Thursday, November 23, 2017

Lovebug - #4




10 digit nombor yang tertulis di salah satu helaian buku kesayangannya, membuatkan Airis mengeluh untuk entah yang ke berapa kali. Dia mahu marah pun tak ada gunanya. 

Bak kata Papa satu ketika dulu, nasi sudah menjadi bubur. Itu adalah ayat yang Papa hulurkan padanya apabila ikan emas kesayangannya meninggal dunia. Hampir sebulan juga dia bersedih atas kematian ‘Shawn’ si ikan emas itu. 

“Hai!” Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki. 

Seperti selalu Airis akan terkejut kecil dengan sapaan Adrian. Kenapa dia tak pernah mahu sedar akan ‘kemunculan’ lelaki ini yang selalu secara tiba-tiba? Kenapa dia bukan seperti abangnya, yang kononnya punya deria keenam, mengetahui ‘kehadiran’ manusia. 

“I ingat you dah balik.” Adrian labuhkan punggung di sebelah Airis. “Nak I hantarkan you? Kereta I ada kat sana.” Dia tunjukkan kereta hitam pemberian Papa pada hari lahirnya tahun lepas.

Airis geleng kepala.

“I bukannya jahat.” Adrian bersuara lagi, seolah-olah mengetahui sebab mengapa Airis menolak pelawaannya. “I betul-betul nak hantar you balik. You seorang kat sini bahaya.”

Airis mencebik dalam hati. Dia bukannya sendirian di perhentian bas ini. Masih terdapat 3 orang pelajar yang tidak dikenalinya, berada di perhentian bas ni. Adrian Harris yang dia kenal ini tersangatlah seorang merepek. Jauh berbeza dari apa yang dia selalu dengar. Heh!

“So, macam mana?” Adrian masih belum berputus asa.

Airis geleng lagi. “I tunggu orang datang ambil I.”

“You tunggu siapa?” Dalam fikiran Adrian, Airis sebenarnya berbohong. Gadis bermata empat ini berkemungkinan sangat segan dengannya selain punya rasa tidak percaya padanya. 

Maka sebab itu dia ‘puji’ Airis yang sangat jauh berbeza dengan mana-mana gadis yang dia kenal. 

Belum sempat Airis membuka mulut menjawab soalan Adrian, sebuah kereta berhenti di hadapan perhentian bas. Cermin tingkap di bahagian penumpang sebelah pemandu diturunkan. Wajah lelaki berkaca mata hitam kelihatan di bahagian pemandu. 

Serentak itu, Airis senyum lebar sebelum bangun. Dia melangkah ke arah kereta yang baru tiba itu tanpa mempedulikan Adrian yang kelihatan keliru. 

Baru saja Airis mahu masuk ke dalam kereta, lelaki berkaca mata hitam bersuara. 

“Siapa tu?”

Namun, Airis hanya menjawab soalan lelaki itu dengan bahasa tubuh yang membawa maksud tidak tahu. Dia sempat menoleh ke arah Adrian yang masih seperti tadi, sebelum kereta milik Adam meninggalkan Adrian sendirian. 

Dalam masa yang sama, Adrian tiba-tiba saja mengalami satu perasaan yang belum pernah dia alami. 

Adakah ini perasaan kecewa? 

Atau perasaan cemburu?

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Tiba saja di rumah, Adrian terus melangkah ke arah dapur. Harapannya Mama akan berada di dapur. Dan seperti yang diharapkan, Puan Zara Amani memang berada di dapur. 

“Mama!” sapa Adrian riang, sebelum mengambil tempat di kaunter pulau. 

“Hai!” balas Puan Zara sambil mengelap tangannya. Dia kemudian melangkah ke peti ais, sebelum mengeluarkan sepotong kek dan juga sebotol susu segar. Sebuah mug dicapai sebelum dibawa kepada Adrian. 

“Thank you, Mama.” Adrian tuangkan susu ke dalam mug. “Mana Papa?”

Pergi ambil Nina kat sekolah.”

Adrian kerut dahi. “Nina sekolah juga ke hari Sabtu?” 

“Hari ini dia ada latihan sukan.”

Adrian angguk kepala tanda faham. Ingatkan hanya dia saja yang perlu hadiri kelas pada hari Sabtu bagi menggantikan kelas dimana pensyarahnya bercuti beberapa hari bulan lepas. Atau jikalau ada latihan sukan. Atau rakan-rakan sekelasnya mahu membuat discussion di perpustakaan di hujung minggu. 

“Kenapa monyok ni? Tak seronok kena pergi kelas hari Sabtu?” Puan Zara mengeluarkan soalan. Hairan pula melihat riak wajah anak lelakinya ini. 

Adrian tersenyum sumbing. Dia tahu dia tak akan pernah dapat rahsiakan apa-apa dari wanita kesayangannya ini. “Taklah.”

“Habis tu?”

Adrian melepaskan keluhan berat sebelum bersuara. “I think I had fall in love at first sight, Mama.”

Puan Zara memandang anak lelaki bujangnya tanpa beriak. Dia salah dengar kah?

“She’s someone that I meet in college,” sambung Puan Zara lagi. 

Mama selalu ingat Ed suka Tisha.” Puan Zara pandang Adrian. Sungguh, selama ini dia sangkakan Adrian punya perasaan pada Tisha melihatkan betapa akrabnya kedua-dua remaja itu sejak kecil.

“What? No way, Mama.” Adrian ketawa kecil. “Tisha tu best friend Ed.”

“Tak salah pun kalau best friend fall in love with each other.”

Sekali lagi Adrian ketawa kecil. “Tisha dah ada boyfriend la, Mama.” Dia jawab jujur walaupun dia masih belum tahu siapa ‘lelaki malang’ yang telah mencuri hati Tisha Lydia itu.

“Ed tak kecewa?” Puan Zara cuba serkap jarang. 

“Tak.” Adrian jawab soalan Mamanya dengan ketawa kecil. “Actually, I’m happy for her. At least, ada la juga lelaki berani usha Tisha yang garang tu.”

Puan Zara turut ketawa mendengar ayat Adrian. Beberapa seketika, setelah ketawa masing-masing reda, Puan Zara mengeluarkan soalan lagi. 

So, who’s the lucky girl?”

Adrian tiba-tiba tersenyum lebar. Itu adalah perilaku yang sama dia lakukan setiap kali teringatkan Airis. 

“Nama dia Airis.”

“Airis?” 

“Nama penuh dia Airis Medina. Nama dia cantik macam tuan dia.” Minda Adrian mula memainkan paras rupa gadis bernama Airis itu. Yang paling dia tidak boleh lupa adalah mata hitam milik gadis itu. Ditambah lagi dengan riak keliru yang selalu ditunjukkan oleh gadis itu. Sangat comel! Sangat memikat hatinya untuk mahu memandang gadis itu lebih lama. 

Itu belum lagi dengan degupan jantungnya yang tiba-tiba saja menjadi laju setiap kali terlihat kelibat Airis di kolej. Kadang-kala dia juga akan menjadi gemuruh berhadapan gadis itu. 

Puan Zara ukirkan senyuman apabila mendengar nama yang disebut Adrian. Rasanya dia tahu siapa gadis yang Adrian sebutkan tadi.


Nota Reen: Airis  ni agak agak siapa?

Sunday, November 5, 2017

Ujian




Setiap dari kita mungkin pernah mengalami perihal yang sangat melukakan sehingga membuatkan air mata jatuh. 

Menangis. 
Menangis
Dan terus menangis sehingga diri keletihan. 
Dan juga sehingga tidak terkira berapa juta titisan air mata yang jatuh. 

Setiap dari kita, tak akan pernah lari diuji. 
Mungkin yang membezakan kita semua adalah jenis ujian yang diterima. 
Dan juga bagaimana kita pandang dan bangkit kembali dari kejatuhan. 

Tuhan uji kita dengan ujian yang berbeza. 

Terima kasih kawan ingatkan aku tentang itu. 


Saturday, November 4, 2017

Manusia Semalam



Belek folder lama, terjumpa puisi-puisi yang ditulis tahun 2013. Puisi tentang seseorang. 

(I'm not sure whether itu layak dipanggil puisi atau gurindam atau apa-apa je lah) 

Puisi tentang kesedihan yang tercipta hasil dari perilaku seseorang itu. 

Feeling bila baca balik puisi tu?

No idea whether nak cakap rasa diri bodoh atau rasa bertuah sebab dapat lepasi depression yang makan masa almost setahun tu. Haha. 

But dari situ, aku jadi siapa aku sekarang ni. 

Salahkan dia? Mungkin mahu lakukan itu. Salahkan dia dan terusan membenci dia sampai mati. 

Mungkin untuk sekali, harap Tuhan izinkan aku jumpa dia balik dan tanya dia kenapa dia buat macam tu? Why 'he' kills all my hopes and dreams at that time?

But then aku sedar, dia tak pernah 'wujud' lagi. Dia kekal mati sepertimana dia pernah katakan satu ketika dulu. 

Jadi, manusia semalam
Apa lagi yang kau mahu dari dia?

Tak...
Apa lagi yang kamu berdua mahu dari satu sama lain?


p/s; Gosh, aku lupa pasal Lovebug. Nanti update bila ada idea. 

Tuesday, October 10, 2017

Lovebug - #3



Jam tangan dikerling. Lambat pula gerangan yang ditunggunya tiba. Entah berapa kali matanya memandang pintu utama perpustakaan di hadapannya. Dari tadi dia mahu ‘menyapa’ kelibat lelaki yang dilihatnya tadi. Tapi, melihatkan betapa ‘sibuknya’ lelaki itu ‘melayan’ rakan-rakan perempuannya, membuatkan Airis mengambil keputusan untuk menanti Adrian di luar perpustakaan. 

Adrian Harris. 

Dalam kolejnya tak ada seorang pun yang tidak mengenali remaja lelaki itu. Rupa paras lelaki itu yang kacak serta berasal dari keluarga terkenal membuatkan lelaki itu dikenali ramai. Ditambah lagi dengan sikap peramah lelaki itu, mana-mana gadis akan jatuh cinta dengan Adrian Harris. 

Oh, itu adalah apa yang diberitahu oleh rakan sekelasnya tentang senior mereka itu. Mereka gelarkan Adrian sebagai Prince Charming. Tapi Airis rasakan Adrian tidak layak memperoleh gelaran itu. 

“Hai!”

Entah bila Adrian muncul, membuatkan Airis terkejut kecil. Buku di tangan gadis itu terjatuh ke lantai. 

Adrian mengambil buku yang terjatuh di lantai. “You mesti sedang tunggu I, bukan?” Buku di tangannya dihulurkan pada Airis di hadapannya. 

“Tak.” Airis bohong. 

“Habis tu, you tunggu siapa?”

“Kawan I.” Sekali lagi Airis berbohong. 

“Oh, really?” Mata Adrian memandang Airis dari atas hingga bawah. Seperti biasa, kasut sneakers merah tersarung di kaki gadis comel di hadapannya. “Kalau you tunggu kawan you, buat apa you asyik tengok I dalam library tadi?”

Airis telan air liur. Macam mana lelaki ni tahu?

“I… I … nak buku I balik.”

Boleh. Tapi dengan satu syarat.”

Airis kerut dahi. “Syarat apa?”

“Keluar dengan I.” Adrian senyum lebar. 

Sekali lagi Airis telan air liur. Lelaki ni dah gila ke apa?

“I tak nak keluar dengan you.”

“Kalau macam tu, you tak dapat buku you balik.”

“Tapi…” Airis mati kata untuk ‘memujuk’ lelaki di hadapannya. By hook or by crook dia harus dapatkan buku kesayangannya. 

“At least you patut balas budi I sebab tolong simpankan buku you ni.”

“Tak ada siapa pun yang suruh you simpankan buku tu untuk I.”

“Maksudnya you nak I buang buku ni la?”

“Tak!” Nada Airis tinggi tanpa dia sedar. 

Manakala Adrian tahan ketawa. Comel betul melihat riak gelisah gadis di hadapannya. 

You ada dua pilihan. Sama ada you keluar dengan I untuk dapatkan buku you ni. Atau I buang buku you ni dalam tong sampah, you boleh ambil kat situ.”

“I guess you are not that charming like everyone said about you.” Tanpa sedar, Airis tuturkan ayat itu.

Adrian kerut kening. Sedikit terkesima tapi masih membuatkan dia mahu ‘memuji’ gadis comel ini. 

I tak faham apa yang peminat-peminat you nampak dalam diri you ni. Just only because muka you not bad and berasal dari keluarga kaya doesn’t mean you deserve that title,” sambung Airis.

Serentak itu, Adrian ketawa kecil. Dan itu mendatangkan rasa hairan pada Airis. Bukankah dia baru saja ‘mengutuk’ lelaki ini?

“You tahu tak you ni comel?” Adrian bersuara setelah ketawanya reda. 

Airis kerut dahi lagi. 

“Sebagai balasan untuk pujian you, I bagi balik buku you ni.” Sebuah buku biru dikeluarkan dari beg galas Adrian. “Your book.” Buku biru itu dihulurkan pada Airis. 

Airis ambil buku di tangan Adrian. 

I ada tulis nombor telefon I dalam buku you tu. In case, you rindu I.” Adrian kenyit mata sambil senyum lebar. Seusai ucapkan itu Adrian berlalu pergi. 

Dan Airis memandang Adrian dengan riak jengkel. Buku di tangannya dibelek sehinggalah dia terpandang satu tulisan yang bukan miliknya berada di salah satu helaian. Airis menutup kasar buku itu. Mulai hari ini, dia isytiharkan senior lelaki bernama Adrian Harris itu adalah sesuatu yang harus dia elakkan. Harap sangat ini adalah kali terakhir dia bertemu lelaki itu. 


Reenapple: Macam dah lama tak buka blog. 

Sunday, September 17, 2017

Lovebug - #2



Airis baru saja melabuhkan punggungnya di kerusi sebelum seorang lelaki yang sangat asing baginya, mengambil tempat berhadapannya. 

“Hai!” sapa Adrian tanpa segan silu. Senyuman manis diukir seperti selalu. 

Kalau gadis lain, berkemungkinan akan tersenyum atau tersipu malu disapa lelaki kacak seperti Adrian, tapi tidak bagi seorang Airis Medina. Gadis itu memandang kosong Adrian tanpa suara. 

“Ingat I lagi tak?” Adrian bersuara lagi. 

Airis geleng kepala menjawab soalan Adrian. Seperti tadi, Airis masih tidak bersuara. Dia sebenarnya sangat janggal dengan lelaki asing ini. 

Come on!” Adrian pura-pura tidak puas hati. “You dengan I pernah jumpa dulu.”

Airis tidak memberi reaksi pada ayat Adrian. Dia masih dalam keadaan terpinga-pinga. 

“Adrian, lelaki yang terlanggar you kat kafe dulu, ingat tak?”

Airis geleng kepala. Dia bukan berbohong tapi dia memang tak ingat. Dan dia juga tidak faham apa sebenarnya remaja lelaki di hadapannya sedang merepek. 

Adrian mengeluh kecil. Sedikit kecewa. Tapi itu belum cukup untuk dia berputus asa. Dia kemudian mengeluarkan satu buku nota kecil berwarna biru dari begnya. 

“I rasa ini akan buat you ingat I.” Buku tersebut diletakkan di hadapan Airis. 

Airis telan air liur melihat buku di hadapannya. Belum sempat dia mencapai buku itu, Adrian terlebih dahulu melarikan buku darinya. Dia pandang Adrian dengan rasa tidak puas hati. 

“Tengok reaksi you tu, I’m sure you had remembered me. Right?” Adrian senyum melihat wajah tidak puas hati Airis. Sangat comel!

“Bagi balik buku I.” Nada tidak puas hati digunakan oleh Airis. Matanya merenung tajam Adrian. Rupa-rupanya selama ini, buku kesayangannya berada di tangan lelaki itu. Dia ingatkan dia tersalah letak di mana-mana. 

“Cakap you ingat I dulu, baru I bagi buku you.”

“You nak apa sebenarnya?” Cermin mata dibetulkan sambil mata Airis kekal memandang Adrian dengan rasa tidak puas hati. 

An acknowledgement that you know and remember me.”

Airis mengeluh kecil. Memang la tadi dia tidak ingat dan kenal lelaki ini. Tapi, setelah melihat buku biru kesayangannya, serta-merta dia dibawa mengimbau memori yang berlaku beberapa hari yang lalu. 

Memori dimana seorang lelaki tiba-tiba saja melanggarnya. Sudahlah melanggarnya, lepas tu ajak nak buat sesi suai kenal pula. Ucap kata maaf tu dah cukup la, tak perlu nak bermulut manis bagai.

“So?” Kedengaran lagi suara Adrian. 

“I dah ingat you. Tapi I tak berminat nak kenal you.”

Wow! 

Tiba-tiba saja Adrian berasa teruja dengan ‘penolakan’ dari gadis bernama Airis ini. Dia sepatutnya berasa tercabar tapi entah mengapa melihat sisi Airis yang ini, membuatkan keinginannya untuk mengenali gadis ini semakin bertambah. Ia lebih dari saat hatinya terpaut suka pada kali pertama mereka bertentang mata. 

“You…” belum sempat Adrian menghabiskan ayatnya, tiba-tiba saja kedengaran suara perempuan. 

“Hai Ed!” 

Adrian mengeluh tidak puas hati mendengar suara Julia, si gadis paling perasan dan gedik dalam kolej ni. Dia lagi tidak puas hati apabila Julia mengambil tempat di sebelahnya. 

“Oh, am I interrupting you, Ed?” Julia pandang jengkel gadis bermata empat di hadapan Adrian. 

“Hai, Ju!” Adrian senyum palsu. “You nak apa?”

Julia senyum menggoda. “I dah lama tak nampak you. Dah la sem ni kita tak sama kelas. Do you know how I miss you, Ed?”

Airis menahan rasa jengkel melihat situasi di hadapannya. Dia kemudian bangun, meninggalkan pasangan ‘bahagia’ itu. 

Adrian mengeluh untuk kali ketiga. Sebab Julia, Airis pergi. 

“You had ruined everything, Ju!”

“Apa yang I dah buat?” Julia langsung tiada rasa bersalah. Dia lagi gembira melihat junior mereka yang bernama Airis tu beredar. “Oh, tolonglah jangan bagitahu I yang you nak usha our ugly junior tu, Ed?”

Adrian geleng kepala mendengar ayat Julia yang selalu merendahkan orang lain. 

“You need someone else better than our ugly junior. Macam I,” Julis senyum menggoda. 

Adrian geleng kepala lagi. 

“So, you nak pergi lunch dengan I tak?”

Belum sempat Adrian menjawab, kedengaran pula suara Tisha. Kali ini Adrian tersenyum lebar. Lagi-lagi melihat wajah Julia yang berubah. 

Oh, I tak tahu pun Julia ada kat sini. Hi, Ju!”

“Hai… Tisha…” tergagap-gagap Julia membalas sapaan Tisha. Dia sebenarnya gerun dengan Tisha Lydia ini.

Tisha senyum. “I ganggu ke?”

Adrian geleng. Begitu juga Julia. 

“I pergi dulu.” Terus Julia angkat punggung, berlalu pergi. 

Setelah kelibat Julia hilang, Tisha mengambil tempat berhadapan Adrian, kerusi yang sama Airis duduk tadi. 

“Kadang-kadang you buat I teringatkan Mama I.” usik Adrian. 

“Maksudnya, I cantik macam Mama you?”

“No. Tahap garang dia sama macam you.”

Tisha mencebik. “At least garang I dah tolong you tadi.”

“Well, thank you, Tisha. I appreciate it.”

“Your welcome, Ed.”

Kedua-dua mereka kemudian bergelak ketawa.

“You know what, Ed. Kalau you nak cari girlfriend, please find someone that is much better than Julia.” Tisha geleng kepala melihat gelagat Julia tadi. 

Tidak dinafikan, sahabat baiknya ini punya wajah yang mana-mana gadis akan jatuh hati pada kali pertama bertentang mata. Ditambah lagi dengan karakter peramah Adrian ini, mana-mana gadis akan terpikat. Kecuali dia yang sudah faham akan perangai sebenar Adrian. Dalam erti kata lain, Adrian bukan lelaki idamannya. 

Adrian gelak kecil. “Don’t worry about that. I dah jumpa someone that is better than Julia.”

“Who?” Terbuntang mata Tisha mendengar ayat Adrian. Sebelum ini, mana pernah Adrian bercerita tentang gadis yang telah menambat hatinya. Adrian mungkin peramah terhadap gadis-gadis yang sukakanya, tapi sahabatnya itu tidak pernah mahu jatuh hati. Adrian tidak berminat dengan perasaan gadis-gadis itu terhadapnya. 

“The owner of this book.” Tangannya diletakkan di atas buku di hadapannya. 

Tisha mahu mencapai buku tapi Adrian telah memasukkan ke dalam begnya. 

“I’m going to tell Mama Zara about this.” Tisha ugut Adrian. 

Adrian mencebik. Dia tidak kisah pun. Lagipun dia juga tidak sabar untuk bercerita tentang Airis pada Mama. 

Dan dari jauh, tanpa Adrian dan Tisha sedar, sepasang mata hitam milik Airis sedang memerhatikan mereka. Airis harus berfikir cara untuk dia mendapatkan kembali bukunya.

Reenapple: Agak-agak Airis ni siapa? 

Saturday, September 16, 2017

Lovebug - #1



Gadis bermata coklat dihadapannya dipandang dengan senyuman. Tapi, seperti tadi, gadis itu masih mendiamkan diri. Masih lagi tidak mahu menyambut huluran tangannya. Dan masih lagi memandangnya dengan terkebil-kebil. Tidak dia pasti jikalau gadis itu marahkannya kerana melanggarnya ataupun gadis itu kaku berhadapan lelaki kacak sepertinya. 

“Kalau you tengok I macam tu, sampai bila-bila pun you takkan bangun. Dan I mungkin akan kekal buat macam ni.” Adrian kenyit mata pada gadis itu. 

Gadis itu tersedar. Dia kemudian menyambut huluran tangan Adrian sebelum berdiri, dibantu oleh Adrian. “Thanks,” ucapnya dengan rasa malu.

“Nama you apa?” Adrian mengeluarkan soalan. Dia lupa langsung akan kelibat Tisha yang entah hilang ke mana.

Gadis itu masih mendiamkan diri. Mungkin teragak-agak untuk menjawab soalan lelaki asing di hadapannya. 

“Nama I Adrian, tapi orang panggil I, Ed,” sambung Adrian lagi dengan senyuman di bibir. 

“Airis,” balas gadis itu ringkas. 

“Beautiful name.” Adrian senyum lagi.

Airis kembali mendiamkan diri.

"Wanna have a drink? Anggap itu adalah tanda I minta maaf sebab terlanggar you."

Airis geleng kepala. Dia segan. Lagipun dia tidak sepatutnya menerima ajakan dari orang yang tak dikenali. Lebih-lebih lagi lelaki.

Adrian sedikit kecewa dengan penolakan dari gadis comel ini. Mana pernah gadis menolak pelawaannya. Sesungguhnya, dilahirkan sebagai seorang yang kacak memberinya kelebihan yang itu. Dia berterima kasih pada Papa dan Mama kerana memberikan DNA kacak ini.

"I have to go." 

Belum sempat Adrian bersuara, Airis bersuara lagi. Tanpa ucapan selamat tinggal, Airis berlalu pergi, meninggalkan Adrian.

Mata Adrian kekal pada Airis yang kelihatan tergesa-gesa berjalan membelakanginya. Beberapa seketika, kelibat gadis bernama Airis itu hilang dari pandangnya.

Sekali lagi Adrian tarik nafas. Tangannya memegang dadanya. Entah mengapa dari saat dia terpandangkan Airis, jantungnya berdegup laju. Hurmm.

"Mama, I think I had fall in love at first sight," bisiknya dengan senyuman. Buku nota kecil yang berada di kakinya dicapai. Andaiannya, buku itu adalah kepunyaan Airis.

Dia kemudian beredar, menghala ke arah kali terakhir Tisha Lydia berada.

Sunday, September 10, 2017

Lovebug - Prolog


Adrian Harris. 

Punya rupa kacak. 

Dan rupa kacak itulah yang menjadi pujaan gadis-gadis di kolej. Majoriti pelajar perempuan di kolej akan jatuh cinta pandang pertama. Termasuklah aku. Eh tak, aku bukan suka dia, aku cuma suka pandang wajah dia yang tak pernah lekang dengan senyuman. Berbeza tahu suka dan cinta tu.

Tapi ni bukan kisah aku dan Adrian Harris. Ini kisah Adrian Harris dengan crushnya.

Nampak tak seorang pelajar perempuan yang duduk seorang diri, tak jauh dari Adrian duduk?

She is his crush!

Aku lupa nama dia. Tapi orang panggil dia Nina. 

Dan Nina ni ada seorang kembar lelaki yang bagi aku adalah lebih kacak dari Adrian Harris. Anggap saja kembar Nina adalah crush aku. Hiks!

Tapi, sekali lagi, ni bukan kisah aku dan crush aku. Ini kisah Adrian Harris dan Nina.

Nina dengan Adrian tersangatlah jauh beza perangai diorang. Adrian seorang Yang happy good lucky. Manakala Nina, seorang pendiam, tak banyak cakap. Aku selalu nampak Nina ni seorang diri kalau Abang kembar dia tak ada.

Tapi bila dah perhatikan lama Nina ni, aku sedar dia sebenarnya peramah dan mesra juga. Cuma dengan certain people je la. Lagi-lagi dengan abang kembar dia.

Nak tahu macam mana kisah Adrian Harris dan crush dia? 

Sila baca hingga habis, okay?

Bye.

Reenapple: Siapa ingat Adrian Harris?



Sunday, September 3, 2017

Matahari



Pernah satu ketika dulu, dia sentiasa nantikan kemunculan sang pelangi selepas hujan.
Katanya mereka, pelangi adalah yang paling indah selepas waktu hujan. 

Tapi, selepas beberapa waktu dia alami kekecewaan yang membuatkan dia rasakan tidak mahu hidup lagi, dia rasakan pelangi itu, bukanlah indah seperti yang pernah dikatakan satu ketika dulu. 

Di saat ini, dia akan mahu memilih untuk menanti sang matahari berbanding sang pelangi selepas hujan. 
Kemunculan matahari buatkan dia mahukan terus hidup. 



Tuesday, August 8, 2017

Cerpen: Ogos



Waktu itu hujan lebat di saat hati aku kecewa untuk pertama kalinya. Waktu itu juga adalah kali pertama aku merayu padanya supaya kekal di sisi aku. Waktu itu… adalah kali pertama aku merayu sebegitu pada seorang lelaki yang aku benar-benar sayang selain arwah ayah. Namun, seperti selalu dia kekal dengan keputusannya untuk keluar dari hidup aku dan meminta aku lupakan dia untuk selamanya. 

Oh, tak lupa juga, situasi itu berlaku di bulan Ogos. Ogos, 2013 yang telah mencipta memori paling pahit dalam hidup aku. Dan sehingga ke hari ini aku tak pernah lupa saat itu, hujan lebat di bulan Ogos. Waktu yang sama akan membuatkan aku teringatkannya. 

Walaupun aku masih belum melupakan peristiwa yang melukakan hati itu, aku masih mahu melawat tempat itu, tempat terakhir aku bertemu dengannya. Seperti hari ini.

Keadaan sekeliling lapangan terbang di hadapan aku diperhatikan dengan perasaan kosong. Benar, tempat ini telah banyak berubah dari kali terakhir aku bertemu dia di sini. Cuma, yang kekal tidak berubah adalah memori aku terhadap dia. 

Entah berapa lama aku habiskan masa di lapangan terbang kali ini sebelum aku ambil keputusan untuk beredar. Dan waktu itulah mata aku terpandang wajah seiras dia. Tanpa aku sedar, aku ‘dibawa’ untuk mencari susuk tubuh yang punya wajah seiras dia. Sungguh, waktu itu jantung aku berdegup laju. Aku berdebar. Dalam masa yang sama hati aku tertanya-tanya sama ada apa yang dilihat aku itu adalah satu kenyataan atau ia hanyalah ilusi semata-mata sahaja. 

Sehinggalah…

“Kyra…”

Aku menoleh. Jantung aku hampir saja mahu berhenti tatkala melihat gerangan yang memanggil nama aku.

Dia!

Aku lihat dia sedang berdiri, memandangku dengan senyuman, sesuatu yang selalu dia akan selalu lakukan setiap kali melihat aku, kecuali malam itu. Malam terakhir aku melihat dia. 

“Kyra, bukan?”

Aku lihat dia melangkah ke arah aku. Dan aku tiada reaksi pada soalan dan gerak gerinya. Aku kekal kaku di situ, sambil mata padanya. Ingatan tentang dirinya yang aku masih simpan tersangat berbeza dengan apa yang aku lihat ketika ini. Akal aku mahu mengatakan itu bukan dia namun, sepasang mata coklat yang jernih yang pernah memukau hati aku satu ketika dulu mengesahkan siapa lelaki ini. 

Kurang dari tiga saat, jaraknya dan aku hanya beberapa inci saja. Seperti tadi, bibirnya kekal menguntum senyuman. 

“Kyra…”

Tanpa aku sedar, tangan aku menghulurkan satu tamparan pada pipinya. Mata aku padanya untuk beberapa seketika sebelum aku memilih untuk meninggalkan tempat itu. Aku tinggalkan dia tanpa memberi penjelasan pada perlakuan aku terhadapnya tadi. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tiga hari kemudian, aku didatangi seorang tetamu yang tidak asing paras rupanya.

“Aku ingat kamu tak lagi tinggal di sini. Tapi, kamu masih di sini.”

Aku diam, tidak memberi reaksi. Bahkan aku tiada keinginan untuk menjemputnya masuk. Kedatangannya tidak aku alu-alukan lagi. 

Tidak mahu benarkan aku masuk?”Soalnya dengan senyuman. 

Aku geleng kepala, masih tidak mahu bersuara. Aku lihat senyuman ikhlasnya bertukar menjadi senyuman kelat. Tapi aku tidak pedulikan itu. Apa yang aku mahu sekarang ini adalah dia cepat-cepat beredar dari sini. 

“Kamu tentu sangat bencikan aku, bukan?” Soalnya lagi. 

Aku masih seperti tadi, kekal tidak bersuara. Jawapan pada soalannya itu mungkin aku mahu iyakan saja. Dan mungkin juga aku mahu nafikan. Ah, kenapa aku tiba-tiba berada dalam keliru sebegini?

Aku lihat dia mengeluh kecil. “Kyra, tolong…” Matanya pada aku. Tapi aku tak lagi akan mengalah pada pandangannya yang itu. 

Aku geleng kepala lagi sebelum menghempas pintu tepat di hadapannya. Sedikit pun aku tidak peduli jikalau dia berkecil hati atau kecewa dengan layanan aku itu. Dia layak menerima layanan kejam sebegitu. 

Aku andaikan dia akan terus beredar setelah aku menghempas pintu tadi, namun dia masih berada di hadapan pagar rumah aku. Aku lihat dia memandang ke arah aku, seolah-olah mengetahui aku sedang mengintainya di balik jendela. Riak wajahnya kelihatan sayu, seolah-olah ada sesuatu menganggunya. Seolah-olah layanan kejam aku tadi telah berjaya melukakan perasaannya. Dia mengeluh lagi sebelum melangkah keluar dari kawasan rumah aku. 

Keesokan harinya, aku dapati satu jambangan bunga yang mengandungi tiga kuntum bunga matahari berada di hadapan pintu rumah aku. Walaupun tiada kad diletakkan bersama jambangan bunga tersebut, aku tahu siapa gerangan yang ‘menghadiahkan’ bunga kesukaan aku itu. 

Dia!

Siapa lagi jikalau bukan dia. Hanya dia saja yang tahu bunga matahari adalah bunga yang paling aku suka diantara bunga-bunga yang terdapat dalam dunia ini. 

Begitulah hari-hari aku yang seterusnya. Setiap kali aku keluar bekerja, aku akan menyedari kewujudan jambangan bunga itu dihadapan pintu rumah aku.

Sehinggalah ada satu pagi itu, aku sedari dia sedang menanti aku dengan jambangan bunga matahari di tangan di saat aku baru saja melangkah keluar untuk bekerja. 

“Selamat pagi, Kyra!” sapanya dengan senyuman mesra. 

Seperti selalu, aku akan abaikan kewujudannya.

“Mahu aku hantarkan kamu ke tempat kerja?” Dia bersuara lagi sambil menuruti langkah aku ke perhentian bas.

Aku berhenti melangkah, menoleh ke arahnya dengan riak tegang. “Berhenti ganggu aku, Kyle!”

Sepertinya amarah aku adalah sesuatu yang kelakar baginya. Aku lihat dia ketawa kecil. Tanpa menghiraukannya, aku meneruskan langkah ke perhentian bas. Dan dia seperti tadi, masih menuruti langkah aku. 

“Ogos adalah bulan kegemaran kita berdua, bukan?” Dia memulakan perbualan tatkala aku sedang menanti bas. Aku seperti tadi, berpura-pura tidak mendengar setiap ayat yang keluar dari mulutnya. 

“Aku tidak pasti jikalau kamu sudah lupa ini. Tapi, hari ini, adalah hari lahir kita berdua, Kyra.”

Terus aku menoleh ke arahnya. Jika beberapa hari yang lalu, hati aku penuh kebencian padanya tapi entah mengapa hari ini, hati aku tiba-tiba berasa sayu mendengar ayatnya yang itu.

“Bagi aku, kamu sudah mati, Kyle.” Tanpa aku sedar, mulut aku mengeluarkan ayat sedemikian. Dan ayat itu telah membuatkan riaknya terus berubah “Kamu mungkir janji, Kyle.””

“Aku boleh jelaskan semuanya, Kyra.”

Aku geleng kepala. Walau apa jua penjelasan yang Kyle bakal lontarkan tidak lagi bermakna bagi aku. Aku bangun apabila bas yang dinanti telah tiba. Tanpa mengucapkan selamat tinggal, aku menaiki bas tersebut. Aku sempat lihat wajah Kyle yang muram sebelum bas berlalu pergi. 

20 tahun yang lalu…

“Kita akan selalu sambut hari lahir bersama-sama. Janji?”

Dua jari kelingking berpaut tanda janji dimeterai.

“Janji dengan aku, yang kamu tak akan pernah tinggalkan aku, Kyle.”

“Aku janji!”

Sekali lagi dua jari kelingking berpaut.

“Dan aku janji, jika aku terpaksa tinggalkan kamu satu hari nanti, aku akan cari kamu kembali.”

Namun, Kyra lupa janji Kyle yang ini. 

Habis!


Reenapple: Maaf, aku busy lately sampai Takde mood nak sambung tulis Biasa. Adehh. Kena cari mood menulis manuskrip tu balik. Nanti akan di update as soon as possible. 



Saturday, July 22, 2017

Bertahan


Ada waktu kau akan rasa dunia ini tersangatlah tidak adil. 
Kau akan tertanya-tanya kenapa kau, kenapa mereka
Dan kenapa kau tidak diberi layanan yang Sama? 
Kenapa kau yang perlu tanggung derita dan kekecewaan ini?
Tapi, ketahuilah sayang, Tuhan tak akan uji jika Kau tak mampu.
DIA tahu kau mampu, DIA uji. DIA sayang, DIA uji.
Jadi, bertahan dan terus kuat. 
DIA selalu ada. 
Aku selalu ada.



Friday, June 16, 2017

Kistot : Kedai Bunga


Tadi, masa keluar shopping, sedang asyik aku perhatikan bunga di satu kedai, tetiba seorang lelaki muncul kat sebelah.

"Awak suka orkid tak?"

Aku pandang aneh lelaki itu dengan hairan. Siapa pula ni? Bagi salam pun tak. 

"Awak ni siapa?"

Lelaki itu hanya tersenyum. "Do you like orchid?" Sekali lagi soalan yang sama dikeluarkan pada aku. Cumanya kali ini soalan dialih bahasa. 

Aku diam. Dalam hati, aku sebenarnya sedang mencipta satu tuduhan negatif pada lelaki ini. Nasib baik agak good looking even compare dengan Mateen, Mateen menang. Ehh

"Selalunya kalau perempuan tu diam, tu tandanya Ya. Kan?"

Aku kerut dahi. Sesuka hati je nak fikir aku macam tu. 

"Kalau awak suka orkid, saya belikan satu untuk awak. Nak?"

Kehairanan aku bertambah menjadi kuasa dua. Kenal pun tak. Ini tetiba nak belanja bunga. Dari dia belanja bunga, baik dia belanja emas. Ada juga keuntungan untuk aku.

"So?" Soal lagi lelaki itu sambil senyum pada aku. Okay. Hati aku dah start melting dengan senyuman dia. Ehh.

"Saya tak suka bunga. And bye." Baru saja nak beredar, lelaki tu halang laluan aku. 

"Can I get your number?"

"For what?"

Lelaki itu jungkit bahu dengan senyuman. "In case awak ubah fikiran dan start suka orkid, awak boleh call saya untuk minta hadiahkan orkid."

Aku mengeluh kasar. Sah lelaki ni dah gila. "I don't give my number to stranger."

"Okay. Kalau macam tu, awak ambik nombor saya." Terus lelaki tu 'rampas' telefon di tangan aku. Menyesal pula tak simpan handphone dalam beg tadi. Tapi aku lagi lagi menyesal bila aku tak buat setting lock screen. Aku perhati je lelaki tu mendail nombor dia. 

Beberapa seketika, dia hulurkan kembali telefon aku. 

"Saya dah save nombor saya. See you again. And my name is Daniel." Ucapnya sebelum berlalu pergi.

Dan aku kelihatan terpinga-pinga. 

Reenapple: Nanti update Biasa as soon as possible. 



Friday, April 21, 2017

Lesson



Last few days, aku belajar sesuatu. Oh tak, mungkin boleh dikatakan sesuatu yang diajarkan kembali pada aku. 

1. Jangan pernah luahkan rasa ketidak puasan hati kau.
- No matter what kau rasa tak puas hati towards someone or something or whatever yang buatkan kau terkilan, kecewa or sort of thing, jangan pernah luahkan itu. Just pendam. Pendam sampai kau lupa apa yang kau tak puas hati. Apa yang penting jangan pernah luahkan. You may write it on a pieces of paper and burn it. Sometimes, let the silence do all the talking. 

2. Always think positive
- Train your mind to keep calm in every negative situations. No matter how bad that situation, please keep thinking positive. It may be hard but that what you have to do in every situation yang buat kau kecik hati, kecewa, heart broken atau apa-apa je la. Don't show to them that you are a negative thinker. Don't react with negative emotion. And stay away from people who made you to think negative. 

3. Act hypocrite (perhaps)
- If kau facing something / someone yang kau tak suka, never show sisi kau yang tak suka dia.  Berlagak seperti biasa and layan dia dengan baik. You need to ignore  all those awkward feeling. 

4. Be a cold heartless person. 
For the past few years, aku selalu rasa this is the best thing I should do. And yes, I manage to do that for few years. But then lately, semuanya kembali seperti dulu. Seperti aku alami depression beberapa tahun lalu. I just need to be like Zara Amani again. 

5. Just remember whatever problems you faced, it's a reminder from HIM again. 


Sunday, April 16, 2017

Memori #8: End




“The first kiss is the last to be forgotten.”

Cinta pertama selalunya yang paling sukar untuk dilupakan. Sebagaimana cinta pertama itu sukar dilupakan, seperti itu jugalah perasaan dikecewakan oleh si cinta pertama. 

“I tak nak berbaik dengan you lagi. I nak bercerai. I hate you, Zack.”

Satu pandangan tidak puas hati dilontarkan pada Kayla Irdina di hadapannya. Ayat yang baru keluar dari mulut isterinya ini sangat membuatkan dia tidak bersetuju. 

“Soalan pertama, kenapa you tak nak berbaik dengan I? Soalan kedua, kenapa you nak bercerai?”

“Jawapan pertama, sebab I dah tak cintakan you. Jawapan kedua, kita bukannya kahwin sebab cinta.”

“You selalu menidakkan fakta yang you dah tahu, Dina.”

“But that’s the truth.” Irdina paksa dirinya menghadap Zachary di hadapannya. Beberapa jam mengurung dalam bilik semalam membuatkan dia mengambil keputusan yang keluar dari mulutnya sebentar tadi. 

“I tak nak terima jawapan you tu. It’s nonsense, Dina.”

Irdina mendengus kasar. Makin bertambah sakit hati dengan manusia bernama Adam Zachary ini. 

“Apa yang you takut sangat bila pilih I lagi, Dina?”

Soalan Zachary itu tiba-tiba saja membuatkan Irdina terkesima. Bagaimana Zachary tahu itu? 

“Answer me, Dina.”

Irdina mengeluh kecil. “I takut bila I terima you balik, you akan lukakan I lagi. You akan tinggalkan I lagi. You akan kecewakan I lagi.” Jawapan dituturkan tanpa memandang Zachary. 

Zachary telan air liur. Sedikit terkesima dengan jawapan-jawapan Irdina. 

“I takut untuk bercinta lagi sebab I takut jika mereka akan lakukan hal sama macam you buat pada I dulu,” sambung Irdina.

Sekali lagi Zachary telan air liur. Dia kemudian bangun, berpindah tempat di sebelah Kayla Irdina. Tangan wanita itu dicapai sebelum mengukirkan senyuman. “You won’t lose me again, Dina.”

Irdina pandang Zachary. Untuk seketika, mereka saling berpandangan tanpa suara. Yang ada hanyalah senyuman Zachary yang kekal diukir pada Irdina. 

Perlahan-lahan wajah Zachary didekatkan pada wajah Irdina. Tanpa sebarang kata, bibirnya menyentuh bibir Irdina. Untuk beberapa saat, mereka berciuman sebelum Irdina menolak tubuh Zachary. Dia dan Zachary kembali berpandangan. Jantungnya juga masih berdegup dengan laju. 

Can we start it again, sayang?” Zachary kembali bersuara. Masih dengan senyuman pada Irdina. 

Irdina hela nafas. Hatinya mahu iyakan saja permintaan Zachary namun mulutnya pula tidak mahu tuturkan perkataan setuju itu. Sebaliknya, mulutnya mengeluarkan soalan. 

“Apa yang I akan dapat when I said yes?”

Zachary senyum lebar. “Anything.”

“Anything?”

Zachary angguk dengan senyuman. “Anything. You nak anak ramai pun I boleh bagi.”

Irdina jeling tajam Zachary. Waktu serius macam ni pun nak bergurau lagi. Heh!

“I’m serious, Dina. I jumpa baju baby dalam almari you. You nak anak dari I, kan?”

Irdina telan air liur. Tidak tahu sama ada mahu marah Zachary atau berasa malu.

“So, apa jawapan you?” 

Irdina tarik nafas sebelum angguk kepala dengan senyuman. “I nak pergi honeymoon.”

“Okay. You nak pergi mana?”

“Quebec, Canada.”

Zachary gelak kecil. Dia tahu kenapa Irdina mahu pergi situ. Itu adalah janji percutian mereka beberapa tahun yang lalu. 

“Dan I nak anak lelaki untuk anak sulung kita.”

Sekali lagi Zachary gelak kecil. “I akan usahakan itu.” Dia kenyit mata pada Irdina. 

Irdina senyum lebar sebelum memeluk erat Zachary di hadapannya. 

Mulai saat itu, memori-memori indah antara seorang Irdina dan Zachary kembali tercipta. 

"We starts, unknown. We finish, unforgettable."



-THE END-


Reenapple: Yeah, I know ending dia secara mendadak. Tapi honestly, aku memang dah tak ada idea nak sambung ini lagi. Kang buat banyak chapter dikira novel pula. Harap korang enjoy.  Thank you for reading. :)



Saturday, April 15, 2017

Kisah Dia



"Aku harap satu hari nanti aku mampu tulis kisah kita berdua untuk tatapan kita.

Aku dan kau.

Ya.
Kita berdua sahaja. 

Jadi, izinkan aku coret sesuatu tentang kamu di sini.
Sesuatu yang manis di hati aku.
Boleh?"


Reenapple: This is a flashback. Not a throwback. 

Friday, April 14, 2017

Imaginasi Seorang Penulis



Kanak-kanak dan penulis ni sebenarnya sama je. Kalau hadkan imaginasi mereka, macam mana mereka nak jadi kreatif? 

Tulis novel yang cliche pun kena kritik apatah dengan novel yang jalan ceritanya luar dari kebiasaannya, juga dikritik. 

As been said by someone to me, kita tak akan mampu puas kan semua orang. We just need to do whatever that makes us happy. Kita kena jaga hati kita dulu sebelum jaga hati orang lain. Kita tak tahu kepayahan seorang penulis nak tulis sesebuah cerita.

Bagi aku, kalau cerita tu berjaya menyentuh perasaan aku, aku anggap penulis tu menulis dengan jiwanya. As been said by someone, semua orang boleh menulis tapi tak semua mampu menulis dengan jiwa. 

Tak suka dengan Penulis yang tulis genre A, boleh berpindah kepada penulis yang menulis genre B. Kita ada pilihan. Lots. Why bother on something yang tak menggembirakan kita?

Move on and keep calm. 

Simple.

Wednesday, April 12, 2017

Conteng #12



Siapa boleh interprasikan contengan ini?



Sunday, April 2, 2017

Lost



I guess looking for something that you do know it's no longer exist is  useless. 

Dia kekal mati seperti mana yang dia pernah harapkan satu ketika dulu. 





Tuesday, March 21, 2017

Memori #7




When you lose someone, it stays with you. Always reminding you how it’s easy to get hurt.


Dulu, dia andaikan dia mampu lupakan memori pahit itu. Memori-memori yang telah mencipta parut dalam dirinya. Memori-memori yang telah membuatkan dia rasakan hatinya itu tak akan pernah pulih dan berkemungkinan akan dilukai sekali lagi. 

“I nak mulakan hidup baru dengan you.”

Ayat yang diucapkan oleh Zachary beberapa jam yang lalu kedengaran sukar baginya untuk dipercayai. 

“I still love you, Dina. For all these years, I couldn’t forget you.”

Pengakuan Zachary itu sangat memeranjatkannya. Sangat membuatkannya tertanya-tanya sama ada lelaki itu berkata benar atau pun tidak. Atau dia sebenarnya berada dalam mimipi sewaktu makan malam romantic itu berlangsung tadi. 

“I’m telling no lies, Dina. I kahwin dengan you sebab I masih cintakan you bukan sebab nak jaga nama keluarga kita only.”

Ayat-ayat Zachary itu masih belum cukup untuk membuatkan seorang Kayla Irdina percaya. Lebih-lebih lagi ayat cinta itu dikeluarkan dari mulut seorang lelaki yang telah mengecewakan Irdina sehingga Irdina tidak mahu hidup satu ketika dulu. Lelaki itu yang membuatkan Irdina sukar untuk terima cinta dari seorang lelaki lagi. Lelaki itu yang membuatkan Irdina percaya yang cinta itu sangat pahit.

“Kita mulakan semula. Kita lupakan semuanya. I bagi you masa untuk fikirkan apa yang I bagitahu you ni. Tapi I harap you akan cakap ya, Dina.”

Setelah beberapa jam mengurung dalam bilik, Irdina mengambil keputusan untuk ‘keluar’ bagi menenangkan hatinya yang sedang gelisah ini. Dia harap sangat Zachary telah tidur di bilik tamu ataupun mungkin dia mengharapkan lelaki itu tidak pulang malam ini. 

Namun, belum sempat dia tiba ke arah pintu utama, satu suara menyapanya. 

“You nak pergi mana?”

Di sebalik cahaya suram di ruang tamu, Irdina lihat satu susuk tubuh lelaki, berdekatan sofa. 

“I’m asking you, where you are going?” Kedengaran lagi suara garau Zachary. Dia hampir saja terlelap di sofa tadi sebelum mendengar derapan kaki.

I nak keluar… beli ice cream.” Satu jawapan tidak jujur keluar dari mulut Irdina. Dia bukannya betul-betul mahu beli aiskrim. Dia mahu keluar dari rumah ini dan mungkin mahu menghilangkan diri untuk sementara waktu. 

“Pukul 2 pagi macam ni?” Zachary kerling jam di dinding.

Irdina angguk lemah namun masih tidak mahu memandang wajah Zachary yang sedang melangkah ke arahnya. 

“Ada kedai buka lagi ke waktu macam ni?”

“Ada! 7E dekat sini.”

“I pergi belikan. You nak aiskrim apa?”

“I boleh beli sendiri.”

Zachary diam seketika. Rasanya dia sudah dapat agak apa yang Kayla Irdina sedang rancang ketika ini. “You bukannya nak makan aiskrim sangat pun, kan? You sebenarnya nak larikan diri. Am I right, Dina?”

Walaupun muslihat Irdina telah diketahui, Irdina masih mahu menafikan sangkaan Zachary itu. 

Zachary tarik nafas. “I dah masak dengan perangai you, Dina. I tahu bila masa you tipu you. Just like what had happens few years ago.”

“I tak pernah pun tipu you dulu, Zack.”

“Really? Termasuk hal you dan Stefan?”

Irdina sedikit terkedu apabila kisah lama diungkit. “Stefan dan I cuma kawan je. There’s nothing happened between us.”

“I tahu.”

“Hah?”

I tahu you dan Stefan cuma kawan. Stefan dah bagitahu I hal sebenar. Isabelle pun dah mengaku yang dia sengaja mahu fitnah you. Dia cemburu dengan you.”

Irdina telan air liur. “Sebab tu you nak berbaik dengan I? Sebab tu you pilih nak mulakan semula? Sebab you sedar yang paling bersalah adalah you? Macam tu?”

“Yes.”

“Selepas apa yang you dah buat pada I, you ingat senang I nak terima you macam dulu?”

“I tahu tak mudah tapi tak susah untuk kita mulakan balik, Dina. After all, I do know you still love me.”

“I do not love you anymore, Zack.”

Zachary ukirkan senyuman. 

“Kenapa you senyum? I baru je cakap yang I dah tak cintakan you.”

“You nak I ungkit hal yang terjadi beberapa malam yang lepas? Waktu you ucap I love you pada I waktu kita…” Sengaja ayat terakhir Zachary dibiarkan tergantung. 

Tiba-tiba saja muka Irdina panas. Argh, kenapalah Zachary mahu ungkit insiden yang ‘memalukan’ itu. “It’s slip from my tongue, Zack.”

“Oh, really?” Zachary mendekati Irdina sehingga jarak mereka hanya beberapa inci sahaja. 

Irdina mula berdebar. Lebih-lebih lagi apabila Zachary sengaja mendekatkan wajah padanya. Seolah-olah lelaki itu mahu menciumnya. Belum sempat lelaki itu melakukan hal itu, dia menolak tubuh Zachary dengan kasar. 

“Dahlah! I malas nak layan you lagi!” Irdina kemudian berlari ke arah bilik. Sengaja pintu dikunci.

Dan Zachary tarik nafas sekali lagi. Tertanya-tanya bagaimana dia harus biarkan Irdina memberinya peluang sekali lagi.

Reenapple: Agak-agak Irdina akan terima Zachary kembali tak?


Sunday, March 19, 2017

Strong



"Mereka dah move on. Kau, bila lagi?"

Bagi aku, move on tu subjektif. Definisi setiap orang tak sama. Apatah lagi cara setiap orang untuk move on. 

And plus, yang suruh move on tu, tak alami apa yang kita pernah alami. Justeru itu, dia tak ada hak untuk suruh kita move on as soon as possible. 

People said 'Time will heals us.' 

Aku selalu percaya bahawasanya masa yang akan memulihkan perasaan kecewa kita. Kita cuma perlu bersabar dan teruskan hidup seperti biasa.

Said someone, ""Only strong will survive."

Chill!


Sunday, March 12, 2017

Matahari


Kadang kala Bulan ni mengingatkan kita pada sesuatu, bukan?

Sesuatu itu adalah kisah sedih yang pernah kita alami satu ketika dulu. And that's why aku lagi suka Matahari instead Bulan or Bintang.

Sebab Matahari berikan aku kekuatan untuk teruskan kehidupan.

Sebab Matahari berikan aku petanda bahawa hari buruk akan hilang keesokan dan digantikan dengan hari baru, yang berkemungkinan akan membuat kita tersenyum dan gembira seperti selalu.

Tapi aku juga suka Hujan sebab Hujan akan membuatkan aku teringatkan seseorang yang pernah buat aku tersenyum.

Pelangi?

Mungkin ia adalah salah satu keajaiban ciptaan Tuhan tapi itu bukanlah kegemaran aku. Sedikit pun aku tiada perasaan teruja setiap kali lihat itu. Warna warni bukan lagi kegemaran aku.

Dan begitu juga dia.

Friday, March 10, 2017

Memori #6



[Chapter #1] [Chapter #2] [Chapter #3] [Chapter #4] [Chapter #5]


“Truth is, she’s the reason he doesn’t believe in love anymore.”

Pernah dia terdengar, akan ada satu ketika dimana salah seorang dari mereka, tidak akan percaya pada cinta lagi. Untuk itu, dia rasa situasi itu dialami oleh dirinya. Dia yang paling tidak percaya lagi pada cinta diantara mereka. Sebab itu, dia menjadi dirinya yang sekarang ini. Dia berdamping dengan perempuan hanya disebabkan nafsu sahaja. 

Dia termenung sendirian di balkoni malam itu. Tidak pasti sekarang ini pukul berapa, tapi yang pasti suasana ketika ini sangat sunyi. Seolah-olah penghuni dunia langsung tidak wujud. Keadaan di bawah juga tidaklah ‘meriah’ sebelum jam 12 malam tadi. Kopi yang disediakan beberapa minit yang lalu dihirup dengan perasaan kosong. 

Mindanya masih berjaga walaupun tubuhnya mungkin penat dengan apa yang berlaku beberapa jam yang lalu. Teman katilnya pun sudah lena diulik mimpi. Alangkah bagusnya jika dia menjadi seperti wanita itu, mampu tidur lena regardless of how bad current situation right now.

Rancangan pertama telah berjaya.

Rancangan kedua… juga telah berjaya. 

Rancangan ketiga, dia tidak pasti dengan itu. Hasil dari rancangan kedua sedikit sebanyak membuatkan dia terkejut. Dia teruja. Dia gembira. Namun perasaan bersalah turut muncul disebabkan rancangan keduanya itu. 

Mindanya kembali memutarkan insiden yang berlaku beberapa tahun lalu. Waktu dia lihat kelibat Irdina bersama lelaki yang dikenali sebagai Jason. Waktu dia mendapat berita dari Isabelle tentang Irdina bermalam di rumah Jason. Waktu dia sedar Irdina lebih bahagia bersama Jason berbanding dirinya. Waktu dia sedar Irdina telah curang padanya. 

Ya, dia telah membuat tuduhan melulu. 

Ya, dia sedikit tidak mahu beri peluang pada Irdina untuk memberi penjelasan. Baginya, apa yang dilihatnya waktu itu sudah memadai baginya. Bukti yang dilihatnya tidak perlu lagi penjelasan daripada seorang Kayla Irdina. 

“Let’s say satu hari nanti kita berpisah, you dan I akan mahu bertegur sapa setiap kali terserempak tak?”

Dia masih ingat soalan ini yang tiba-tiba keluar dari mulut Irdina beberapa tahun yang lalu. Soalan yang langsung tiada maksud tersirat. 

“Kalau I, I akan buat itu.” Itu adalah jawapannya. 

“Kenapa you nak buat macam tu? Ex selalunya akan benci satu sama lain.”

Ayat Irdina itu mengundang ketawa padanya. “I adalah lelaki, sayang. Lelaki selalunya cepat move on.”

Irdina mencebik. “Kalau you buat I menangis sewaktu kita berpisah, I janji akan benci you sampai mati.”

Sekali lagi ayat Irdina mengundang ketawanya. “Kita nak berpisah ke bila you tanya soalan mengarut macam ni?”

Kali ini giliran Irdina pula ketawa. “No, silly!” Pipi Zachary dicubit lembut. “I’m just asking.”

“Jangan berani tinggalkan I, Dina. Or else…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, satu kucupan singgah di bibirnya, membuatkan dia sedikit terkesima. 

“I takkan tinggalkan you, Zack. I promise. I wanna grow old with you. Having cute kids.”

Namun, dia yang mengingkari janji mereka. Dia yang ciptakan memori pahit dalam hidup mereka berdua. Dia yang membuatkan Irdina mahu membenci dirinya. Tapi, benarkah wanita itu membencinya?

Beberapa seketika termenung pada langit malam yang gelap itu, dia mengambil keputusan untuk menyambung tidurnya. Senyuman diukir sebelum membaringkan tubuh di sebelah Irdina yang sangat nyenyak tidur. Tangannya kemudian mengusap lembut pipi wanita itu yang sedang menghadapnya. 

Sungguh, untuk beberapa tahun ini Kayla Irdina kekal menjadi wanita yang dia paling rindui. Walaupun dia punya ramai perempuan, tapi hatinya tidak pernah gantikan Kayla Irdina. Sepertinya kata-kata seseorang, Irdina adalah ‘hantu’ yang tidak pernah dia mampu melupakan. Memori bersama Irdina kekal terpahat dalam hatinya. 

Dan sekarang, dia tertanya-tanya bagaimana dia mahu teruskan hidup memori baru ini? Bagaimana harus dia lakukan supaya dia diberi peluang sekali lagi oleh Kayla Irdina?

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Keesokan paginya, Irdina rasakan suasana yang tersangat aneh. Suasana yang baginya sangat menimbulkan tanda tanya pada dirinya.

Have a happy breakfast, love.

Secebis nota diatas meja makan dibaca dengan dahi berkerut. Hantu apa yang telah merasuk Zachary ini sehinggakan tiba-tiba saja mahu sediakan sarapan pagi untuknya? 

Sewaktu dia sedar pagi tadi, seperti biasa Zachary sudah tiada di katil. Dan mungkin juga lelaki itu telah keluar bekerja. Perkara sama yang akan berlaku setiap pagi. Baik dia mahupun Zchary selalunya akan memilih untuk bersarapan di luar, secara berasingan. 

Mereka selalunya akan berkomunikasi apabila ada hal-hal penting sahaja. Seperti hal ‘perjanjian hubungan’ mereka. 

Mungkin kedengaran aneh dan pelik tentang perkahwinan mereka, tapi itu adalah perihal sebenarnya. Zachary cuma perlukannya untuk itu saja. Manakala dia… sesuatu yang tak mungkin Zachary mahu berikan padanya. 

Pancake diatas meja diperhatikan tanpa punya niat untuk menikmatinya. Masih dia ingat, itu adalah sarapan kegemarannya setiap kali dia dan Zachary bersarapan bersama-sama. Mereka selalunya akan punya banyak topic setiap kali waktu sarapan. Bercakap perihal kelas, tugasan dan mungkin juga perihal beberapa rakan kelas mereka. 

Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Irdina. Tertera nama Zachary di skrin. 

“Good morning, love.” 

Sekali lagi Irdina kerut dahi mendengar ayat Zachay di hujung talian. 

“You dah pergi kerja ke?”

Irdina diam. Mindanya masih lagi berfikir tentang niat Adam Zachary ketika ini. Aneh betul dengan perangai Zachary ketika ini. Tiba-tiba saja mahu bersikap mesra dengannya?

“Mesti you tak bangun lagi.” Kedengaran lagi suara Zachary di hujung talian. 

“I dah bangun. You nak apa?”

“Macam ni ke cara you cakap dengan suami you?”

Irdina pamer riak jengkel. Sangat mahu muntah mendengar perkataan suami yang keluar dari mulut Zachary. 

“I lupa pula I ada suami. I ingatkan I ni cuma hamba abdi seseorang sewaktu atas katil je.”

Kedengaran hilaian ketawa di hujung talian. “Mesti you marah I tentang hal semalam. I kasar dengan you, kan?”

Tiba-tiba saja Irdina teringatkan gigitan di bahu Zachary semalam. Suara dibetulkan sebelum bersuara. “Kenapa you call?”

“Saja. I miss you.”

Sungguh, Irdina sangat keliru dengan perangai Zachary ketika ini. Untuk tiga bulan mereka bergelar suami isteri, tidak pernah sekalipun Zachary mahu ucapkan kata-kata ‘manis’ padanya. 

“You nak lunch dengan I tak hari ini?” Kedengaran lagi suara Zachary. 

I ada temu janji dengan klien nanti.”

“Okay. Kalau macam tu, kita jumpa waktu dinner?”

Teragak-teragak Irdina untuk memberi kata persetujuan. 

You diam, I akan anggap you setuju. Kita jumpa malam nanti.” 

Belum sempat Irdina memberikan ayat balasan, talian dimatikan. Keluhan dilepaskan tanpa sedar. Sungguh, saat ini di dihimpit perasaan hairan yang teramat dengan perubahan Adam Zachary yang secara tiba-tiba ini. Apa motif lelaki itu?


Reenapple: Agak=- agak apa motif Zack ya?