Thursday, November 12, 2015

Stick & Stones #60



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56] [#57] [#58] [#59]

Amily memerhatikan kelibat Shasha yang muncul bersama seorang lelaki di kawasan perkelahan mereka hari ini. Dia hairan bagaimana dan mengapa lelaki itu berada di sini.

“Hai!” sapa Sasha riang pada rakan-rakan sekerjanya. Hari ini, tempat bekerjanya mengadakan hari keluarga, oleh itu restoran milik Samuel ditutup pada hari ini. 

“Siapa ni?” Soal Samuel dengan senyuman sambil memandang lelaki di sebelah Sasha. Bukan saja dia, tapi begitu juga yang lain, tertanya-tanya siapa lelaki kacak yang dibawa Sasha ke hari keluarga mereka. 

“Ini Adam. Dia pelanggan restoran kita,” Sasha memperkenalkan lelaki di sebelahnya.

Amily mengeluh kecil. Tertanya-tanya apa helah Adam sekarang ini.Dia harap Adam tidak cuba mempermainkan perasaan Sasha. Memanglah, Adam bukan seorang lelaki yang akan mempermainkan perasaan wanita tapi dia risau itu. 

“Dan kenapa you bawa dia?” Soal Amily dengan dingin.

Sasha ukirkan senyuman. “Sam cakap kita boleh bawa sesiapa saja. Dan I bawak dia sebab dia baik.”

“Hanya disebabkan dia nampak baik dari luaran, tak semestinya dia baik dalaman, Sasha.”

Adam senyum kelat. Dia tahu dia akan terima layanan dingin dari AMily. Tapi harapnya Sasha akan membantunya. Dia sudah jelaskan perkaitannya dengan Amily pada Sasha dan gadis itu sudah berjanji untuk membantunya.

Apa kata you bawak kawan you duduk dulu,” arah Samuel. Matanya kemudian beralih ke arah Amy yang asyik membakar daging. 

Sasha angguk sebelum membawa Adam ke sebuah meja yang kosong. “I harap you tak ambil penduli ayat Amy. Mungkin you dilayan sebegitu sebab you adalah bekas teman lelaki dia.”

Adam angguk lemah. Dia sebenarnya berbohong pada Sasha, memberitahu yang dia sebenarnya adalah bekas teman lelaki Amily dan dia berniat mahu tawan hati Amily semula. Sebagaimana Amily berbohong pada semua penduduk pekan ini mengenai identitinya, dia juga harus lakukan itu untuk melindungi Amily. 

Beberapa seketika kemudian, kelibat AMily muncul dengan pinggan di tangannya. Dia letakkan pinggan itu di hadapan Sasha dan Adam. 

“I pergi tandas dulu. You berbuallah dengan Amy dulu,” ucap Sasha sambil kenyit mata pada Adam. Sengaja dia menggunakan alasan itu, membiarkan Adam berduaan dengan Amy.

“What’s your game, Adam?” Soal Amily dingin sejurus kelibat Sasha hilang dari pandangannya. Dia tidak hiraukan rakan-rakan sekerjanya yang lain. Masing-masing sibuk melayan teman masing-masing.

Adam senyum. “I’m seeing you. I cuba nak faham kehidupan baru you. I mahu tahu kenapa you beria-ia mahu kekal di sini dan tak mahu kembali pada kehidupan you yang asal.”

Amily senyum senget. “Then, enjoy it,” Amily berura-ura mahu kembali ke tempat Samuel tapi soalan Adam membantutkan niatnya. 

“Is it because of that Samuel guy?”

Amily kembali menoleh ke arah Adam. “Stay away from him.”

Adam senyum sinis. “You risau kalau I apa-apa kan dia? Don’t you remember what you had done before this? What you had done to Maya?” 

“Jadi, you mahu balas dendam pada I sebab bekas kekasih you?”

Adam telan air liur. dia baru sedar ayat yang diucapkan tadi. Sungguh, dia tiada niat ucapkan itu. Dia mahu memujuk Amily, bukannya membalas dendam pada wanita itu. Amily telah salah faham.

If you forget this, let me remind this. You were mine at that time and I don’t like seeing you with her.”

“Then make me yours again,” ucap Adam dengan senyuman.

Amily mengeluh kasar. “That would never happen.”

“JAdi, you tak kisah kalau I lakukan apa-apa pada Sam?”

“You wouldn’t dare…” belum sempat Amily menghabiskan ayatnya, Adam telah mencelah. 

“Walaupun you cakap I ni bukan milik you lagi. Tapi bagi I, you tetap milik I untuk selama-lamanya.”

Amily diam. Dia akhirnya kembali pada Samuel. Lebih baik dia melayan Samuel dari Adam. 

Adam melepaskan keluhan berat. Dia perhatikan saja kemesraan Amily dan Samuel. Jujur, dia cemburu. Dia harap dia yang berada di tempat Samuel. 

Beberapa minit kemudian, kelibat Sasha muncul semula di sebelah Adam. 

“So, how’s it going?” Soal Sasha tatkala mengambil tempat di sebelah Adam. Ayam bakar di hadapannya dicapai.

Adam mengeluh. “Sebenarnya, apa hubungan dia dan Sam?” Mata Adam kembali memerhatikan Amily dan Samuel yang sedang bergelak ketawa dengan rakan sekerja mereka.

Sasha menoleh sekilas ke arah Amy dan Samuel. Dia mengukirkan senyuman kelat pada Adam. “Ada khabar angin mengatakan yang Sam sukakan dia.”

“Mereka rapat?”

Sasha angguk. “I dengar mereka selalu habiskan masa bersama-sama. Sam akan menghabiskan masa di rumah Amy ataupun Amy yang akan habiskan masa di rumah Sam.”

“Apa yang mereka buat?”

Sasha jungkit bahu. “Mereka mencuba resepi baru. Awak patut cuba resepi baru kami nanti. Itu adalah gabungan idea Amy dan Sam.”

Adam angguk. Tidak pasti dia harus percaya apa yang didengarnya. Mungkin saja Amily dan Samuel melakukan lebih dari memasak tatkala masing-masing berada di rumah masing-masing. Siapa tahu itu, bukan?

“Jadi, you dah fikirkan cara untuk menawan hati Amy semula?”

Adam senyum hambar. “You ada idea?”

Sasha jungkit bahu. “You lebih kenal dia dari I.”

“Tapi dia bukan seperti dulu.”

Sasha senyum. “I ada idea.”

“Apa?”

Sasha senyum lagi sebelum berbisik ke telinga Adam.

Amily memerhatikan gelagat mesra Sasha dan Adam dari jauh. Dia pasti dia tidak cemburu tapi dia harap Adam tidak pergunakan Sasha untuk memaksanya kembali ke sisi lelaki itu.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Adam mengukirkan senyuman sambil kakinya melangkah ke arah AMily yang sedang mengemas peralatan perkelahan mereka. Hari perkelahan yang dianjurkan oleh Samuel begitu menyeronokkan. Mungkin dia patut lakukan itu dengan Amily satu hari nanti apabila hubungan mereka berdua kembali seperti dulu.

“Do you need my help?”

Amily pandang Adam sekilas sebelum kembali melakukan kerjanya. “Mungkin lagi baik kalau you tolong orang lain,” balas Amily dingin.

Adam senyum sambil geleng kepala. “I cuma mahu tolong you saja.”

“Well, I’m done here.” Ucap Amily jengkel sebelum berniat mahu melangkah ke arah Samuel. Tapi belum sempat dia memulakan langkah, Adam sekali lagi menghalangnya. Tangann lelaki itu memegang lengannya. 

“But I’m not done yet.”

Amily mengeluh. Belum sempat dia bersuara, kedengaran suara Samuel. Adam melepaskan pegangannya pada lengan Amily sambil dalam hatinya mengutuk Samuel. Pengacau betul!

“What’s going on here?” Soal Samuel sambil matanya memandang Adam dan Amy bergilir-gilir. Adakah Adam mahu lakukan sesuatu yang buruk pada Amy?

“Aku tak rasa itu adalah urusan kau,” balas Adam sinis. 

Amily mendiamkan diri. 

Samuel memandang Adam. Entah mengapa dia tidak menyenangi lelaki ini sejak kali pertama bertentang mata. Dan ia makin bertambah saat dia sedar mata Adam asyik ke arah Amy sejak tadi lagi. “Mungkin ia urusan aku jikalau ia melibatkan pekerja aku.” Balasnya dengan tenang.

Adam senyum sinis. “Don’t you know the truth that she know me?” Mata Adam ke arah Amily.

Samuel memandang Amy. “Both of you know each other?”

Amily angguk kepala. “He’s my ex boyfriend.”

Adam hampir saja menjegilkan matanya pada Amily. Berani betul Amily berbohong pada Samuel yang dia adalah bekas teman lelakinya. Kenapa Amily tidak saja memberitahu hal sebenar?

“Ah, ex boyfriend.” Samuel memandang Adam dengan senyuman sinis. 

Adam tunjuk riak tidak puas hati. “It’s none of your business whether I’m her ex boyfriend or her husband.” Sengaja Adam berkata sedemikian sambil matanya memandang Amily yang kelihatan tenang.

“I rasa mungkin you patut tinggalkan kami berdua untuk sementara waktu. I need to talk to him for a while,” Amily bersuara. Dia memandang Samuel.

Samuel kerut dahi. Entah mengapa hatinya tidak bersetuju dengan ayat Amy. “You pasti you boleh uruskan ini?”

Amily angguk. “I will be fine. Dia tak akan berani untuk lakukan yang bukan-bukan pada I.”

Samuel memandang Adam yang sedang tersenyum sinis padanya. Sakit hati pula melihat senyuman bekas teman lelaki Amy. “If anything, call me. I akan berada di situ,” ucap Samuel sambil menunjukkan tempat yang lain sedang berkumpul. Dia kemudian melangkah ke arah itu.

“Ex boyfriend huh?” Soal Adam dengan nada tidak puas hati.

“Habis you nak I perkenalkan you ni bekas suami I?”

“I’m not your ex husband, Amily.”

“Then what you are?”

“Your husband.”

Amily senyum sinis. “Kita dah bercerai.”

Adam geleng. “Kita belum bercerai. I tak pernah tandatangani dokumen penceraian kita.”

“You what?” Amily sedikit terkejut. Adakah Adam menipunya?

“Peguam you tak beritahu itu?”

Amily telan air liur. Tidak pula Christine beritahunya itu. Ah, dia lupa, dia tidak mahu tahu lagi apa-apa hal berkaitan Adam. Semuanya sudah berakhir baginya disaat dia menandatangani dokumen penceraian itu. 

Jadi, fikir baik-baik sebelum you mahu bersama Samuel,”tambah Adam lagi.

“Don’t tell lies, Adam.”

Adam senyum. “I’m not telling lies, sayang. You boleh hubungi peguam you tanya hal sebenar.”

Amily mendengus.

Adam senyum lagi. Gembira betul melihat reaksi Amily di saat ini. Sekurangnya Amily harus tahu hal sebenar. “I have to go.” Dia memandang jam di tangannya. Dia punya temu janji dalam masa tiga jam lagi. “You tahu macam mana mahu cari I, bukan?”

Soalan Adam tidak dijawab. Dia sedikit pun tidak hiraukan Adam saat lelaki itu beredar. Dia masih lagi terkejut dengan apa yang didengarnya. Dia mahu tahu sama ada Adam berbohong padanya atau tidak. Dan hanya ada satu cara untuk dia tahu itu. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tina memandang Amily yang dari tadi mendiamkan diri. Dia tahu wanita itu sedikit sebnayak terkejut dengan apa yang diberitahunya tadi. tapi itu adalah hal sebenar. 

Walaupun berita penceraian Adam dan sahabatnya tersebar, Adam sedikit pun tidak mahu membetulkan khabar angin itu. Tapi hal yang sebenarnya, Adam dan Amily tidak bercerai kerana Adam tidak menandatangani dokumen penceraiannya. Lelaki itu tidak mahu bercerai. Itu yang diberitahu peguam Amily padanya. 

Dan dia sedikit pun tidak maklumkan Amily tentang itu kerana Amily tidak lagi mahu tahu apa-apa selepas wanita itu menandatangani dokumen penceraiannya.

“Why he did that?” Soalan Amily lebih kepada dirinya sendiri.

“Urmmm… maybe because he still love you,” Tina cuba membuat andaian. 

Amily mengeluh kecil. Dia tak mahu terima jawapan Tina. Dua tahun yang lalu, lelaki itu benar-benar marah padanya disebabkan anak mereka. Dan dia pasti lelaki itu membencinya setelah apa yang dia lakukan. Jadi, buat apa Adam mahukannya semula? Buat apa Adam tidak mahu ceraikannya? Buat apa Adam mahu mencarinya lagi?

“Kenapa you tiba-tiba tanya tentang Adam?” Tina bersuara. Hairan dengan soalan pertama Amily yang keluar dari mulut sahabatnya di saat bertemunya. Sudah dua tahun Amily tidak menyebut nama itu. Sahabatnya itu langsung tidak mahu mengingati atau menyebut apa-apa jua yang berkaitan dengan kehidupan Amily Katrina di zaman lampau. 

“I met him here.”

“You… what?” Tina sedikit terkejut. Amily sedang bergurau kah? Tapi wajah wanita di hadapannya sedikit pun tidak menunjukkan sebegitu. “He’s here?”

Amily angguk. 

“How he know that you’re here? And i never mentioned anything about you’re here, AMily” Tina risau jika Amily fikir dia mengkhianati wanita itu.

Amily jungkit bahu. Dia pasti bukan Tina yang maklumkan pada Adam tentang keberadaannya di sini. Walau betapa bersalahnya Tina membohongi Adam, sahabatnya tak akan mengkhianatinya.

Hanya dengan Tina saja dia berhubung. Dan jikalau ada masa lapang, sahabatnya akan ke sini untuk bertemunya. Tapi dua hari lepas, belum sempat dia menghubungi Tina, bertanyakan perihal Adam, Tina terlebih dahulu memaklumkan akan bertemunya di pekan ini. 

“You ada kerja kat sini?” Soal Amily pada Tina pula. 

Tina mengangguk. “I have an event here.

Amily angguk tanda faham. 

“You tak nak tanya event tu berkaitan dengan apa?” Tina bersuara lagi.

Amily memandang Tina, meminta penjelasan. 

“Ada majlis pembukaan hotel baru milik Casa Holdings minggu hadapan.”

Amily angguk. Rasanya semuanya masuk akal sekarang. Sebab mengapa Adam berada di sini. Tak mungkin Adam berada di sini hanya disebabkan dia saja. Dua tahun tiada siapa pun mengetahui kewujudannya di sini selain Mommy dan Tina. “So, you were invited as a reporter?”

Tina angguk. “I editor majalah hiasan dalaman. So, I need to do a report about it.”

Amily angguk sekali lagi. Dia mendiamkan diri untuk seketika. 

“Jadi, apa you nak buat sekarang ni, Amily?” Tina bersuara lagi. risau dengan diam Amily. Walaupun sahabat baiknya kelihatan kuat dari luaran, tapi dia tahu AMily walau macam mana sekalipun, tetap kecewa dan terluka atas apa yang terjadi dua tahun yang lepas. Mereka yang tidak mengenali Amily akan mengatakan Amily kejam tapi disebalik ‘kekejaman’ Amily ada kebaikannya. 

“Maksud you?” Amily kerut dahi. 

“Adam dah tahu you kat sini, Amily. Dia tentu akan mahu you kembali semula ke sisi you. He never stop finding you, Amily.” Tina meluahkan hal sebenar. Dua tahun dia sembunyikan perihal Adam dari wanita ini.

“I tahu. Mommy said the same thing. But nothing is gonna change.” Ucap Amily tenang. Dia tekad dengan keputusannya. Dia tak akan pernah tarik balik keputusan yang telah diambil dua tahun yang lalu.

“But you are still his wife.”

Amily mengeluh. “Whatever it is, I won’t let him destroy my life now.”

Tina senyum hambar. “Do you still love him, Amily?”

Amily telan air liur. Dia tidak menjawab soalan Tina. 

Sekali lagi Tina senyum hambar. “I rasa you patut tahu satu lagi.” Tina pandang Amily. Walau betapa sahabatnya ini tidak mahu ambil tahu tentang masa silamnya, tapi dia rasakan Amily patut tahu ini. “Ia tentang Jessica.”

Amily pandang Tina. Menanti ayat yang seterusnya keluar dari mulut wanita di hadapannya. 

“Dia dinaikkan pangkat, ganti Zack yang ditukar ke cawangan lain.”Jelas Tina. 

“And?”

“I syak dia mahu dekati Adam.”

“I know.” Ucap AMily tenang. “I saw them here. They were so friendly,”Minda Amily memutar kembali kejadian di carnival bunga hari itu. 

“Dan you tak cemburu?” Soal Tina. 

“Why would I? I didn’t love him, Tina.”

Tina mengeluh kecil. Sudah agak itu jawapan Amily. Dia mahu bersuara tapi belum sempat dia lakukan itu, Amily telah membatalkan niatnya.

“I have to go.” Amily mengerling jam tangannya. Tinggal satu jam lagi sebelum syif tengaharinya bermula.

“Seeing Samuel?” usik Tina.

Amily senyum tidak ikhlas. “I see you again.” Amily bangun sebelum melangkah keluar dari kafetaria itu. 

Tanpa Amily dan Tina, Adam sedang memerhatikan mereka berdua dari tadi. Adam senyum sinis melihat Tina bersama Amily. Dia sepatutnya tahu yang Tina sememangnya mengetahui di mana Amily selama ini. Dan Tina tak akan pernah mengkhianati Amily.

Adam mengeluh, tidak tahu sama ada dia mahu marah Tina atau Amily. Tapi satu hal yang pasti, dia tak akan pulang tanpa Amily.



Reenapple: Agaknya apa rancangan Adam?



9 comments:

  1. cannot wait for the ending. hopefully a happy ending and how many more chapters left?

    ReplyDelete
  2. Yes. Hmm. Paksa amily mungkin. Just do anything to get amily back. Pls Adam. :)))

    ReplyDelete
  3. degil betul amily ye... boleh pulak dia cakap adam tu ex boyfriend dia...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.