Tuesday, November 17, 2015

Stick & Stones #65



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56] [#57] [#58] [#59] {#60] [#61] [#62] [#63] [#64]

“How do I look?” Dia menyoal Adam seusai lelaki itu menjengahnya.

Adam mengukirkan senyuman. “You look pretty as always, sayang.” Dia mendekati isterinya.

Amily ukirkan senyuman sebelum kembali membelek dirinya di cermin. Jujur, dia berdebar. Berdebar untuk berhadapan dengan semua orang lebih-lebih lagi keluarga mentuanya. Dia tidak tahu apa yang bakal berlaku nanti, tetapi dia akan cuba kuat, akan cuba berlagak tenang.

“I’m scared.” Amily mengeluh.

“I will protect you, sayang” ucap Adam sambiil memeluk Amily dari belakang. Leher wanita itu dikucup lembut sebelum melabuhkan dagunya di bahu Amily. Dia memandang pantulan dirinya dan Amily dalam cermin.

Amily senyum kelat. Walaupun Adam berkali-kali menuturkan ayat itu padanya, tetap tidak boleh menghilangkan rasa berdebarnya. 

Adam senyum sebelum memusingkan tubuh Amily supaya menghadapnya. “I told you I will protect you. Dan I juga dah beritahu you berkali-kali yang Mommy dan Daddy mahupun Along, sedikit pun tidak pernah benci you. They choose you from the beginning, remember?”

Sekali lagi Amily mengeluh. Dia tahu itu, tapi masih dia dihimpit rasa bersalah pada keluarga mentuanya. 

“I tak nak you sedih. I nak you senyum dan gembira hari ini. I nak bagi kejutan pada semua orang malam ini.”tambah Adam sambil tangannya mengusap pipi Amily.

Amily senyum. “It’s been two years. Ada banyak perkara yang berubah.”

Adam angguk. “It is. Ada banyak perkara yang berubah dan you akan tahu nanti. Tapi ada satu perkara yang tidak pernah berubah.” Adam senyum lebar.

“Which is?” Amily kerut dahi. 

“Cinta I pada you.”

Amily ketawa kecil. “Did I ever told you that you are such a sweetheart?”

Giliran Adam pula ketawa kecil. Tiba-tiba saja telefon bimbitnya berbunyi. Dia menjawab panggilan itu. Selepas berbual beberapa saat dengan pemanggil, Adam menamatkan panggilan.

“Daniel?” Soal Amily.

Adam angguk. 

“Then, we should be going.” Baru saja Amily memulakan langkah pertamanya, Adam tiba-tiba saja menarik lengannya.

“I have something for you.” Ditarik tubuh Amily supaya menghadap cermin semula.

Amily kerut dahi. 

“Close your eyes,” Adam bersuara lagi.

Apa yang you nak buat ni?” Amily hairan.

Adam senyum. “Just close your eyes, please?”

“Hurm…” Walaupun sangsi dengan helah Adam, Amily tetap menurut kata lelaki itu. Dia pejam mata.

Adam senyum lagi sebelum mengeluarkan seutas rantai leher mahal dari poket seluarnya. Dikalungkan ke leher Amily Katrina dengan berhati-hati. “Now, open your eyes.”

Amily buka mata. Dia telan air liur tatkala melihat seutas rantai leher yang mahal tersarung di lehernya. Dia menoleh ke arah Adam yang sedang mengukirkan senyuman. “It’s beautiful, sayang.” Dia memeluk lelaki itu. 

“That’s your first anniversary’s gift.”

“What about second anniversary gift?” soal Amily seusai melepaskan pelukan.

“Hurm…” Dahi Adam berkerut, seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. “I didn’t think about it. I belikan you rantai itu sebelum you hilangkan diri.”

Amily telan air liur. Senyuman kelat terukir di hujung bibir. “Apa kata untuk ulang tahun perkahwinan kita yang ketiga nanti, kita pergi bercuti?”

Adam angguk tanda setuju. 

“Let’s go?” Amily memandang jam di pergelangan tangannya. Rasanya sudah tiba masanya dia dan Adam tiba di majlis yang bakal berlangsung di dewan hotel nanti. 

“One more thing,” Adam bersuara lagi sambil mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya sekali lagi. “You forget to wear this,” Sebentuk cincin disarungkan ke jari manis Amily.

Amily telan air liur. Cincin yang tersarung di jarinya saat ini adalah cincin perkahwinan yang ditanggalkannya dua tahun lepas.

“Pemilik cincin ini tidak pernah berubah. Masih orang yang sama, Amily.” Ujar Adam dengan senyuman.

Amily tarik nafas. “I thought you used to say that this ring supposedly belong to Maya.”

Adam geleng dengan senyuman. “It’s for us. The another ‘A’ is you.”

Amily kerut dahi, tidak memahami ayat Adam. 

“I tak tahu kenapa I ukirkan juga nama you pada cincin perkahwinan kita. Mungkin waktu itu I rasakan perkahwinan sepatutnya adalah sesuatu yang dibinakan atas dasar keikhlasan, dasar cinta, dan bukan dibina atas dasar hipokrit. ”

“Tapi you tak cintakan I waktu itu.”

Adam mengeluh. Dia tahu itu. “Haven’t you heard this, feelings always change?” Dia pandang Amily. Tangan wanita itu digenggam dengan erat. “I might hate you at first sight before this but for now and forever I want to stay in love you. I want to love you till the end of lives, sayang.”

Amily senyum sebelum memeluk erat lelaki di hadapannya. “I love you too, sayang.” Satu ciuman diberikan di pipi lelaki itu. 

Adam senyum lagi. “We shall get going. Daniel dah tunggu kita di luar.”

Amily angguk sebelum berjalan bersama-sama Adam ke pintu. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Amily tarik nafas tatkala dia tiba di pintu dewan. Adam di sebelahnya hanya mengukirkan senyuman. Jujur, dia berdebar. Dia risau akan penerimaan semua tetamu nanti. Dia menghilangkan diri dua tahun dan sekarang dia muncul semula. Sudah tentu, akan ada suara-suara sumbang mengutuk dirinya. 

“Everything will be fine, sayang,” bisik Adam ke telinga Amily. Dia tahu Amily berdebar. Lihat saja cara wanita itu merangkul lengannya sudah dapat mmengetahui tahap debaran seorang Amily Katrina. 

Amily tarik nafas sekali lagi sambil angguk kepala. Mereka kemudian melangkah masuk ke dalam dewan itu bersama-sama. Mata-mata yang memandang mereka, semuanya mempamerkan riak terkejut.

“Amily!” Arissa hampir saja menjerit tatkala melihat teman Adam malam ini. 

Amily senyum lebar sebelum memeluk erat wanita di hadapannya. 

“I should know that you will bring Amily when you said you have surprised for us,” Arissa memandang Adam seusai meleraikan pelukannya pada adik ipar kesayangan itu.

“Do you like my surprise, Along?” Soal Adam dengan senyuman.

“A lot!” balas Arissa dengan riang.

“Mana Lia?” Soal Amily tentang anak perempuan Arissa. Kali terakhir dia bertemu Lia Nelydia, kanak-kanak itu baru saja berusia beberapa bulan. 

“Along tinggalkan dia dengan pembantu rumah. Along risau jika Along bawa dia, dia akan banyak kerenah.”

Amily senyum sambil angguk kepala.

“Mana Mommy dan Daddy?” Soal Adam tentang kedua-dua ibu bapanya. 

There they are,” Arissa memandang ke arah hujung dewan. Kedua-dua Encik Kamarul dan Puan Julia sedang berbual dengan tetamu.

“Jom?” Adam menghulurkan tangannya pada Amily. 

Amily telan air liur. Debarannya makin bertambah. 

“Everything will be fine, Amily,” pujuk Arissa.

Amily tarik nafas sambil angguk kepala. Dia akhirnya menuruti langkah Adam, menuju ke arah Encik Kamarul dan Puan Julia.

“Mommy… Daddy,” Adam bersuara tatkala berdiri di hadapan kedua-dua ibu bapanya.

Puan Julia ukirkan senyuman sebelum memeluk erat menantu kesayangannya. “Where have you been, dear?” Puan Julia bersuara. Lama dia memeluk Amily sebelum meleraikan pelukan itu.

Amily tarik nafas. “I’m so sorry, Mommy, Daddy.” Amily memandang kedua-dua manusia di hadapannya.

Encik Kamarul dan Puan Julia mengukirkan senyuman hambar. 

“Amily tidak pernah salah pada kami,”ucap Encik Kamarul tenang. Benar, menantu mereka ini tidak pernah lakukan apa-apa kesalahan. Yang bersalah hanyalah dirinya dan juga besannya. Hanya disebabkan keuntungan, dia mengadaikan kehidupan Adam. “Daddy yang patut minta maaf.”

Amily senyum kelat. Dia tidak mengharapkan kata maaf dari ayah mertuanya. Apa yang dia tahu apa yang berlaku dulu adalah disebabkan sikap ego dan hipokritnya.

“Kita lupakan semua itu dan mulakan hidup baru.” Giliran Puan Julia bersuara.

Adam dan Amily angguk.

“Kita akan bercakap lagi selepas majlis ini. And for now, I want both of you enjoy the night. Have some fun. Don’t think about the past,” ucap Encik Kamarul.

Puan Julia angguk bersetuju. Dia dan suaminya kemudian beredar untuk melayan tetamu yang baru saja tiba.

Amily menarik nafas lega. 

“I dah bagitahu you yang semuanya akan baik-baik saja.” Ujar Adam.

Amily senyum. “Thanks, sayang.”

“Your welcome.”

“Papa dan Mama tak datang?” Soal Amily tentang kedua-dua ibu bapanya. Dari tadi matanya mencari kelibat dua orang itu namun usahanya itu sia-sia sahaja. Dia sedikit pun tidak nampak kelibat Encik Zafrul dan Puan Sarah dalam dewan itu.

Adam senyum kelat. “I don’t know, sayang. It’s depends on your father’s condition.”

Amily telan air liur. Tina ada maklumkan tentang kesihatan Papa yang saban hari makin merundum. Tapi dia tidak hiraukan itu. Dia masih dan masih lagi berkecil dengan Papa atas apa yang terjadi dua tahun yang lalu.

“When we get home, can we visit him?”

Adam angguk dengan senyuman. Jikalau Amily tidak mengutarakan soalan itu, dia sememangnya mahu membawa Amily bertemu Encik Zafrul. Dia pasti Amily merindui Papanya sebagaimana ayah mentuanya itu merindui anak sulungnya.

“I’ve got to go,” Adam bersuara tatkala kelibat Daniel muncul. Dia faham maksud kemunculan Daniel ini. Sudah tiba masanya dia memberi ucapan.

Amily senyum. “Okay. I will be with Tina.” Dia memandang Tina yang sedang berjalan ke arahnya dengan senyuman. 

Adam angguk sebelum menuruti langkah Daniel ke belakang pentas. Dan Amily kemudian berbual dengan Tina di saat Adam sedang berucap di atas pentas. Beberapa seketika kemudian, mereka disapa satu suara lelaki.

“Amily…”

Kedua-dua Amily dan Tina menoleh. Tina menunjukkan riak risau manakala Amily kelihatan tenang memandang Zachary di hadapannya.

“Boleh I bercakap dengan Amily sendirian, Tina?” Zachary memandang Tina sebelum memandang Amily.

Tina telan air liur. Dia pandang Amily. Harapnya Amily tidak akan bersetuju.

“I will be fine, Tina,” ucap Amily tenang.

Tina mengeluh sebelum terpaksa menganggukkan kepala. 

Amily senyum sebelum menuruti langkah Zachary ke balkoni yang tidak jauh dari tempat mereka.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!



“It’s been a long time we didn’t see each other, right Zack?” Amily memulakan perbualan sambil matanya memandang pemandangan di hadapannya. Langit malam ini kelihatan cantik dengan bintang dan bulan menghiasinya.

Zachary senyum kelat. “I nak minta maaf atas apa yang berlaku dulu. I dah banyak buat salah pada you, Amily.”

Amily senyum. “I dah lama lupakan apa yang telah berlaku, Zack.”

Zachary mengeluh. Sepanjang dua tahun, banyak hal yang berlaku. Banyak perkara yang telah mengubahnya. “But still, I want to say sorry.”

Amily tarik nafas. “How’s your life? I dengar you dah berkahwin.”

Zachary telan air liur. Tentu Adam maklumkan itu pada Amily. Disebabkan sikap kasanovanya dulu, membuatkan dia ditimpa masalah. Dianne, salah seorang teman wanitanya tiba-tiba saja muncul di hadapan keluarganya dan memaklumkan tentang kehamilannya tanpa berbincang dengannya terlebih dahulu. Dan keputusannya dia dipaksa berkahwin dengan Dianne walaupun dia tidak sudi. Dia masih mahukan Amily ketika itu walaupun wanita itu menghilangkan diri. 

Dan benarlah kata Adam, dia tidak pernah mencintai Amily Katrina dengan ikhlas. Sebab itu dia sedikit pun tidak pernah berjaya menjadikan Amily miliknya. Amily sememangnya sudah tahu niatnya sejak dahulu lagi.

“Life been so far so good.”

“And how’s Dianne?”

Zachary mengeluh. Sedikit kecewa setiap kali teringatkan tentang isterinya. Dianne, walau bagaimana sekalipun tidak pernah berubah. Masih lagi dengan cemburunya. Pantang sahaja lihat dia bercakap dengan perempuan, mulalah mengadu pada ayahnya, memfitnahnya mempunya perempuan lain. “She’s fine. We have a son.”

“I hope he’s not a sweet talker like his father.”

Zachary ketawa kecil. Dan mereka berbual untuk seketika sebelum kembali melangkah masuk ke dewan semula. Adam masih lagi berada di pentas, memberi ucapan. 

Dan tiba-tiba saja kedengaran suara wanita berdehem. Amily menoleh, memandang wanita itu dengan tenang manakala Zachary menunjukkan riak tidak selesa. 

“Mana you pergi, sayang?” Soal Dianne pada Zachary sambil matanya memerhatikan Amily dari atas hingga bawah. Sepertinya dia pernah bertemu perempuan ini tapi dia lupa.

“I’m talking to y old friend,” terang Zachary.

“Old friend or ex girlfriend?” Mata Dianne masih pada Amily. Wanita di hadapannya cantik dan anggun dan dia tidak suka itu. Lebih-lebih lagi apabila Zachary berbual mesra dengan wanita itu.

“The truth is I’m his ex girlfriend,” balas Amily sinis. Entah mengapa dia rasa jengkel berhadapan dengan Dianne ini. 

Zachary telan air liur. Dia sedar wajah Dianne sudah merah menahan marah. Kalau bukan mereka berada di khalayak ramai, sudah tentu Dianne akan menengking Amily. Isterinya itu pantang melihatnya berbual dengan perempuan cantik.

“Ex girlfriend?” Dianne bersuara sinis. “Well, I’m his wife.” Ucapnya dengan lagak angkuh.

Amily senyum sinis. “It’s pleasure to meet you,” ucap Amily tidak ikhlas.

Dianne ketap gigi. Dia berura-ura untuk meninggikan suara pada wanita tidak tahu malu di hadapannya sebelum mereka diganggu satu suara lelaki.

“What’s going on here?” Soal Adam sambil matanya memandang Zachary dan Amily silih berganti. Dia pasti ada sesuatu yang telah berlaku melihatkan wajah tegang isteri Zachary.

“Nothing. We just talking.” balas Amily dengan senyuman tatkala Adam mengambil tempat di sebelahnya. 

“Tak payahlah you nak tunjuk sikap baik you pada dia,” ucap Dianne dengan jengkel.

“Dianne!” Zachary sedikit bengang. 

Amily senyum sinis. “Don’t you know who I am?”

Dianne kerut dahi. Dia memandang Adam dan wanita angkuh di hadapannya bergilir-gilir. Siapa sebenarnya wanita ini dan apa kaitannya dengan sepupu suamianya?

“I’m his wife, Amily.”

“You what?” Dianne pamer riak terkejut. Dia salah dengarkah? Bukankah Adam sudah bercerai?

“You heard me, Dianne. I’m the wife of this hotel owner.”ucapnya angkuh.

Dianne telan air liur. Dia pandang suaminya, meminta penjelasan. Sekali lagi air liur ditelan tatkala Zachary angguk kepala.

“By the way, you are wasting my time,” seusai ucap itu, Amily menarik Adam supaya beredar dari situ. Dia sedikit pun tidak penduli wajah kelat Dianne. Wanita itu tidak pernah berubah pada kali pertama mereka bertemu. Masih lagi menyampah dan menjengkelkan. 

“I suka diri you yang tadi,” bisik Adam dengan senyuman sambil kakinya menurruti langkah Amily.

Amily berhenti melangkah, memandang Adam dengan hairan. 

“That’s my Amily,” tambah Adam lagi.

Amily ketawa kecil. “I need to go to the ladies. I see you soon.” Amily melangkah ke arah tandas. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Jessica memerhatikan kelibat wanita yang sedang mencuci tangan di sinki di saat dia tiba di tandas wanita. Tidak pasti sama ada Amily sememangnya tidak menyedari kelibatnya atau wanita itu sengaja berlagak tidak menyedari kewujudannya.

“Well, looks who we have here,” Jessica bersuara sinis.

Amily tutup paip sinki di hadapannya. Dia mencapai gulungan tisu yang disediakan sebelum matanya memandang Jessica yang sedang mengukirkan senyuman sinis padanya. Dia membalas senyuman sinis dengan senyuman yang sama.

“Hai Jess, it’s been a long time.”

“Aku ingatkan kau lebih suka menjadi manusia miskin.”

Amily tarik nafas. “Well, you have to remember this, Jess.” Dia memandang Jessica. “What it’s supposed to be mine, will always be mine.”

Jessica tunjuk riak jengkel. “Apa yang kau ada sekarang ini hanyalah disebabkan Adam saja. It’s so lucky to have a rich husband.”

“It is. Tak ada guna kau mahu cemburu dengan aku, Jess. Kau tak ada hak untuk cemburu pada aku.”

Jessica mendengus. “Adam sepatutnya bersama perempuan yang sejuta kali ganda lebih baik dari kau.”

Amily senyum senget. “Adakah kau maksudkan kau? Perepuan yang sejuta kali ganda lebih baik dari aku?”

“I am much more better than you. Sekurangnya aku takkan curang pada dia.”

“Well, cubalah goda dia. Kau rasa dia akan suka kau lagi bila dia tahu kau adalah ‘pembunuh’ anak dia?”

Jessica telan air liur. “Kau tak ada bukti!” Jessica cuak.

Amily memandang Jessica dengan senyuman sinis. “Sebenarnya aku ada bukti, Jess. Aku ada rakaman video di mana lelaki yang kau upah itu menceritakan segala arahan kau. Aku ada rekod panggilan kau menghubungi lelaki itu sebelum hari kejadian itu.”

“Kau cuma mahu takutkan aku, bukan?” Jessica tidak mahu percaya. Dia pasti Amily sengaja mahu menakutkannya. 

“Have I ever told lies before?”

Jessica telan air liur. “Kalau betul kau ada bukti yang aku lakukan semua itu, kau tak perlu tunggu sehingga saat ini untuk balas dendam.”

“Have I told you before this, Jess..” Amily merenung tepat ke arah anak mata hitam milik Jessica. “.. karma will haunt you one day. Setiap perkara yang kau lakukan, kau akan dapat balasannya,” Seusai ucapkan itu, Amily melangkah keluar dari tandas.

Jessica melepaskan keluhan berat. Jujur, entah mengapa dia seram dengan ayat Amily. Entah mengapa, untuk pertama kalinya dia seram dengan Amily Katrina.


Reenapple: Amily dah tak nak balas dendam ya??? 




7 comments:

  1. Nk request cerita zachry blh .rsa suka pula pkayboy kwin perempuan tu cemburu 😀

    ReplyDelete
  2. Suke amily versi balas dendam. Tambah2 dkt jessica yg super duper jahat nih. Hahahaa*gelak jahat*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amily dah insaf, tak nak jadi jahat. Ahaaa

      Delete
  3. dianne tu kuat cemburu nampaknya ye.. kesian zack hehehe... tapi padanlah muka dia kasanova dapat pulak wife yang kuat cemburu...ehehehe... si jessica tu tak habis-habis nak huru-harakan hidup amily... patutnya amily bagitahu jer kat adam apa yang jess dah buat kat dia dua tahun lepas...

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.