Friday, November 13, 2015

Stick & Stones #61




[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56] [#57] [#58] [#59] {#60]

Samuel mengukirkan senyuman melihat Amy seorang diri di hujung restorannya, ditemani secawan Latte dan sebuah buku seperti biasa. Hari ini Amy tidak bekerja tapi dia aneh melihat kelibat wanita itu di restorannya. Kebiasaannya, Amy akan berehat saja di rumah jika wanita itu tidak bekerja. 

“Hey…” sapanya tatkala mengambil tempat di hadapan wanita itu.

Amily mengukirkan senyuman pada Samuel. “Hey..”

“Mengelamun jauh?” usik Samuel.

Amily senyum lagi. “I almost reach Paris before you came.”

Samuel ketawa kecil.

Amily kemudian memandang cawan Latte di hadapannya. Dia kemudian melepaskan keluhan kecil tanpa dia sedar. 

Samuel senyum hambar. Dia pasti ada sesuatu yang sedang menganggu fikiran Amy. Belum pernah dia melihat wanita itu bersikap sebegini. “Sesuatu menganggu fikiran you?”

Amily kembali memandang Samuel. “Maksud you?”

Sekali lagi Samuel senyum hambar. “You selalu termenung sejak kebelakangan ini.”

Amily melepaskan keluhan kecil sekali lagi. 

Does it have anything to do with that man?” Minda Samuel teringatkan pada Adam.

“Man?” Amily kerut dahi.

“Your ex boyfriend.”

Amily senyum palsu. Dia tidak mengiyakan mahupun menafikan ayat Samuel. Dia kembali menghirup Latte di hadapannya. 

“Maafkan I, kalau soalan I nanti kedengaran seperti seorang penyibuk.” Samuel bersuara lagi. Dia memandang Amy yang kelihatan tenang seperti selalu. “Kenapa you berpisah dengan dia?”

“Tiada persefahaman.” Balas Amily ringkas.

“Maksud you?” Samuel mahu taju lebih lanjut. 

Amily diam seketika. Mindanya cuba mengingati karakter Adam Joshua itu. Jika difikirkan semula, dia dan Adam terlalu beza. Bagai bumi dan langit. “He’s like that and I’m like this. Kami punya banyak perbezaan, Sam. Dan I rasa I tak layak bersama dia.”

“Sebab dia adalah golongan berada?”

Amily senyum. “Macam mana you tahu?”

“Looking his attire already define who he is.”

“Don’t judge book by its cover, Sam.”

Sekali lagi Samuel ketawa kecil. “I’m not, Amy. Itu adalah hal sebenar. I dengar dia adalah pemilik hotel baru di Bandar.”

Amily angguk. 

“Do you still love him?” soal Samuel lagi.

Amily senyum palsu. Dia kembali menghirup Latte dihadapannya. “Maybe part of me still love him. And maybe a part of me don’t want him anymore,” ucap Amily sambil memandang titisan hujan yang melekat di dinding kaca di hadapannya. 

Samuel senyum hambar. “Keluarga dia tak boleh terima you?”

Amily ketawa kecil. Kalaulah Samuel tahu siapa dirinya dahulu, tentu lelaki itu tak akan mengeluarkan soalan sedemikian. “I’m not what you’re thinking right now, Sam. I was a different person.”

“Maksud you?” Samuel kerut dahi. 

Amily tarik nafas. “I lagi jahat dari bekas tunang you.”

Samuel telan air liur. “You dekati dia hanya kerana duit?”

Amily angguk dengan senyuman kelat. 

“Jadi, kenapa you tinggalkan dia?”

“I just realized, money is not everything. Berapa banyak duit yang I dapat, I tetap tak gembira. I’m just sick wearing mask anymore.”

Sekali lagi Samuel telan air liur.

AMily mengeluh. “I tak tahu kenapa I ceritakan semua ni pada you, Sam.”

“You need someone to talk,” balas Samuel dengan senyuman. Walaupun dia terkejut mendengar pengakuan Amy tadi tapi dia tiada hak untuk menghukum wanita itu. Apa yang diceritakan wanita dihadapannya ini adalah masa silamnya. Masa silam yang tidak berkaitan dengan dirinya. 

Amily senyum kelat. Mungkin benar apa yang diberitahu Samuel. Mungkn saja dia perlukan seseorang untuk meluahkan apa yang terbuku di hatinya. Dia sedikit pun tidak pernah beritahu sesiapa pun apa yang berada dalam hatinya, walaupun Tina. 

You mahu tahu apa yang Ibu I pernah cakap tentang you?” Samuel bersuara lagi.

Amily kerut dahi. 

Samuel senyum. “You have a fragile heart. Itu yang Ibu beritahu tentang you waktu kali pertama dia lihat you.”

Amily senyum hambar. Mungkin benar apa yang didengarnya tadi. Dia punya hati yang sudah berkecai. Semuanya bermula sejak penceraian ibu bapanya. Tapi itu semua dulu. Dia pasti sekarang ini dia tidak lagi punya hati yang berkecai. Dia sudah ‘pulih’. “Jadi, adakah you rasa I masih punya hati rapuh?”

Samuel senyum. “Apa yang you rasa sekarang ini?”

Amily senyum lebar. “I’m happy with my current life, Sam.”

Samuel angguk dengan senyuman. Dia juga bersetuju dengan ayat Amy. Wanita di hadapannya tidak pernah kelihatan muram sejak dia mengenali Amy, kecuali hari ini. Yang mana dia tahu kemurungan Amy ada kaitan dengan bekas teman lelaki teman wanita itu.

“Kalau lelaki itu mahu you kembali ke sisi you, you akan kembali ke sisi dia?”

Amily telan air liur. Dia tiada jawapan untuk soalan Samuel. Tak. Dia sememangnya tiada jawapan untuk soalan itu saat kali pertama Adam memintanya kembali ke sisi lelaki itu. 

“I am here because of him….” Amily tarik nafas. “Dan tak mungkin I akan kembali ke sisi dia.” Ucap Amily dengan tidak yakin. 

Samuel menarik nafas lega. Hatinya senang dengan jawapan yang diterimanya. 

“You should get back into kitchen,” Amily bersuara lagi. 

Samuel ketawa kecil. Dia bangun. “I will go back into kitchen now. You pasti you okay?”

Amily angguk dengan senyuman. 

“I jumpa you nanti,” ucap Samuel sekali lagi sebelum beredar ke dapur.

Amily melepaskan keluhan. Dia kembali membelek buku di tangannya. Dan ketika menoleh ke arah luar, baru dia sedar kelibat seorang lelaki sedang berdiri di seberang jalan dengan payung di tangannya. Dia kenal lelaki itu. Adam!

Dia dan Adam saling berpandangan untuk seketika sebelum lelaki itu mengambil keputusan untuk beredar. Sekali lagi Amily mengeluh. Rasa bersalahnya muncul semula.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Sasha tarik nafas sebelum menekan loceng di hadapannya. Beberapa seketika kemudian, kelibat Amy muncul di balik pintu, mengukirkan senyuman padanya seperti biasa.

“Jemput masuk,” pelawa Amily dengan senyuman. 

Sasha melangkah masuk. Dia mengambil tempat di sofa sambil memerhatikan saja kelibat Amy berada di dapur. Beberapa seketika wanita datang ke arahnya dengan dua mug di tangan. Satu mug diletakkan di hadapannya.

“You cakap ada sesuatu yang you nak bincangkan dengan I. Apa dia?” Soal Amily tenang, tanpa mengesyaki apa-apa. 

Sasha telan air liur. “Ia tentang Adam.”

Amily telan air liur. Dia sepatutnya sudah menjangkakan kehadiran Sasha ke rumahnya hari ini tentunya berkaitan dengan Adam. Jikalau ia berkaitan hal kerja, tak mungkin gadis ini mahu bertemunya secara peribadi. “Apa yang sepatutnya I tahu tentang dia?” Amily bersikap tenang. 

Sasha mengeluh. “Adam betul-betul mahukan you semula.”

Amily ukir senyum sinis. “Adakah dia yang bagitahu you itu?”

Sekali lagi Sasha telan air liur. Bukanlah Adam memberitahunya secara langsung tapi melihat sikap lelaki itu yang begitu berusaha untuk menawan hati semula Amy, dia yakin Adam benar-benar mahukan Amy dalam hidupnya.

I tak nak biadap dengan you, Sasha. Tapi urusan I dan dia, bukan urusan you. Apa jua yang dia mahu you lakukan mengenai kami, you tak ada hak untuk turuti permintaannya.” Amily bersuara lagi. 

Sasha mengeluh lagi. “You dan Adam kelihatan sesuai bersama.”

“Why?”

“Sebab dia lelaki kaya, baik dan kacak. Dia ada segala-galanya yang seorang perempuan mahu.”

“Jadi?”

Sasha mengeluh. “Tidak mahukah you punya kisah hidup seperti Cinderella?”

Sekali lagi AMily ukir senyum sinis. “Jadi, you mahu katakan yang, jika I kembali ke sisi dia, hidup I akan menjadi seperti seorang Cinderella? Kisah seorang gadis miskin dan seorang putera raja, begitu?”

Sasha telan air lagi. Kepala diangguk lemah. 

Amily mengeluh kasar. Sasha sememangnya tidak tahu hal sebenarnya. “Adakah you tahu kisah sebenar seorang Cinderella?”

Sasha kerut dahi sebelum geleng kepala. 

Cinderella pada hakikatnya seorang gadis kaya, berasal dari keluarga kaya sebelum ayahnya meninggal dunia.”

Sasha diam. Dia baru sedar sesuatu. 

“I bukan Cinderella, Sasha. I tak ada ibu tiri yang jahat. Dan I tak ada keinginan untuk punya kisah seperti Cinderella.”

Sasha mengeluh. Agak sukar untuk memujuk Amy. Agak sukar untuk meyakinkan Amy pada sesuatu yang dia sendiri tidak tahu begitu mendalam. “Amy…” 

“Kenapa you beria-ia mahu I kembali pada sisi Adam, Sasha?” Amily bersuara lagi.

Sasha telan air liur. Bagaimana dia harus menjawab soalan Amy itu? Dia tidak mahu dilabelkan sebagai seorang kawan yang jahat. “Adam seorang lelaki yang baik.”

“Bagaimana you pasti dia seorang lelaki yang baik? You cuma baru beberapa minggu kenal dia. I lagi kenal dia dari you, Sasha.”

Sasha mengeluh lagi. “I…” belum sempat dia memberi penjelasan, Amy telah memotong niatnya.

“You mahukan Sam, bukan?”

Sasha memandang Amy. Bagaimana wanita itu tahu hal sebenar? “Bagaimana you tahu?”

Amily tunjuk riak kosong. “Bukan semalam I kenal you, Sasha.”

Sasha tarik nafas. Mungkin saja dia kedengaran seperti seorang yang pentingkan diri apabila mahu ‘merampas’ Samuel dari Amy. “I…”

“Dah lama sukakan Sam, tapi dia tak pernah pandang you, bukan?” Amily mencelah.

Sasha mengeluh kecewa. “I tak berniat untuk pisahkan you dan Sam. Tapi… Adam lelaki yang baik,” Sasha bersuara dengan yakin, sambil matanya pada Amy. Bukan dia sengaja berkata sedemikian tapi Adam sememangnya seorang lelaki yang baik. 

Amily senyum senget. “Apa-apa pun yang you buat, you tak pisahkan I dan Sam, Sasha. I dan Sam hanya kawan saja.”

“Tapi dia suka you. He loves you.”

Amily senyum hambar. Dia tahu itu. Dia sedar itu. melihat layanan Samuel padanya sudah menjelaskan segala-galanya. Bukankah lelaki menunjukkan kasih sayangnya melalui tindakan?

“I tak ada keinginan untuk dapatkan cinta dia, Sasha.”

“You masih cintakan Adam?”

Amily telan air liur. Dia tiada jawapan untuk soalan itu. “Whatever it is, Sasha, stay away from my problem.”

“Tapi Amy…” sekali lagi ayat Sasha dipotong oleh Amily.

“Hal I dan Adam bukan urusan you.” Amily memandang Sasha di hadapannya. Bukanlah dia mahu berkasar dengan gadis itu, tpi dia tidak mahu mendengar tentang Adam dari manusia asing. Manusia asing yang tiada kaitan dengan hubungan mereka.

Sasha mengeluh kasar. “Mungkin I pentingkan diri bila I mahu Sam lebih dari menolong Adam dapatkan you semula, Amy. I ingatkan dengan kehadiran Adam, akan dapat membuatkan you dan Samuel berjauhan.” Entah mengapa ayat itu keluar dari mulut Sasha.

Amily tarik nafas. “I dan Sam hanyalah kawan saja. I tiada keinginan untuk dapatkan cinta dia, Sasha.”

Sasha angguk lemah. Dia tahu itu. Tapi dia tetap cemburu melihat kemesraan Samuel dan Amy. Dia cemburu dengan layanan Samuel pada Amy. Dia harap dia berada di tempat Amy. 

“5 minit you dah tamat, Sasha,” Amily bersuara lagi.

Sasha mengeluh sebelum bangun. Dia memandang Amy di hadapannya. “I minta maaf tentang apa yang berlaku hari ini. I harap kita masih kekal kawan seperti dulu,” seusai ucapkan itu, Sasha melangkah keluar.


Dan Amily melepaskan keluhan berat. Dia sememangnya tak mahu fikirkan tentang Adam lagi. Dia tak mahu tapi apa yang harus dia lakukan saat ini untuk membuatkan Adam berputus asa terhadapnya?



Reenapple: Agak-agak Sasha akan buatjahat kat Amily tak?



8 comments:

  1. Jangan la buat jahat kat Amily. Nanti Amily tu galas 2 kali ganda baru tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ermm mungkin tak. Amily dah jadi baik. Ekhemm

      Delete
  2. Haish. Rumit btul msalah diorang nih. Huhh. Ksian Adam. Cari girl lain lah. Dah org taknak nak bt mcm mna lagi kann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adam yg buat keadaan jadi rumit. Hurmm

      Delete
  3. 6 more chapters and i cannot wait for their ending. Everyday, i were waiting for their story and kept refreshing your blog page.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.