Wednesday, November 11, 2015

Stick & Stones #59



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56] [#57] [#58]

Adam mengerling jam di tangan yang sudah menunjukkan pukul 7.10 petang. Matanya kemudian beralih arah pada Amily yang berada di pondok perhentian bas tidak jauh dari tempat Daniel memakirkan keretanya. Termasuk waktu ini, sudah cukup 45 minit dia memerhatikan Amily.

Tertanya-tanya ke mana Amily mahu pergi lewat senja begini. Atau Amily sebenarnya mahu bertemu seseorang? Tapi tidak mungkin Amily akan bertemu Samuel sebab lelaki itu masih lagi berada di restoran. Dia tahu itu. Dia sudah menyuruh Daniel menyiasat jadual bekerja setiap pekerja di restoran tempat Amily bekerja. Mengikut jadual bekerja Amily hari ini, wanita itu hanya bekerja sehingga pukul 6 petang.

“Tuan…” Daniel bersuara sambil matanya memerhatikan AMily menaiki bas yang baru saja tiba itu. 

“Ikut dia,” arah Adam.

Daniel angguk sambil menghidupkan enjin. Keretanya mengekori bas yang dinaiki Amily dari belakang. 

1 jam kemudian, Amily berhenti di satu perhentian bas di bandar. Adam hairan melihat Amily berada di Bandar seorang diri di waktu sebegini. Belum sempat dia keluar dari kereta, tiba-tiba saja sebuah kereta berwarna hitam berhenti di hadapan Amily. Seorang lelaki melangkah keluar dari tempat pemandu dan membukakan pintu untuk Amily di bahagian penumpang. 

Rasa hairan Adam makin bertambah. Dia kemudian mengarahkan Daniel mengekori kereta hitam. Dia mahu tahu kemana Amily mahu pergi. 30 minit kemudian, kereta hitam itu berhenti di hadapan hotel. Sekali lagi pemandu kereta hitam keluar, membukakan pintu untuk Amily sebelum dia melangkah masuk semula dan beredar dari situ. 

“Tuan..” Daniel bersuara. Belum sempat dia habiskan ayatnya, Adam telah bersuara. 

“Kau tunggu di sini.” Arah Adam sebelum melangkah keluar. Dia harus tahu tujuan Amily berada di hotel ini. 

Daniel angguk. Dia perhatikan saja majikannya melalui pintu utama hotel itu 

Adam mengekori langkah Amily. Amily langsung tidak sedar dirinya diawasi. Bahkan ketika dia dan Amily memasuki lif yang sama yang penuh dengan manusia, Amily masih tidak sedar. 

Tiba di tingkat 8, Amily melangkah keluar. Dan Adam kembali mengekori langkah wanita itu. Dia perhatikan dari jauh tatkala Amily berdiri di hadapan pintu bernombor 108 itu.

Beberapa seketika, kelibat seorang lelaki kacak muncul di balik daun pintu. Adam melihat Amily mengukirkan senyuman pada lelaki itu sebelum memasuki bilik itu. 

Adam mengeluh kecil apabila melihat apa yang berlaku sebentar tadi. Dia mahu tahu siapa lelaki itu. Dia mahu tahu apa yang Amily dan lelaki itu lakukan dalam bilik itu. Kakinya kemudian dihayunkan ke arah pintu bernombor 108 itu. Niat di hati mahu saja tangannya mengetuk kasar pintu di hadapannya dan kemudian menumbuk lelaki itu sehingga puas tapi bila difikirkan semula, dia tidak sepatutnya lakukan itu. Ada cara yang lebih baik dari menggunakan cara agresif. Akhirnya kakinya dihayunkan ke arah lif.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Amily mengukirkan senyuman melihat wanita di hadapannya. Dipeluk erat wanita itu tanpa mengambil penduli lelaki kacak yang sedang berdiri memerhatikan mereka. 

“You may leave now, Kevin,” ucap Puan Katrina pada pengawal peribadinya.

Kevin mengangguk tanda faham sebelum melangkah keluar. 

Amily dan Puan Katrina kemudian mengambil tempat di sofa.

“How’s your life, sweetheart?” Soal Puan Katrina dengan senyuman. Dia memandang Amily. Setiap tiga bulan dia akan datang ke sini, untuk bertemu anak perempuannya yang ini. 

Amily senyum palsu sambil angguk kepala. Dia tak mahu ceritakan tentang Adam pada ibunya sebab dia tak mahu ingat walau sedikit pun tentang lelaki itu. Kemunculan semula Adam dalam hidupnya membuatkannya sedikit terganggu. 

Puan Katrina mengukirkan senyuman.“Mommy dengar Adam berada di sini.” 

Amily telan air liur. Dia tidak memberi reaksi pada ayat ibunya. “Have you met him?” Puan Katrina bersuara lagi. Matanya masih pada anak perempuannya. 

Amily mengeluh kecil. Kepala diangguk lemah. “It’s a little awkward, Mommy. I was surprised seeing him there and wondering how on earth he knew I am here.”

Puan Katrina mengukirkan senyuman. Bukannya dia tidak tahu usaha menantu lelakinya untuk mencari anak perempuannya. “He never give up in finding you, Amily. Not even once.”

Amily senyum hambar. “But it’s been two years. Everything has change, Mommy.”

Puan Katrina angguk kepala. Memang benar, banyak hal yang berubah dalam dua tahun ini. Lihatlah hubungan dia dan Amily sekarang ini. Jika dulu, Amily membencinya dan sekarang hubungan mereka sudah kembali pulih. 

“Do you still love him?”

Amily telan air liur sekali lagi. Dia tiada jawapan untuk soalan itu. Soalan yang senang tapi dia tidak tahu jawapan. “Everything has change, Mommy. You said feeling change.”

“But not our memories, sweetheart,” celah Puan Katrina. 

Amily kembali mengeluh kecil. Benar apa yang dikatakan oleh wanita di hadapannya. Sejak kebelakangan ini, segala kenangan bersama Adam kembali bermain di kepalanya. Bukan dia pinta tapi semuanya bermula sejak kemunculan Adam. Kenangan itu akan lebih banyak muncul tatkala dia bersama Samuel. Kedua-dua lelaki itu punya sedikit persamaa.

“I will be fine, Mommy.”

Puan Katrina tersenyum kelat. “Whatever you do, I will support you, princess.”

Amily senyum hambar. Dia tahu itu. Hubungannya dengan wanita di hadapannya sudah banyak berubah. 

Dua tahun yang lalu, ketika dia mengambil keputusan menghilangkan diri, Puan Katrina muncul di hadapannya, menawarkan pertolongan padanya. Walaupun pada permulaannya dia cuba bersikap kasar pada wanita itu, tapi itu sedikit pun tidak mematahkan usaha wanita itu untuk menjernihkan semula hubungan mereka.

Dia juga tidak tahu bagaimana hubungan ini pulih. Apa yang dia tahu, di saat dia jatuh sakit, wanita itulah yang menjaganya hingga dia pulih. Dia berada di rumah ibunya sehingga dia pulih dan kemudian, segala-galanya berubah. Mereka mampu bergelak ketawa bersama dan kadang-kadang bercakap tentang Papa. Ah, bercakap tentang lelaki itu, kadang-kadang membuatkan dia tertanya-tanya bagaimana keadaan lelaki itu. Tapi Mommy sedikit pun tidak mahu bercakap tentang lelaki itu. Katanya Mommy, dia patut saja lupakan manusia yang membuangnya. 

“Amily…” Puan Katrina bersuara. Risau pula melihat diam Amily. 

Amily tersedar. Dia mengukirkan senyuman palsu. “Thanks Mommy, for everything.”

Puan Katrina mengukirkan senyuman sebelum memeluk erat anak perempuannya. Mereka kemudian berbual dengan gembira. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


2 jam kemudian, Amily turun ke lobi. Sudah hampir pukul 10.30 malam dan dia harus pulang. Di saat dia tiba di lobi hotel, dia disapa satu suara. 

“Hai.”

Amily telan air liur. Sedikit terkejut melihat lelaki di hadapannya. “How on earth you are here?”

“I’m the one who should ask you that question, sayang. Why you are here? I thought you like having a pathetic life.”

Amily diam. Tidak memberi reaksi pada ayat Adam.

“Atau you jumpa seseorang? Siapa? Lelaki?” Minda Adam kembali pada lelaki yang dilihatnya tadi.

Amily senyum senget. “Think whatever you want to think, Adam. Kalau you nak fikir yang I menjadi pelacur di waktu malam, I izinkan saja.”

Adam ketap gigi. Berang dengan ayat Amily. 

“But then, whatever I do, is none of your business.” Tambah Amily lagi. 

Adam mengeluh. “You akan tipu I banyak perkara sekarang ini sebab you mahu I benci you, bukan?”

“You tidaklah bodoh seperti yang disangkakan.”

Giliran Adam pula mendiamkan diri. Sedikit sentap! “I know the truth.”

“The truth of what?” Amily kerut dahi. 

“You were seeing your Mommy a while ago.”

“How’d you know that?”

“I tanya staff kat kaunter itu.”

“You’re lying. You bukannya siapa-siapa untuk tahu maklumat itu.”

Adam senyum senget. “For your information, this hotel belongs to me.”

“Okay.” Seusai ucapkan itu, Amily memulakan kembali langkahnya ke arah pintu. Tapi belum sempat dia tiba di pintu, Adam telah menarik tangannya. 

“You dan I ada sesuatu yang perlu kita bincang.”

Amily geleng. “I tak ada apa-apa untuk dibincangkan dengan you. We’re done, Adam.”

Adam mengeluh. “Sampai bila you nak larikan diri dari I, Amily?”

“I tak larikan diri dari you, Adam. I’m living a new life and I don’t want you be a part of it, anymore.” Seusai ucapkan itu, Amily memulakan kembali langkahnya ke pintu keluar. Dia sedikit pun tidak menoleh ke arah Adam. 

Adam mengeluh kasar. Tiba-tiba saja dia sekali lagi merentap tangan Amily. Kali ini dia mengheret wanita itu ke lif. Rontaan Amily langsung tidak dipendulikan. 

“What you’re thinking you’re doing?” Jerit Amily di saat mereka memasuki lif. Nasib baik dalam lif itu hanya ada dia dan Adam saja. Dia memandang Adam dengan rasa bengang.

I told you we have something to discuss here.”

“But I don’t have anything to discuss with you, here.” 

Adam senyum sinis. 

“And for your information, Mommy is here. She…” belum sempat Amily menghabiskan ayatnya, Adam mencelahnya.

“Maybe we should go seeing her?”

Amily telan air liur. Kepala digeleng.

“Why?”

“Because she has nothing to do with our problem. Don’t drag her.” 

Adam senyum. “So, you admit that we both have something to discuss?”

Amily mengeluh kasar. Soalan Adam tidak dijawab. Beberapa seketika pintu lif terbuka.

“Ikut I,” arah Adam sebelum melangkah keluar dari lif.

Amily menuruti langkah Adam ke satu bilik hotel. Dia melangkah masuk walaupun dia tidak mahu. Dia memerhatikan keadaan sekeliling. Sepertinya mereka berada di bilik VIP.

“Have a seat,” pelawa Adam sambil menunjukkan sofa di hadapan Amily.

Amily geleng. “I won’t be long here. Cakap apa yang you nak cakap, Adam.”

Adam senyum hambar. Sebenarnya ada banyak hal yang dia mahu bincangkan dengan Amily Katrina. Tapi dia tidak tahu dari mana dia harus mulakan. Dia melabuhkan punggungnya ke sofa. Matanya memerhatikan Amily yang masih berdiri sambil memeluk tubuh.

“Make it quick, Adam.” Arah Amily. Jam tangan dikerling. Dia risau jika dia terlepas bas. Bas terakhir adalah pada pukul 11.15 malam. 

Adam senyum. “You kejar masa? Are you expecting to see someone after this?” Minda Adam melayang pada Samuel. Tertanya-tanya sama ada Amily kelihatan seperti sedang kerja masa adakah disebabkan wanita itu tidak mahu bersamanya atau Amily sememangnya punya janji temu dengan majikannya selepas ini?

Soalan Adam tidak dihiraukan. “Cakap apa yang you nak cakap, Adam. Jangan bazirkan masa kita.”

“Masa I tak dibazirkan bila dengan you.”

“Jadi, jangan bazirkan masa I. Masa I lagi berharga dari masa you.”

“Okay.” Adam senyum lagi. “First, I nak tahu kenapa you buat macam ini?”

“Maksud you?”

“You’ve been missing for two years. You left me, you left everything that you want.”

Amily telan air liur. Bagaimana dia mahu jawab soalan Adam yang ini? “Encik Zafrul tentunya dah beritahu you semuanya, bukan?”

Adam mengeluh kecil. Dia angguk kepala. “Tapi I nak dengar dari mulut you sendiri.”

“You already got that answer, Adam. I don’t love you. I kahwin dengan you hanya untuk balas dendam pada Zack saja.”

“Don’t lie, Amily.”

“I’m not lying.”

Adam telan air liur. Dia pasti Amily sedang berbohong tapi riak wajah wanita penuh dengan keyakinan membuatkan dia hampir-hampir saja mahu percaya ayat Amily Katrina ini. “Telling lies wouldn’t change everything, Amily.”

Amily senyum sinis. “So does by telling the truth, Adam.”

Adam mengeluh kecil. “Amily… please.”

Amily diam dan masih kekal pamer riak kosong.

“You didn’t tell me about out our baby,” Adam bersuara lagi. Dia menukar topic perbualan. Dia pasti dia takkan dapat jawapan yang diinginkan selagi Amily mahu bermain tarik tali dengannya. 

“I tak faham kenapa you nak ungkit hal yang berlaku dua tahun yang lepas. It’s over and you already know the truth, Adam,” balas AMily dengan tidak sabar. Tidak mahukah Adam berhenti mencari kebenaran tentang apa yang berlaku dua tahun lalu?

“Not all the truth, sayang. You were suppose to tell about our baby before the accident, right?”

Amily mengeluh kecil lagi. “I didn’t want that baby, why would I want to tell you that.”

“Don’t tell lies, Amily.”

“I’m not.” Amily pamer riak kosong. “I’m leaving. You have wasting my time.” Amily melangkah ke pintu. Dia sedikit pun tidak menghiraukan panggilan Adam. Saat pintu dibuka, kelibat Daniel sedang berdiri di muka pintu. Dan seperti Adam, dia tidak hiraukan Daniel yang memberi tunduk hormat padanya. Dia terus melangkah ke arah lif. 

Daniel melangkah masuk sebelum matanya memerhatikan wajah majikan yang kelihatan kecewa di sofa. Dia mendekati lelaki itu. “Tuan.

Adam mengeluh kasar. “What should I do now, Daniel? Everything that I had planned didn’t turns very well.”

Daniel senyum kelat. Simpati pada lelaki di hadapannya. “There always a solution for every problems, sir.”

Adam angguk kepala. Kali ini dia takkan berputus asa. Sebagaimana Amily tidak pernah berputus asa dengannya dulu, dia juga akan lakukan itu. 



8 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.