Sunday, November 15, 2015

Stick & Stones #63



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56] [#57] [#58] [#59] {#60] [#61] [#62]

Satu pesanan ringkas masuk ke dalam peti mesejnya. Amily mencapai telefonnya.

Adam terlibat dalam kemalangan. Dia berada di Hospital.

-Sasha-

Amily mengeluh. Mesej itu diabaikan. Dia tidak mahu percaya apa jua yang Sasha beritahu tentang Adam. Dia pasti Adam tidak terlibat dalam kemalangan. Lelaki itu sengaja mereka cerita sedemikian untuk membuatkan dia risau. Lelaki itu mahu mengujinya. 

Telefon bimbitnya berbunyi, tertera nombor yang tidak dikenali. Butang hijau ditekan.

“Puan Amily,” kedengaran suara lelaki.

“You nak bercakap dengan siapa?” Soal Amily tenang walaupun dia pasti dia sudah dapat mengagak pemanggil ini. Dia pasti pemanggil ini adalah Daniel. Tak ada yang akan memanggilnya dengan panggilan sedemikian.

“Saya Daniel.”

Andaian Amily tepat.

“Apa yang you nak?”

“Encik Adam berada di hospital. Dia terlibat dalam kemalangan.”

Amily tarik senyum sinis “Jadi, apa yang you mahu I buat?”

“Saya cuma mahu maklumkan hal ini pada puan sahaja.”

“Saya akan melawat dia bila saya punya masa.” Sejurus ucapkan itu, Amily menamatkan panggilan. Dia sedikit pun tidak mahu percaya yang Adam terlibat dalam kemalangan.

Lima minit kemudian, telefonnya berbunyi lagi. Kali ini si pemanggil adalah Tina. Amily menekan butang jawab sambil mengharapkan Tina tidak menelefonnya disebabkan hal Adam.

“Babe!!!!!” kedengaran cemas suara Tina di hujung talian. 

“What?”

“Adam is involved in accident. And he is in hospital right now.”

Amily mengeluh. “Whatever you heard is not true, Tina. Adam just fake it.”

Kedengaran keluhan kasar Tina di hujung talian. “It’s true babe. Kereta dia remuk.”

Amily telan air liur. Adakah apa yang didengarnya tentang Adam adalah benar? Dan tak mungkin Tina akan membohonginya. Tak mungkin Tina beralih arah berada di pihak Adam. 

“Staff I cakap, kereta dia terlibat dalam kemalangan semalam.” Tambah Tina lagi. 

Sekali lagi Amily telan air liur. Mungkin saja dia risau mendengar kenyataan itu. “Dia akan sembuh nanti.”

“You tak nak melawat dia?” Soal Tina.

Amily tarik nafas. “Tak ada sebab I perlu melawat dia, Tina.”

“Tapi…”

“I penat. Nanti kita cakap lagi.” Amily menamatkan talian.

Beberapa saat kemudian, kedengaran bunyi mesej. Dari Tina. Wanita itu menghantar teks yang mengandungi alamat hospital Adam ditempatkan.

Amily tarik nafas sebelum mematikan telefonnya. Dia tak mahu ambil tahu perihal Adam lagi. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




“She won’t  coming, right?” Soal Adam pada pembantu peribadinya.

Daniel senyum kelat. Dia tidak mampu memberikan jawapan yang sebenarnya. Dia teringatkan panggilan yang dibuatnya pada isteri majikannya. Wanita itu kedengaran seperti sedikit pun tidak risau akan Adam Joshua. Atau mungkin saja wanita itu sudah mengetahui hal yang sebenarnya?

“There’s no use doing this,” Adam bersuara lagi. Diperhatikan dirinya yang tersarung pakaian putih milik hospital. Bukanlah dia mengalami kecederaan yang teruk. Tubuhnya sedikit calar dan itu bukanlah sesuatu yang mampu merisaukan sesiapa.

Dia ingatkan jika dia meminta doktor membenarkan dia berada di wad untuk dua malam, Amily akan datang melawatnya. Dia mahu tahu jika wanita itu masih cintakannya lagi atau seperti yang dikata oleh wanita itu, Amily berkahwin dengannya adalah disebabkan duit sahaja.

“I mahu keluar hospital. You uruskan itu, Daniel,” arah Adam. Dia pasti walau dia berada setahun di hospital, Amily tak akan pernah melawatnya. Nampaknya Amily sedikit pun tidak pernah berbohong padanya. Wanita itu tidak pernah mencintainya sepanjang perkahwinan mereka. 

Hanya dia saja yang masih bodoh menanti Amily. Hanya dia saja yang bertepuk sebelah tangan. Sepatutnya dia tidak biarkan dirinya jatuh hati pada Amily. Dia tidak sepatutnya tewas pada permainan Amily Katrina dua tahun yang lalu. 

“Hari ini?” Soal Daniel.

Adam angguk. 

Daniel angguk menurut kata sebelum melangkah keluar. Baru saja dia menutup pintu, dia menyedari satu susuk tubuh yang dikenalinya. 

“Puan?” Dia memandang isteri majikannya dengan senyuman. Jikalau Adam tahu ini, dia pasti majikannya itu akan tersenyum riang.

Amily diam sambil tarik nafas. Sapaan Daniel tidak dihiraukannya. Dia, dari tadi tertanya-tanya sama ada di harus memasuki ke bilik yang menempatkan Adam atau tak. Dia tahu Adam tidak mengalami kecederaan yang teruk. Jadi, andaiannya tadi adalah tepat. Adam hanya mahu menggujinya saja.

“Puan tidak mahu masuk?” Soal Daniel lagi.

Amily mengeluh. Dia tahu dia tidak sepatutnya harus beredar sahaja sebab Adam bukannya cedera teruk. Lelaki itu mahu mengujinya sahaja. Tapi, melihatkan betapa bersungguhnya dia datang sini hanya kerana kerana dia risau ppada Adam, sepatutnya dia bertemu sahaja lelaki itu. Ya, dia risaukan lelaki itu di saat dia mengetahui kemalangan Adam bukanlah satu kepalsuan.

“He really want to meet you,” Daniel bersuara lagi. 

“Semuanya sudah dirancang bukan?” Amily memandang Daniel.

Daniel telan air liur. Dia tahu dia tidak mampu menipu wanita di hadapannya. Amily Katrina mungkin berubah dari segi fizikal tapi kebijaksanaan wanita itu masih kekal seperti dulu. Belum sempat dia bersuara, Amily telah melangkah masuk ke bilik pesakit.

Daniel tarik nafas. Harapnya segala masalah yang melanda majikan dan isterinya akan mampu diselesaikan dengan baik.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Adam sedang mengemas beg pakaiannya sebelum dia dikejutkan dengan kelibat Amily yang tiba-tiba melangkah masuk. Jujur, dia sedikit pun tidak menyangka Amily akan muncul di hadapannya.

“Amily…”

Amily diam. Sapaan Adam langsung tidak dihiraukannya. Dia memerhatikan Adam dari atas hingga bawah. Tubuh lelaki itu tidak lagi menyarungkan pakaian pesakit sebaliknya pakaian mahal. “I ingatkan you dalam keadaan nazak bila Tina bagitahu I yang you terlibat dalam kemalangan,” ucap Amily sebelum mengambil tempat di kerusi yang disediakan, berhadapan Adam.

Adam melepaskan keluhan kecil. “I patut gunakan Tina kalau I tahu you yang akan datang melawat I jika Tina yang beritahu you.”

Amily senyum senget. “Don’t you ever drag Tina into our problem. This is between me and you only.”

Adam senyum kelat. Dia tahu Amily sayangkan Tina sepertimana dia sayangkan Delailah sebagai kawan. “You masih sayangkan I, bukan? You datang sini sebab you risaukan I.”

Soalan Adam tidak dijawab. Mata Amily masih pada Adam. Mungkin dia juga tidak tahu bagaimana dia harus menjawab soalan lelaki itu. Adakah dia harus iyakan saja atau nafikan sahaja?

I didn’t…” belum sempat Amily menghabiskan ayatnya, Adam bersuara lagi.

“You still love me, Amily. Your mouth keep saying you didn’t love me but I know deep inside your heart you do love me. You love me, sayang.”

Ayat Adam dibiarkan sepi tanpa balasan. Amily tidak mengiyakan mahupun menidakkan kenyataan yang keluar dari mulut Adam Joshua itu. “When you are gonna stop this, Adam?”

Adam geleng. “I won’t stop. I won’t give up on you anymore.”

Amily mengeluh. “Then do whatever you want to do, Adam. Tak ada apa-apa yang akan berubah. Keputusan I kekal sama.”

“Begitu juga dengan keputusan I, Amily.”

Amily senyum senget. “I will see you again.” Sejurus ucapkan itu, Amily melangkah keluar tanpa sedikitpun memandang Adam. 

Adam melepaskan keluhan berat. Sedikit kecewa tapi dia masih mampu tersenyum lagi. Entah kenapa dia rasakan malam ini semuanya kelihatan baik untuknya.


Reenapple: Dear Adam, have you found the answer? Ekhemmm




13 comments:

  1. Yesss. Adam will not give up on Amily anymore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap Adam ubah perangai childish dia juga. Ahaa

      Delete
  2. Kenapa cam pendek jer x puas baca
    geram tul dgn amily rasa nk sekil jer kepala dy

    ReplyDelete
  3. haihh... spoil semuanya... habislah adam dah kantoi tipu amily...
    yang penting adam dah tahu yang amily masih sayangkan dia..ehhehe.. :)

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.