Wednesday, November 18, 2015

Stick & Stones #66



[Prolog] [#1] [#2] [#3] [#4][#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12] [#13] [#14] [#15] [#16] [#17] [#18] [#19] [#20] [#21] [#22] [#23] [#24] [#25] [#26] [#27] [#28] [#29] [#30} [#31] [#32] [#33] [#34] [#35] [#36] [#37] [#38] [#39] [#40] [#41] [#42] [#43] [#44] [#45] [#46] [#47] [#48] [#49] [#50] [#51] [#52] [#53] [#54] [#55] [#56] [#57] [#58] [#59] {#60] [#61] [#62] [#63] [#64] {#65]


Amily memandang Adam dengan hairan. Dari tadi dia mengeluarkan soalan yang sama pada suaminya itu tetapi lelaki itu hanya membalas soalannya dengan senyuman. 

Hari ini, awal-awal pagi lagi Adam telah mengejutkannya dari tidur. Nyaris-nyaris saja dia ingat dia lupa tentang penerbangan mereka yang dijadualkan esok. Dia lupa mereka akan berangkat pulang esok.

Dan selesai bersarapan, katanya Adam, ada satu kejutan menantinya. Bila dia tanya apakah kejutan yang bakal diterimanya, Adam hanya mengukirkan senyuman saja. Dan sekarang mereka berada di dalam lif. Tertanya-tanya ke mana Adam Joshua mahu membawanya. 

Setibanya di tingkat 18, Amily menuruti langkah Adam yang keluar dari lif. Sekali lagi dia tuturkan soalan yang sama dan sekali lagi Adam hanya mengukirkan senyuman pada soalannya. Makin Adam mendiamkan diri, makin dia bertambah hairan. Apa sebenarnya kejutan yang bakal dia terima?

Adam berhenti di hadapan pintu bernombor 23. Langkah Amily juga turut terhenti di situ. Dia mengerutkan dahi, tertanya apa yang Adam buat di sini. Mereka sebenarnya mahu bertemu siapa. Tapi dia diamkan saja. Dia yakin, jika dia tuturkan soalan, hasilnya tetap sama. Dia lihat saja Adam menekan butang loceng.

Beberapa seketika kemudian, daun pintu terkuak. Amily telan air liur melihat gadis di hadapannya.

“Kakak!” jerit Lydia dengan girang. Dipeluk kakak kesayangannya dengan seerat mungkin. “I miss you so much,” ucap Lydia dengan sebak. Jujur, dia rindu wanita ini. Sangat sangat sangat rindu.

“I miss you too, dear.” Amily senyum sambil menepuk belakang Lydia.

Adam yang menyaksikan kejadian itu hanya mengukirkan senyuman. Dia biarkan saja dua beradik itu melepaskan kerinduan mereka. Beberapa seketika kemudian, Amily dan Lydia melepaskan pelukan mereka dan melangkah masuk ke dalam bilik hotel.

“Mama…” Adam bersuara tatkala menyedari kelibat ibu mertuanya. Puan Sarah sedang mengukirkan senyuman pada mereka.

“Mama..” belum sempat Amily menghabiskan ayatnya, tubuhnya dipeluk erat oleh Puan Sarah. Dia terkesima tapi dia tersenyum.

“Where have you been dear?” Puan Sarah bersuara. Hatinya lega melihat Amily Katrina di hadapannya saat ini. Dua tahun dia dan suaminya tidak pernah tenang sejak Amily menghilangkan diri. Dan dua tahun itu jugalah suasana kehidupan mereka suram dan ‘tidak bermaya’ tanpa Amily.

Amily senyum kelat sebelum meleraikan pelukan Mama. Dia memandan Adam yang sedang tersenyum padanya.

“He have been waiting for you.” Ucap Puan Sarah dengan senyuman. 

Amily telan air liur. Adakah Mama sedang bercakap tentang Papa? Adakah ‘he’ yang dimaksudkan Mama adalah Papa?

“Everything will be fine, sayang,” Adam memengang erat tangan isterinya.

Amily mengeluh sebelum memulakan langkah ke arah ruang tamu. Dia lihat kelibat seorang lelaki sedang berdiri di balkoni. Dia telan air liur. Dia kenal susuk tubuh lelaki itu. 

“Abang…” Puan Sarah mendekati suaminya.

Amily telan air liur. Dia berdebar sebenarnya. Dia tidak tahu apa yang harus diucapkannya apabila melihat wajah Papa nanti. Apa yang harus dia bualkan dengan Papa nanti. 

Encik Zafrul memusingkan badanya. Matanya ke arah Amily. Lama dia memerhatikan anak sulungnya itu sebelum memandang isterinya. Dia menganggukkan kepala pada isterinya sebelum mengalihkan pandangan pada Lydia dan Adam.

“Would all of you leave me and Amily alone?” 

Amily telan air liur. Begitu juga Adam dan Lydia. Kedua-dua mereka memandang Amily dan Encik Zafrul yang kelihatan tenang.

“Tapi Papa…” belum sempat Lydia menghabiskan ayatnya, Puan Sarah mencelah. 

“Lydia, let them.”

Lydia mengeluh. 

Amily diam. Pandangan Adam padanya langsung tidak dihiraukan. Dia sedikit berdebar tapi dia akan cuba menghadapi apa jua perbincangan yang bakal terjadi nanti dengan tenang. 

“I akan berada bersama Mama dan Lydia. Call me if you need anything.” Adam baru saja berura-ura mahu mengikut Lydia dan ibu mertuanya ke pintu sebelum ayah mertuanya memanggil namanya. 

“Terima kasih sebab menjumpai Amily.”

Adam senyum sambil angguk kepala. Dia kemudian beredar bersama Lydia dan Puan Sarah. 

Amily pamer riak kosong. Dia memerhatikan saja kelibat Adam yang sudah menghilang di balik pintu..

“Have a seat,” pelawa Encik Zafrul pada Amily. Dia mengambil tempat di salah sebuah sofa yang berada di situ. 

Amily melepaskan keluhan. Dia mengambil tempat berdekatan Encik Zafrul tapi dia tidak memandang wajah lelaki itu. Mereka mendiamkan diri seketika. Untuk pertama kali dia berasa janggal berhadapan Papa.

“Amily…”

“Ayah…”

Serentak kedua-dua Encik Zafrul dan Amily bersuara. Masing-masing mempamerkan wajah kelat. Baik Encik Zafrul mahupun Amily tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan. 

“How have you been?” Encik Zafrul memulakan perbualan. 

Amily senyum hambar. Dia angguk kepala. “I’ve been living very well.”

Encik Zafrul senyum kelat. Dia sebenarnya punya banyak soalan yang mahu ditanya pada anak sulungnya. Dia mahu tahu kenapa Amily lakukan itu, apa yang dilakukan oleh Amily Katrina dalam masa dua tahun dan berbagai-bagai lagi soalan. Tapi dia tidak tahu dari mana dia harus mulakan. 

Jujur, bukan niatnya untuk melontarkan ayat sedemikian dua tahun lepas. Dia berada dalam keadaan marah. Bukannya dia mahu Amily menghilangkan terus dari hidupnya. Untuk dua tahun ini, dia sedikit pun tidak pernah mampu hidup dengan tenang. Saban hari dia akan sentiasa memikirkan tentang Amily Katrina. Risau jika berlaku sesuatu yang buruk pada anak sulungnya ini. 

“Papa minta maaf untuk apa yang berlaku, Amily,” tutur Encik Zafrul lemah. Dia tahu dia yang bersalah. Kalau dia tidak memaksa Amily menuruti arahannya untuk berkahwin dengan Adam, semua ini tak akan terjadi. 

Amily pamer wajah kelat. Dia tidak tahu bagaimana dia mahu beri reaksi tentang apa yang didengarnya sebentar tadi. Dia tidak menjangkakan Papa akan menuturkan kata maaf. Bukan salah lelaki sepenuhnya. Dia. Dia yang bersalah. Dia pentingkan diri sendiri. Dia ego dan bertindak kejam pada nyawa yang tidak bersalah.

“It’s all my fault, Papa,” tutur Amily lemah. Dia memandang lantai. Masih lagi tidak berani memandang Encik Zafrul. 

Encik Zafrul senyum kelat.

If I’m not being too selfish, too evil, too heartless, this won’t happening.”

Sekali lagi Encik Zafrul senyum kelat. “I turn you into that, remember?”

Amily tarik nafas. “I never blame you for everything that happens between you and Mommy.”

Encik Zafrul mengeluh. Dia tahu itu. Anaknya ini menyalahkan bekas isterinya. Katrina Wilson yang menjadi sasaran amarah Amily bukan dirinya. Tapi penceraian tak akan berlaku jika dia berkeras pada bekas isterinya dulu.

Dan dia juga tahu hubungan Amily dan ibu kandungnya sudah pulih. Adam telah menceritakan semuanya. Tentang bekas isterinya yang sememangnya mengetahui keberadaan Amily di sini.

“Tapi ia tetap salah Papa. If I didn’t let her go, we could be a happy family.”

“Mommy said feeling always change.”

“Not all Amily. Sometimes feeling will remain still the same when we know what we want.”

Amily senyum kelat. Dia kembali mendiamkan diri. Jujur, dia janggal berhadapan dengan lelaki itu. Dua tahun tidak bertemu, semuanya kelihatan janggal baginya. 

“Kenapa Amily lakukan itu?” Encik Zafrul bersuara lagi.

“Maksud Papa?”

Encik Zafrul tarik nafas. Dia memandang anak sulungnya dengan pandangan sayu. “Leaving everything behind.”

Amily telan air liur. Dia sebenarnya tiada jawapan untuk itu. Dia tiada jawapan untuk apa yang berlaku dua tahun lepas. Dia juga tidak tahu kenapa dia mengambil keputusan drastic sebegitu. 

“I tak tahu. Apa yang I tahu, I nak mulakan hidup baru.”

“But leaving without saying good bye is not the best choices, Amily.”

Amily senyum kelat. “You said..” Amily tarik nafas. “I’m not your daughter anymore.”

Encik Zafrul mengeluh. Dia tahu itu. Dan itu lah ayat yang membuatkan dia menyesal sehingga sekarang ini. 

“You ask me to leave Adam. Papa cakap Adam tidak layak untuk bersama Amily,”tambah Amily lagi.

Sekali lagi Encik Zafrul mengeluh. “Sebelum ni, Amily tak pernah turut arahan Papa. Tapi kenapa perlu turut arahan Papa yang itu?”

Amily mengeluh. Benar, dia tidak pernah menuruti arahan Papa melainkan Papa menawarkan sesuatu balasan pada setiap arahan yang diberikan. Dia diajar sebegitu. Dan itu juga sebab mengapa dia bersetuju untuk berkahwin dengan Adam Joshua itu. Papa menawarkan Mzix Holdings padanya dan juga beberapa asset atas namanya.

“Maybe I’m sick living like that, Papa. Maybe I just want to leave everything behind and start a new life. Amily dah lama mahu lakukan itu, Papa.” Amily memandang Encik Zafrul. “… tapi Amily tak tahu bila Amily harus lakukan itu.”

“Dan biarkan Adam sengsara?”

Sekali lagi Amily telan air liur. Sebelum dia mengambil keputusan menghilangkan diri dua tahun yang lalu, dia telah berfikir sedalam yang mungkin. Mungkin Adam akan kecewa dengannya atau mungkin saja lelaki itu ketika itu akan gembira dengan pemergiannya. Dia pasti walau apa jua sekalipun, Adam akan mampu meneruskan hidup tanpanya.

“Adam deserves someone else better than me.”

“But he loves you, Amily. He never stop finding you.” Ucap Encik Zafrul dengan senyuman. Jika dulu dia yakin perkahwinan Adam dan Amily yang dibina atas dasar hipokrit tak akan pernah bertahan, tetapi sekarang ini, keadaan sudah berbeza. Dan dia sedar, banyak sebenarnya hal yang telah berubah. Cuma dia saja yang tidak ambil tahu itu. 

Ayat Encik Zafrul tidak dihiraukan. Amily memandang lelaki itu. “I am sorry for everything that I have done, Papa.”

Encik Zafrul senyum kelat sebelum melangkah ke arah Amily. Dia mengambil tempat di sebelah Amily sambil matanya memerhatikan wajah anak sulungnya. “Stop saying sorry, Amily. Papa tak pernah salahkan Amily. I already forget whatever had happened two years ago.” Ucapnya sambil memeluk erat Amily Katrina dengan penuh kasih sayang. 

Amily telan air liur lagi. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Sedikit terkesima. Sedikit terharu dengan apa yang berlaku di saat ini. Tapi dia ukirkan senyuman. Pelukan dileraikan. “I love you, Papa,”ucapnya dengan senyuman.

“I love you too, sweetheart,” ucap Encik Zafrul dengan senyuman. Kepala Amily digosok lembut persis melayan seorang anak kecil. 

Mereka berdua ketawa. 

“Mahu beritahu apa yang Amily lakukan sepanjang dua tahun ini?” Encik Zafrul bersuara lagi. Kali ini dengan nada mesra, tidak seperti tadi, hambar dan kedengaran kecewa.

Amily senyum sambil menganggukkan kepala. Mereka akhirnya berbual dengan mesra, tanpa sedikit pun mengunkit kisah silam yang menyedihkan. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Amily melangkah masuk ke Villa Green Rose dengan tenang. Dia memerhatikan keadaan sekeliling dengan senyuman. Dua tahun dia tinggalkan rumah ini dan sedikit pun tidak ada apa-apa perubahan. Semuanya masih kelihatan sama. Dia menoleh ke arah Adam. “It didn’t change after all.”

Adam senyum. Dia geleng. “There’s nothing to change. Including my love for you.”

Amily ketawa kecil. “You are such a sweet talker.”

Adam senyum lagi. “Only for you, sayang.”

Amily senyum. 

“I nak tunjukkan you sesuatu.” Adam menarik tangan Amily ke laman rumah. 

“Sunflower?” Amily tersenyum lebar sambil memandang beberapa batang pokok bunga matahari di hadapannya. 

You pernah cabar I tanam bunga kesukaan you, bukan?”

“Dan apa yang membuatkan you pasti bunga matahari adalah bunga kesukaan I?”

“Tina.” Balas Adam dengan senyuman.

Amily ketawa kecil. “It’s realy beautiful, sayang. I love it.” Satu tangannya mengusap kelopak bunga matahari di hadapannya. Manakala tangan satu lagi mengenggam erat tangan Adam.

Adam senyum. “Let’s start a new life, shall we?

Amily senyum sambil angguk kepala.


Reenapple: Next entry is the last entry of this e novel. :)




10 comments:

  1. Hmm. Best2. Tak sbarnyaa nk bca ending citer nih.

    ReplyDelete
  2. Thank you reen
    bezt sgt ceta ni
    Tahniah!!!!!
    Terbitkan la

    ReplyDelete
  3. sweet.... akhirnya amily berbaik dengan papa dia...
    tapi apa terjadi kat jess? amily tak buat sesuatu kat dia ke...?

    ReplyDelete
  4. The end... tak puas baca part adam n amily mcm sikit sgt.. overall ok best just konflik lama sgt n i hate it hahahha

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.