Tuesday, November 10, 2015

Stick & Stones #58



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56] [#57]

Samuel mengukirkan senyuman melihat Amy keseorangan di taman itu. Itu yang akan dilakukan oleh Amy jikalau ada waktu lapang. Wanita itu kadangkala akan menghabiskan waktunya di taman dengan buku, ataupun memerhati keadaan sekeliling. Ataupun melakar sesuatu yang menarik perhatiannya di atas buku lakaran.

Dan kadangkala, jika mereka tiba di taman itu waktu malam, mereka akan menghabiskan waktu dengan melihat langit malam itu dan bercakap tentang kehidupan atau apa apa saja topic yang menyenangkan mereka.

“Hey…” Dia menyapa Amy yang asyik dengan buku di tangannya. 

Amily mendongak. “Hey,” balasnya dengan senyuman.

“Boleh I duduk sini?” Samuel memandang bangku kosong yang berada di hadapan Amy. 

Amily angguk dengan senyuman.

Samuel ukirkan senyuman sambil punggungnya dilabuhkan di bangku kosong itu. Bakul di tangannya diletakkan di atas meja sebelum tangannya mengeluarkan satu persatu bekas makanan.

“What’s for lunch, Sam?” Soal Amily dengan senyuman.

“Your favorite, Amy.”

Amily senyum lagi. Dia dapat hidu bau Pasta Carbonara di hadapannya. “Thanks, Sam.” 

Samuel angguk. Dia perhati saja wanita di hadapannya menikmati hidangan yang disediakannya dengan senyuman di bibir. “Kalau you mahu, I boleh masak ini hari-hari untuk you.” Tiba-tiba saja dia mengeluarkan ayat itu. Dia telan air liur apabila mendengar apa yang baru saja keluar dari mulutnya itu.

Amily berhenti mengunyah. Dia memandang Samuel msebelu ketawa kecil. Kelakar pula mendengar ayat Samuel. “I lagi suka kepelbagaian, Sam. Mungkin lain hari, you boleh buatkan I , Lemon Chicken?”

Samuel ketawa kecil sambil kepala dianggukkan. “Sure. Nanti you senaraikan I apa yang you nak makan dan I akan buatkan itu khusus untuk you.”

Amily ukirkan senyuman kelat. Entah mengapa dia tiba tiba saja teringatkan bekas suaminya itu. Sejak kemunculan lelaki itu di hadapannya beberapa hari yang lalu, membuatkan dia acap kali terfikirkan lelaki itu, sesuatu yang tidak pernah dia lakukan sepanjang dua tahun ini.

Mungkin saja dia rindu lelaki itu tetapi dia tidak mahu kembali ke masa silamnya lagi. Dia tak mahu rosakkan apa yang telah dia lakukan utuk dua tahun ini. 

“Amy?” Samuel bersuara. Hairan dengan wanita itu yang tiba-tiba saja termenung. Itu bukan kali pertama dia melihat Amy dalam keadaan sedemikian. Untuk beberapa hari ini, seringkali dia melihat Ami termenung. Tertanya-tanya apa yang difikirkan wanita itu atau apa yang menganggu fikiran wanita itu.

Amily tarik nafas. Dia lupa Samuel berada di hadapannya. Mindanya asyik memainkan bayangan Adam. 

“You ada masalah?”Samuel mengeluarkan soalan.

Amily geleng dengan senyuman. “I terfikirkan resepi baru yang you beritahu semalam.” Amily berbohong.

Samuel senyum. “Mahu cuba esok?”

Amily angguk dengan senyuman. Dan mereka berbual tanpa menyedari ada sepasang mata sedang memerhatikan dari jauh….

Adam mengeluh melihat kemesraan Amily bersama lelaki bernama Samuel itu. Dia cemburu sebenarnya. Tertanya-tanya sama ada lelaki itu punya maksud dalam hidup Amily sekarang ini.

“Tuan?” Daniel di tempat pemandu bersuara. 

Adam tarik nafas. “Let’s go, Daniel.”

Daniel angguk sebelum menghidupkan enjin kereta. 

Sekali lagi Adam mengeluh. Dia akan pastikan Amily menjadi miliknya semula. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Amily melangkah ke arah pintu dengan malas. Tertanya-tanya siapa pula yang datang pagi pagi ini. Manusia pertama yang difikirkannya adalah Samuel memandangkan telefon bimbit lelaki itu tertinggal di sini semalam, ketika mereka mencuba resepi baru di flatnya.

Tatkala pintu dibuka, air liur ditelan. “You?” Dia memandang lelaki berkemeja coklat di hadapannya. Tertanya-tanya mengapa dan bagaimana lelaki itu tahu tempat ini.

Adam mengukirkan senyum. “Tak nak jemput I masuk?” 

“Apa yang you buat di sini?” Soal Amily dingin sambil memeluk tubuh.

Adam senyum lagi. “Bagi I masuk dan I akan bagitahu apa yang you nak tahu.”

“I won’t let you in,” balas Amily dingin. 

“Jadi, you mahu I buat kacau kat sini?” ugut Adam.

Amily tarik nafas sebelum mengalihkan tubuhnya dari pintu. Dia membenarkan Adam melangkah masuk ke rumah flatnya.

Adam mengukirkan senyuman sambil melangkah masuk. Dia perhatikan keadaan sekeliling. Ruang yang kecil tapi kelihatan kemas. Dia kemudian menoleh semula ke arah Amily yang baru saja menutup pintu. “It’s small place.”

Amily pamer riak kosong. Matanya masih ke arah Adam. Tertanya-tanya apa helah Adam kali ini.

“Oh, I lupa. This is for you,” jambangan ros merah di tangan Adam di hulurkan pada Amily tapi wanita itu tidak menyambutnya. Adam senyum lagi. 

“You nak apa sebenarnya?” Soal Amily dengan nada dingin sekali lagi.

“Visiting you.”

“I dah bagitahu yang you salah orang encik.”

Adam geleng dengan senyuman. “I tak nak terima ayat you yang tu.”

“But that’s the truth, mister,” ucap Amily bengang. Kenapalah Adam ini terlampau keras kepala?

“I see. Then prove it.”

“What?” Amily kerut dahi.

“Buktikan pada I yang you bukan orang yang I nak cari.”

Sekali lagi AMily kerut dahi. 

“The woman that I’ve been looking for, she has a small scar on her hips.” Adam bersuara lagi.

Amily telan air liur. Adam masih ingat itu. “I don’t have scar on my body.”

Adam senyum senget. “Show me first then I will believe you.”

Sekali lagi Amily telan air liur. Kalau dia tunjukkan seperti yang diminta lelaki di hadapannya, hal sebenar akan terbongkar. “Lebih baik you keluar sebelum I buat laporan polis.”

“Okay. You buat laporan polis selepas you tunjukkan apa yang I mahu.”

“I’m gonna make a police report.” Amily berura-ura mahu mendail nombor polis menggunakan telefon bimbit Samuel sebelum ayat Adam seterusnya mematikan niatnya itu.

“I tak rasa polis akan tahan I, suami you.”

Amily senyum palsu. “I told you, you got a wrong person here. I’m not your wife and you are not my husband.”

“Is that so?” Adam melangkah ke arah Amily. Dia memandang tepat ke arah anak mata Amily. Dia tahu wanita di hadapannya ini adalah Amily. Anak mata coklat milik wanita itu sudah menjelaskan segalanya. Dia sedikit pun tidak lupa pada sepasang mata cantik milik Amily Katrina.

Amily telan air liur tatkala wajah Adam menghampiri wajahnya. Hembusan nafas lelaki itu di wajahnya membuatkan jantungnya berdebar. Belum sempat Adam melakukan apa-apa, kedengaran bunyi loceng pintu. Tubuh Adam di tolak kasar sebelum matanya menoleh ke arah pintu. Dia kemudian memandang Adam semula. Tertanya-tanya di mana dia harus sembunyikan lelaki ini. Akhirnya dia mendapat satu idea.

Tubuh lelaki itu ditolak ke arah bilik tidurnya. 

Adam memandang Amily dengan hairan. Tertanya-tanya apa sebenarnya yang Amily mahu lakukan dan kenapa dia dipaksa berada di dalam bilik ini. 

“You duduk sini. Jangan keluar selagi I tak suruh,” ucap Amily sebelum melangkah keluar dari bilik tidurnya. Pintu bilik dikunci dari luar, risau jikalau Adam tiba-tiba saja meluru keluar. 

Dia kemudian meluru ke arah pintu. Dia mengukirkan senyuman palsu melihat Samuel di muka pintu.

“Hai…” sapa Samuel dengan senyuman. 

“Hai,” balas Amily. 

“I rasa I tertinggal telefon I kat sini,” balas Samuel sambil melangkah masuk. 

Amily angguk sebelum mencapai telefon bimbit Samuel yang berada di meja makan. Telefon itu kemudian diserahkan pada lelaki itu. 

“Thanks.” Ucap Samuel.

Amily senyum palsu lagi. 

“Nak keluar makan tengahari bersama-sama?” Soal Samuel lagi.

Amily geleng. “I nak berehat saja di rumah.”

“Jadi, apa kata I masak untuk you?”

Amily senyum lagi. “Mungkin hari lain? Tapi kita masak di rumah you? Dapur you lebih besar dari dapur I.”

Samuel ketawa kecil sambil angguk kepala. “I pergi dulu. Jumpa esok?”

Amily angguk sebelum menuruti langkah Samuel ke pintu. Dia menarik nafas lega seusai menutup pintu. Langkahnya terus dihalakan ke arah bilik tidurnya. Pintu bilik tidur dibuka, kelihatan Adam sedang duduk di hujung katil dengan senyuman. 

“You have a small bedroom,” Adam bersuara. “And… I had found the answer, sayang,” Adam melayangkan sekeping kad yang ditemuinya dalam almari pakaian.

Amily telan air liur sambil matanya memandang kad di tangan Adam. Itu adalah kad pengenalan dirinya. “You shouldn’t touch my stuff.”

Adam senyum senget. Dalam asyik dia mencuri dengar perbualan Amily dan lelaki yang tidak dikenalinya tadi, dia tiba-tiba saja mendapat idea untuk menyelongkar barang Amily. Dan hatinya menjerit keriangan tatkala menjumpai kad pengenalan yang tertera nama Amily Katrina. “You tak boleh tipu I lagi, sayang.”

Amily mengeluh kasar. “I want you to leave.”

“I won’t.”

“Leave, Adam.”

Adam senyum. “Jadi, you tahu nama I?”

Amily tidak memberi reaksi pada soalan Adam. “Leave.”

Adam geleng. Dia bangun, melangkah ke arah Amily yang sedang memandangnya dengan rasa bengang. “I won’t leave.”

“Okay. I akan buat laporan polis.”

Adam senyum. “Then do it.” Dia merenung anak mata coklat Amily sekali lagi.

“Okay.” Amily bersiap-siap untuk melangkah ke ruang tamu, tapi belum sempat dia lakukan itu Adam telah menariknya. Dia telan air liur tatkala lelaki itu memeluk tubuhnya dengan erat. 

“Do you know how much I miss you?” Adam bersuara sambil tangannya mengusap rambut Amily. Dia tak mahu lepaskan tubuh wanita di hadapannya. Dia mahu Amily tahu betapa terseksanya dia menahan rindu untuk dua tahun. Betapa terseksanya dia berlagak tiada apa-apa berlaku. “I miss you badly, sayang.”

Amily telan air liur. Dia masih lagi kaku. Sedikitpun, dia tidak membalas pelukan Adam. Dia biarkan saja Adam memeluknya untuk seketika.

Hampir 10 minit memeluk Amily, Adam akhirnya melepaskan pelukannya. Dia memandang Amily yang mendiamkan diri dari tadi. “Amily…”

“Leave, Adam.”

Adam mengeluh. Senyuman kelat diukir. Sudah menjangka reaksi Amily Katrina yang ini. “I won’t leave you again.”

Amily senyum senget. “Leave before I make a call to the police.” Kakinya melangkah ke ruang tamu, mencapai telefon bimbitnya di atas meja. Belum sempat dia mendail nombor polis, ayat Adam sekali lagi mematikan niatnya. 

Don’t you miss me, sayang?” Mata Adam ke arah Amily. “It’s been two years since you punish us.”

Amily telan air liur. Perihal itulah yang dia tak mahu dengar dari mulut Adam. Dia sedikit pun tidak mahu mengingati apa yang terjadi dua tahun lepas.

“I tahu you rindukan I.” Adam bersuara lagi. Dia harap Amily akan mengiyakan saja ayatnya. Dia harap Amily akan meluahkan hal yang sama.

Amily senyum senget sekali lagi. “I tak pernah rindukan you, Adam. Not even in this two years.” Dia berkata jujur.

Adam telan air liur. Inilah jawapan yang dia tak mahu dengar dari Amily. Tapi dia tak akan percaya apa jua yang keluar dari mulut wanita di hadapannya. Dia pasti Amily sedang berbohong dengannya. Delaila sudah mengingatkannya awal-awal jangan pernah percaya pada setiap ayat yang keluar dari mulut Amily sekiranya dia bertemu semula Amily selagi tiada bukti tentang itu. “I know you are lying.”

“You thought I will miss you if I’m not keep in touch with you?” Soal Amily sinis.

Adam telan air liur. Dia sedar sesuatu. Jika dulu, Amily akan mencarinya setiap kali wanita itu merinduinya, sama ada dia suka atau tidak. 

I never miss you, Adam. Not even once,” AMily bersuara lagi.

“You are lying.” Adam tidak mahu terima itu. “You miss me and you still love me.

Amily geleng kepala. “I told you, I never love you. The only thing that I like about you is your money. I pasti Encik Zafrul dah beritahu you semuanya.”

Adam tarik nafas panjang. Dia tak mahu percaya apa yang keluar dari mulut Amily tapi penjelasan Amily dan ayah mertuanya sedikit pun tidak bercanggah. 

“Jadi, kalau tujuan you datang sini hanyalah untuk dapatkan kepastian sama ada I rindukan you atau I masih cintakan you, you dah dapat jawapannya, Adam. I never did that.” Amily bersuara lagi.

Adam mengeluh kasar. Bukan ini yang dia jangkakan. Bukan ini yang dia mahu.

“You are not that stupid, Adam. Kalau I betul-betul cintakan you, I tak akan tinggalkan you.” Tambah Amily lagi.

Adam mengeluh kasar. Walaupun fizikal wanita itu kelihatan berubah tanpa pakaian mewah, tapi ayat AMily tidak pernah membuat dia tidak kecewa. Tapi dia sedikit pun tidak akan percaya apa yang didengarnya tadi. Dia kenal Amily. “Apa jua ayat yang keluar dari mulut you sekarang ini, I sedikit pun tidak akan percaya. I would never trust your lies anymore.”

Amily mengeluh. Nampaknya helah lama tidak boleh digunakan pada Adam lagi. “Did I told you not to find me anymore, Adam?”

“You did,” ucap Adam lemah. Dia memandang Amily. “But I can’t live without you.”

Amily telan air liur. Tidak tahu sama ada dia harus terharu dengan apa yang diucapkan oleh Adam sebentar atau tidak. “Maybe, it’s better if you leave now.” Mungkin lebih baik dia halau Adam. Makin lama Adam disini dia risau jika dia kalah. 

Adam geleng. “I tak akan pergi selagi you tak kembali ke pangkuan I, sayang.”

Amily diam seketika. “I dah bahagia dengan hidup I sekarang ini.”

“So, you want to have this kind of pathetic life?” Adam memandang keadaan sekeliling flat murah di hadapannya. Bagi seorang yang selalu hidup mewah, dia tak akan pernah mahu hidup di sini.

Amily senyum. “At least this pathetic life makes me happy.”

Adam mengeluh kasar. Dia tak mahu terima jawapan Amily. Dia tak mahu Amily yang ini. Dia mahu Amily yang dulu, yang berlagak angkuh, berhati batu dan selalu buat dia jengkel. Dia mahu Amily yang itu. “I mahu lihat berapa lama you mahu menjadi hipokrit hidup dalam keadaan macam ini.”

Amily geleng. “I’m being myself living like this, Adam. Mungkin tidak semewah hidup I yang dulu tapi I gembira dengan hidup macam ini. Plus, you’re the one who said money is not everything.”

Adam telan air liur. memang benar dia yang ucapkan itu tapi dia tidak mahu Amily hidup dalam keadaan sebegini. “Amily…”

“Leave, Adam,” Amily mencelah. “Please.” Dia memandang lelaki itu.

Adam melepaskan keluhan berat. Akhirnya dia melangkah ke arah pintu dengan rasa berat hati. “I akan pastikan you kembali semula ke sisi I semula, Amily.” Seusai ucapkan itu, Adam melangkah keluar. 

Dan Amily melepaskan keluhan.


Reenapple: Those yang rasa story ni bosan and ridiculous, may stop reading now. Thanks. :)





15 comments:

  1. Next please..tak sabar nak adam n amily get back together..

    ReplyDelete
  2. Amily suka jual mahal. Skali skala jual lah murah skit. Relax writer. I tak sabar nk tunggu ending citer nih. Hope for happy emding.

    ReplyDelete
  3. I'll always wait for another chapter..
    -silent reader

    ReplyDelete
  4. benarkah itu rasa hati Amily...nampaknya Samuel ada hati kat Amily
    mcm mana yea?

    ReplyDelete
  5. Harap adam berkeras utk pujuk amily

    ReplyDelete
  6. cannot wait for their ending..

    ReplyDelete
  7. alahai....adam nie tak betul-betul bersungguh pujuk amily....
    harap adam dapat pujuk amily jugak akhirnya...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.