagi, cuba menanti arahan seterusnya. 

Adam mengeluh. Entah. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan sekarang ini. Amily berlagak tidak mengenalinya. Dan tiba-tiba muncul pula lelaki lain di sisi Amily. Lelaki yang dia telah letakkan sebagai pesaingnya. Nampaknya apa yang dirancang sebelum ini, semuanya telah hancur. 

“Awasi Amily.”

Daniel angguk. 

“Pukul berapa Cik Jessica akan tiba?” Adam bersuara lagi. Dia terlupa yang beberapa jam lagi dia akan menghadiri mesyuarat bersama Jessica. Wanita itu sepatutnya akan tiba hari ini. Tapi dia tidak tahu waktu bila.

“Dia sudah tiba. Dan sekarang dia sedang berehat di hotel,” balas Daniel. 

Adam angguk lagi tanda puas hati dengan penjelasan Daniel. 

“Ada apa-apa lagi tuan?” Soal Daniel lagi.

Adam geleng kepala. 

Daniel angguk lagi sebelum melangkah keluar, meninggalkan Adam seorang diri di bilik hotel itu.

Adam melepaskan keluhan. Apa yang dia harus lakukan sekarang ini?

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Mata Amily asyik pada helaian buku di hadapannya. Sesekali dia akan meneguk Cappucino di hadapannya, tapi matanya masih lagi pada buku di hadapannya.

“Hai…” Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki. Amily mendongak sebelum dia menelan air liur. Tertanya-tanya bagaimana lelaki ini tahu dia berada di sini.

“Boleh I duduk?” Soal lelaki itu lagi.

Amily mengeluh. Dia tak mahu berhadapan dengan lelaki itu lagi. Cukup saja insiden dua malam yang lepas yang telah menganggu fikirannya. “Ada banyak lagi meja kosong,” balas Amily dingin sambil matanya memerhati keadaan di sekeliling kedai buku dan kafe itu. 

Adam senyum senget. Jawapan Amily dia tidak hiraukan. Dia terus saja mengambil tempat berhadapan Amily.

Amily mengeluh lagi. Sudah agak itu respon Adam. Akhirnya dia kembali membaca buku di hadapannya tanpa menghiraukan pandangan lelaki di hadapannya. 

Adam senyum lagi. Dia diam sambil perhatikan saja gerak geri Amily. Jujur, dia rindukan wanita itu tapi dia tidak tahu dari mana dia harus mulakan semua luahannya. 

“Don’t you recognize me?”

Amily berhenti membaca. Matanya kembali pada Adam di hadapannya. Dia dan lelaki itu saling berpandangan sebelum dia bersuara. “Who are you?”

Adam senyum kelat. Dia pasti Amily sengaja berlagak seperti tidak mengenalinya. “Someone who is important in your life.”

Amily tarik senyum senget. “I believe you have wrong person here.”

Adam geleng dengan senyuman. “Hati I tak pernah salah untuk kenal seseorang yang penting dalam hidup I. Walau dua tahun berlalu, hati I tetap tak pernah berubah.”

“I tak faham apa yang you sedang merepek ini, encik.”

Adam senyum kelat lagi. “You kenal I, bukan?”

Amily geleng kepala. “I rasa you dah salah orang, encik.”

“Tak. I tak pernah salah orang. You adalah Amily Katrina.”

Sekali lagi Amily telan air liur. Dia akhirnya bangun. “You salah orang, encik.” Dia bersiap sedia untuk menuju ke kaunter pembayaran sebelum ayat Adam mematikan langkahnya. 

“You boleh tipu semua orang. Tapi you tak boleh tipu I. Dan yang penting, you tak boleh tipu diri you sendiri, Amily.”

Amily tidak memberi respon. Dia kembali memulakan langkahnya ke kaunter bayaran tanpa sedikit pun memandang Adam selepas itu.

Dan Adam hanya mengukirkan senyuman saja. Dia pasti satu hari nanti Amily akan kembali semula ke pangkuannya.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!



“Amy…” kedengaran suara seorang gadis.

Amily memerhatikan kelibat gadis yang baru saja melangkah masuk ke dapur. Gadis yang memakai tag nama Sasha sedang melangkah ke arahnya. 

“Ada orang nak jumpa you,” ucap Sasha.

Amily kerut dahi. “Siapa?” Dia kembali mengacau sup di hadapannya. 

Sasha jungkit bahu. “Dia tak mahu bagitahu nama. Tapi dia adalah lelaki yang sama bertanyakan tentang you hari tu. Dan lelaki itu tersangat kacak,” ucap Sasha dengan girang.

Amily telan air liur. Rasanya dia tahu siapa yang dimaksudkan oleh Sasha. “Bagitahu dia I tak ada. I tak kerja ataupun I dah habis syif.”

Sasha kerut dahi. “Tapi kenapa I perlu buat semua tu?”

Amily tarik nafas. Tidak tahu bagaimana mahu jelaskan pada Sasha. Untuk hal sebenarnya, tiada sesiapa yang tahu siapa dirinya yang sebenarnya. Mereka mereka di restoran dan di pekan ini hanya mengenalinya dengan nama Amy saja. 

Dua tahun yang lalu, selepas dia mengambil keputusan untuk meninggalkan segala-galanya, dia membawa diri. Tiga bulan juga dia merantau di tempat asing sebelum dia mengambil keputusan untuk menetap di pekan kecil ini. Mungkin juga salah satu sebab dia membuat keputusan itu adalah disebabkan mendiang ibu Samuel dulu. Wanita itu mengajarnya banyak perkara tentang kehidupan.

“Amy…” kedengaran suara seorang lelaki. Kedua-dua Amily dan Sasha menoleh. 

“Bos…” sapa Sasha dengan senyuman. 

Amily ukirkan senyuman kelat pada Samuel yang melangkah ke arahnya. 

“Ada sesuatu yang berlaku?” Samuel mengeluarkan soalan tatkala melihat wajah muram Amy. 

“Ada seorang…” belum sempat Sasha menghabiskan ayatnya, Amily telah memotong percakapan gadis itu. Dia tak mahu Sasha beritahu hal sebenar. Atau dalam erti kata lain, dia tak mahu sesiapa pun tahu identitinya yang sebenar. 

“Ada seseorang mintak resepi sup cendawan,” Amily berbohong. Dia pandang Sasha. Harap gadis itu faham tindakannya.

Sasha angguk kepala sebelum melangkah keluar dari dapur itu.

Samuel angguk tanpa mengesyaki apa-apa. “Jadi, you bagi resepi tu?”

“I baru nak tanya you.Lagipun, itu adalah resepi Ibu you.”

Samuel mengukirkan senyuman. “Tapi you yang masak sup tu.”

“I cuma pekerja kat sini saja, Sam.”

“You dah banyak tolong I, Amy.” Ucap Samuel jujur. Sebelum kemunculan Amily, hubungan dengan ibunya tidak berapa baik. Itu semua gara-gara dia marah kepada ibunya yang menolak permintaan untuk berkahwin dengan gadis pilihannya. Kata ibu, Tiara bukanlah seorang wanita yang baik. Kata ibu, Tiara hanya mahukan hartanya sahaja. Dan ternyata apa yang diandaikan oleh ibunya adalah tepat. Dengan bantuan Amy, muslihat Tiara terbongkar.

Amily senyum kelat. “Hal sebenarnya, Sam, you yang banyak tolong I. You carikan I tempat tinggal. You dan ibu you dah banyak tolong I.”

Samuel senyum lagi. baginya, pertolongan yang dihulurkan pada Amy tidaklah sebesar pertolongan yang diberikan oleh wanita di hadapannya. “I tak nak cakap tentang itu. Apa yang I nak tahu sekarang ni, apa rancangan you untuk hari esok? You cuti, bukan?”

Amily kerut dahi. “I nak berehat.”

“You tak nak keluar ke mana-mana esok?”

Sekali lagi Amily kerut dahi. “You ada rancangan?”

Samuel senyum. “Esok ada carnival bunga di tanah lapang.”

Amily senyum. Kepala diangguk setuju.

“JAdi… I ambil you pukul 10?”

“Okay.”

Samuel senyum lagi. “Jumpa esok,” ucapnya sebelum melangkah keluar dari dapur. 

Amily kembali mengeluh. Dia harap Adam tak rosakkan keadaan sekarang. Dia tak mahu kembali pada masa dulu. Dia tak mahu ingat perihal yang lalu. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Amily dan Samuel sedang bersiar-siar di carnival bunga itu sebelum mata Amily terpaku pada dua susuk tubuh yang dikenalinya. Adam dan Jessica! 

Kedua-dua manusia itu kelihatan mesra pada satu sama lain. Jikalau tiada orang tahu hal sebenarnya, tentu menyangkakan Adam dan Jessica adalah pasangan suami isteri yang baru saja melangsungkan perkahwinan dan mereka berdua sedang berada dalam fasa bulan madu. Atau hal sebenarnya, kedua-dua Adam dan Jessica punya hubungan yang mesra?

Perasaan Amily? Entah. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dirasakan saat ini? Cemburu? Atau kecewa? Atau dia sebenarnya langsung tidak punya perasaan saat melihat bekas suaminya bersama perempuan yang paling tidak disukainya?

“Amy…” suara Samuel mematikan lamunan. Amily menoleh ke arah Samuel dengan senyuman palsu. “Cantik bukan, bunga ini?” Soal Samuel sambil menunjukkan satu pasu yang mengandungi satu kuntum ros berwarna ungu. 

Amily mengukirkan senyuman sambil angguk kepala. Matanya kemudian memerhatikan semula kelibat Adam dan Jessica. Kedua-dua manusia itu masih lagi tidak menyedari kelibatnya. Ah, dia tak mahu mereka sedar kelibatnya di sini.

“Amy…” Samuel bersuara lagi. Hairan dengan sikap wanita di hadapannya ini. Tadi, wanita itu kelihatan gembira dan sekarang Amy seperti mengalami masalah. “You okay?”

Amily angguk lemah. “Kita pergi sana pula? “ Tangannya menunjukkan ke arah satu gerai yang dipenuhi dengan pokok kaktus berbagai jenis. Sebenarnya dia mahu mengelak dari bertembung Adam dan Jessica. Dia tak mahu kelibatnya di sini disedari oleh mereka. 

Samuel angguk sebelum ukirkan senyuman. Dia kemudian menuruti langkah Amy dengan senang hati tanpa sedikit pun mengesyaki sesuatu.

1 jam berkeliaran di carnival bunga itu, Amily dan Samuel berniat untuk singgah di gerai makan yang terdapat di carnival itu. Perut Amily dari tadi berbunyi, meminta untuk diisi.

Di saat dia dan Samuel melangkah ke arah gerai makan pertama yang dilihat mereka, tiba-tiba saja bahu Amily dilanggar oleh seseorang. Habis semua jambangan bunga yang dipegangnya. Terus saja dia dan Samuel mengutip bunga bunga yang bertaburan. 

I’m sorry. I tak nampak you” ucap lelaki yang melanggar Amily sambil menolong mengutip bunga bunga bertaburan. “I…” Ayat lelaki itu tergantung di situ saat matanya dan mata Amily bertemu.

Amily telan air liur, melihatkan Adam di hadapannya. Kelibat Jessica tiada di sebelah lelaki itu. Tertanya-tanya ke mana Jessica pergi.

“Your flowers, miss,” ucap Adam dengan senyuman. Tangannya menghulurkan jambangan bunga yang dikutipnya tadi pada wanita itu tapi Amily tiada respon.

Amily masih lagi kaku. Matanya masih lagi pada Adam Joshua. Lelaki itu masih lagi mengukirkan senyuman tapi dia sedikit pun tidak membalas senyuman itu.

Samuel yang memerhatikan kedua-dua Amy dan lelaki asing di hadapannya hanya mendiamkan diri saja. 

“Cik?” Soal Adam lagi.

“Amy…” suara Samuel menyedarkan Amily.

Amily menoleh ke arah Samuel sebelum mengambil bunga di tangan Adam. “Thanks.” Ucapnya dingin sebelum berlalu pergi bersama-sama Samuel.

Adam melepaskan keluhan. Sedikit terkesima dengan layanan dingin Amily. Sedikit kecewa melihat Amily bersama majikannya. Sedikit cemburu melihat kemesraan Amily dengan lelaki itu. 

“Adam!!!” kedengaran suara wanita. 

Adam menoleh. Rupa-rupanya Jessica. Tadi wanita itu ke tandas, meninggalkannya seorang diri di carnival bunga ini. Tapi tidak mengapa, sekurangnya dia dapat bertemu Amily walaupun hatinya kecewa melihat Amily bersama lelaki lain. 

“Lama you tunggu?” Soal Jessica dengan senyuman.

Adam geleng dengan senyuman.

Jessica ukirkan senyuman. “By the way, I thought I saw someone who looks alike Amily. Tapi dia tak macam Amily. I ingatkan mata I salah tengok orang.”

Adam telan air liur. Ayat Jessica langsung tidak dipedulikan. 

Jessica senyum senget melihat reaksi kosong Adam. Dia pasti Adam kelihatan tidak selesa setiap kali isu Amily dibangkitkan. Mungkin lelaki itu sebenarnya tidak lagi menyukai bekas isterinya. Dan baginya itu adalah satu kegembiraan padanya.

Tapi Adam hanya menganggapnya sebagai pekerja saja. Apa jua yang dia lakukan tak akan pernah mampu menawan hati lelaki itu. Tertanya-tanya apa yang membuatkan lelaki itu menjadi sebegitu. Untuk dua tahun ini, tidak pernah dia melihat Adam bersama wanita lain. Adakah Adam tidak mampu lupakan Amily lagi?

“You tak mahu cari dia lagi?” Sengaja Jessica keluarkan soalan sedemikian walau dia tahu apa jawapan Adam.

Adam mendengus. Tidak gemar betul perihal Amily keluar dari mulut Jessica. Bukan dia tidak sedar akan sikap Jessica yang cuba menggodanya. Wanita itu cuba untuk menawan hatinya tapi itu tak akan pernah berjaya. Hatinya masih punya Amily dan tak akan pernah berubah. Tambahan lagi, apa yang Amily akan katakan bila wanita itu mengetahui dia punya hubungan mesra dengan Jessica nanti?

“Mari kita pulang. You have to prepare for tomorrow meeting. And this time, don’t make me disappointed with you.” Ucap Adam dingin sebelum melangkah ke arah kawasan pakir.

Jessica mengeluh. Sakit hati juga dengan layanan Adam padanya. Dia harap satu hari nanti Adam akan menjadi miliknya. 


Reenapple: Harap Amily ambil tindakan ke atas Jessica. Heee. 





13 comments:

  1. Agree..amily do something dkt jessica..menyampah dgn minah tuh..huh..

    ReplyDelete
  2. Em.mm rasanya Amily pun masih syg Adam cuma dia dibayangi kisah silam. ...langau tu ambil spry serangga kasi dia.hahaha

    ReplyDelete
  3. Huh. Amily nih semedang je dgn ego dia tu. Haishh. Marah nih marah.

    ReplyDelete
  4. Harap amily always happy
    akhir nya amily buat kerja yg dia suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amily mmg dah happy dgn life baru dia. Ekhemm

      Delete
  5. This story is getting more ridiculous

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rasa ridiculous boleh stop reading. Thank u

      Delete
  6. jessica tu tak habis-habis dengan perangai penyibuk dia...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.