Saturday, July 23, 2016

Secebis Rasa Tentang Apa Yang Telah Berlalu




"Things change & friends leave. Focus on the people who stay. Focus on the one who chooses to grow with you."

Ya, aku sedar ada banyak manusia yang muncul dan pergi dalam hidup aku lately. Those yang aku kenal a few years ago, yang aku ingat kitaorang akan kekal berkawan sampai bila-bila, sebenarnya, persahabatan kitaorang singkat sahaja. 

I don't think it's anyone fault. Their fault or my fault. Dan jikalau ia ada kesalahan sekalipun, aku tak rasa itu adalah salah mereka 100%. Aku pun ada salah juga. Hurm.

Dear me, I'm so sorry for hurting both of us at that time. 

Aku tak sedar entah bila aku tak suka perkataan BFF. Aku lebih suka guna terms manusia-manusia kesayangan instead BFF. Dan those yang faham aku, tahulah bagaimana cara aku luahkan sayang. 

Aku bukan manusia yang senang nak lafazkan sayang. Sangat sangat susah bagi aku nak tuturkan ayat "Weh, aku sayang kau." So, aku akan show something by action yang tunjukkan yang aku sayang diorang instead keluarkan ayat ayat yang merepek. 

"She is hardly fall in love. But when she do, she will fall hard, And it makes her in pain. "


Sunday, July 17, 2016

Hipokrit



Aku sebenarnya tak suka menjadi hipokrit. Sangat sangat tak suka bila masa aku cuma mahu jadi diri aku yang sebenar.

Sebagai contoh, ini contoh. Contoh yang aku akan masukkan dalam manuskrip novel aku nanti. Ahaa

Aku suka seorang lelaki. Suka yang dalam erti kata lain ia adalah cinta. Tapi aku terpaksa berpura-pura tak suka dia hanya disebabkan keluarga aku minta jangan suka dia. Justeru itu, diantara kata hati dan kata akal, aku terpaksa turutkan nasihat keluarga. Iyalah, antara keluarga dengan seseorang yang 30% kenal, sah-sah aku akan dengar nasihat keluarga. Mereka yang selalu bersama aku saat jatuh dan bangun aku.

Dan sehinggalah apabila lelaki itu luahkan perasaannya pada aku. Okay, cinta aku bukan sebelah pihak. Untuk kali pertama. Tapi disebabkan 'arahan' dari keluarga aku, aku terpaksa lupakan ia. Aku terpaksa tolak perasaannya. Dan mungkin dia sedar akan hal sebenar, sebab mengapa aku tolak perasaannya.

Oh, okay. Panjang pula contoh merepek aku ini. Haha

Whatever it is, hipokrit akan buat aku berada dalam tekanan. It's like kau cuba berpura-pura untuk ambil peduli akan manusia yang kau tak sayang versus manusia yang kau sayang. Beban tak?

A friend of mine said "Trust nobody, Reen. Trust your instict."

But then, untuk hal yang terjadi beberapa tahun yang lepas membuatkan aku berhati-hati untuk percaya naluri sendiri mahupun manusia.

Lihat, aku punya masalah kepercayaan. Terhadap diri sendiri dan juga manusia.

Okay. Itu saja bebelan aku hari ini.

Thanks for reading.




Wednesday, July 13, 2016

Diam





Kadang-kadang, diam itu adalah jawapan pada hati yang terluka.




Sunday, July 10, 2016

Dark Side




Everybody's got a dark side
Do you love me?
Can you love mine?
Nobody's a picture perfect
But we're worth it
You know that we're worth it
Will you love me?
Even with my dark side?

Friday, July 8, 2016

Cerita



Di satu hari, ‘lelaki’ itu bertanyakan satu soalan yang telah lama dia rahsiakan dari sesiapa. Hatta daripada 'lelaki' itu sendiri. 

Soalnya ‘lelaki’ itu…

Aku mahu tahu siapa yang ciptakan tuduhan sebegitu pada diri aku? Siapa yang telah meracuni fikiran kamu?”

Dan dia memilih untuk mendiamkan diri. Itu adalah rahsianya. Itu adalah rahsianya dengan Tuhan dan juga dengan seseorang itu. 

Beberapa seketika, hatinya kemudian melontarkan soalan yang dia rasakan tiada gunanya dia simpan rahsia itu. 

“Apa gunanya kau mahu lindungi seseorang itu jikalau diakhirnya dia juga turut ‘tinggalkan’ kau sepertimana mereka lakukan pada kau?”


Dan sekarang, dia berada dalam keadaan keliru. Mahu atau tidak membuka kembali cerita beberapa tahun yang lalu? Cerita yang telah lama dia tutup.



Thursday, July 7, 2016

Soalan Cliche


Soalan klise bila bertemu sanak saudara

Mak Cik A: Bila kamu nak kahwin?

Aku: Tunggu anak mak cik yang handsome tu masuk meminang saya. 


Reenapple: Tiada kaitan dengan yang hidup dan mati.



Wednesday, July 6, 2016

Hari Raya



Makin meningkat usia, makin aku sedar Hari Raya tak semestinya perlu ada baju baru, atau apa-apa yang baru. As long as we're happy celebrating Hari Raya, that is much more better. 

Dan ya, aku hairan kenapa perlu memakai baju baru setiap kali hari raya tiba. Is it a tradition? Or just something sebagai hadiah untuk diri sendiri kerana berjaya berpuasa sebulan, berjaya laksanakan tugas yang Allah tetapkan?

Apa-apa pun, selamat hari raya aidilfitri. 

Love, 
Reen. 


Reenapple: Alamak, komen di entri sebelum ini terdelete tanpa sengaja. Hurmm. Maaf. :(




Friday, July 1, 2016

Kisah Silam



Dia punya banyak kisah silam yang pahit, tapi bukan kisah silamnya yang mana lelaki itu turut menjadi sebahagian darinya. 

Dia tak mahu kisah silam tentang lelaki itu punya sambungan lagi. Cukup saja setakat ini.